Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, June 13, 2016

Berbuka puasa: Fasa-fasa dalam sebuah kehidupan...

Saya jadi syahdu, tetapi tidaklah menangis. Bila sya rasa syahdu saya terus kuatkan semangat dengan mengatakan nasib saya adalah lebih baik daripada ramai orang yang lebih susah...

Bila berbuka seorang diri, kita tak akan beria menunggu makanan di hadapan kita. Segalanya ala kadar. dan ala kadar inilah membawa saya ke zaman-zaman di mana saya berbuka ramai ramai. Zaman kecil berbuka bersama keluarga, zaman remaja berbuka bersama kawan-kawan di asrama dan zaman bekerja saya berbuka dengan kawan-kawan sekerja.

Dan kini walaupun bekerja, saya berbuka seorang diri. tipulah jika saya kata saya tak sedih bila berbuka seorang diri. Saya rasa sedih namun tidaklah pula ia menyusahkan saya atau mengurangkan gaji bulanan saya.

Saya sudah malas ke bazar ramadhan, santaranya sebab ramai orang dan makanan tak ditutup elok. Saya pergi beli makanan di kedai makanan. Saya oder meehun soup, kurang masim.

Saya lihat pelayan kedai itu cantik, jadi saya oder juga sotong goren. Pelik.

Bila sampai rumah saya letak gitu jea makanan di atas meja. dan saya buka tv tengok drama bodoh di TV3. Bila masuk waktu, saya ke dapur ambil piring dan makan. Kadang-kala saya makan depan TV3.

Saya tidak tahu berapa lama fasa berbuka sendiri ini akan berakhir...namun saya tetap bersyukur saya masih ada lagi nafsu makan.

Hari puasa ke enam saya masak maggi campur udang. Bila puasa saya terkenagkan maggie. Dah lama benar tak makan maggie.

Sambil makan udang saya teringat doktor saya kata, saya tidak boleh banyak makan seafood. 

Tidak sabar rasanya balik kampung untuk berbuka dengan keluarga, tak dapat saya bayangkan betapa gembiranya nanti berbuka dengan ramai-ramai ahli keluarga.

Kami bukanlah orang kaya atau orang senang, tapi kami selalu gembira bila time makan beramai-ramai...


Thursday, June 9, 2016

Apa sebenarnya perempuan nak?



SAYA PERCAYA bahawa apa sebenarnya perempuan hendak daripada seorang suami adalah kasih sayang yang ditunjukan dengan jelas. Kemesraan yang jelas. Dengan kata lain adalah perhatian dan rasa dihargai...yang jelas.

Mereka tidak mahu ditipu atau dipinggirkan dalam perkara-perkara yang penting yang terjadi pada suaminya kerana suaminya penting bagi dirinya. Sebab itulah kadang-kadang kita nampak macam si isteri mahu masuk campur dalam segala hal suami...he he he.

Dia mahukan dia sebagai sesuatu yang penting dan utama dalam hidup suaminya. Mereka mahu tahu apa yang terjadi pada suaminya, apa yang tak terjadi pada suaminya, rancangan suaminya dan mahu suaminya mempercayainya bahawa mereka (si isteri) adalah orang yang boleh dipercayai dan boleh menyumbang idea pada suaminya. Meraka mahu dalam rumahtangga segalanya dikongsi sebab kehidupan suaminya adalah kehidupannyaa! (ngerikan? He he he...entah saya tak ada isteri).

Dan sebagai lelaki/suami kita juga kena ingat kata-kata sakti mendiang Merling Moore "all a girls realy wants is for one guys to prove to her that they are not all the same". Antara makna yang ingin disampaikan mendiang ialah lelaki mestilah menghargai dan menperlakukan perempuan/isteri sebagai unik dan istimewa, dan tidak sama seperti perempuan-perempuan lain yang melata sana-sini atas mukabumi ini... Percayalah bila isteri rasa dihargai mereka akan bertindakbalas seperti dia dihargai dan vice versa.

Walaupun saya dapat merasakan kini terdapat ledak panahan materialistik di kalangan perempuan  (mengejar lelaki berada), mereka akhirnya tetap mahukan perhatian. Mereka tidak mahu berada dalam keadaan di mana mereka hanya berfungsi sebagai pelangkap kehidupan seorang lelaki. Mereka tidak mahu mereka dijadikan sekong sitizengship dalam rumahtangga mereka. Ini meletihkan mereka.

Sebenarnya perempuan tidak mudah tua. Maksud saya secara fizikal mereka memang mudah tua (berbanding lelaki) tetapi secara batin atau semangat, mereka tidak cepat tua berbanding lelaki. Maksud saya lagi mereka akan tetap merasakan mereka masih muda. Jika tak percaya lihat penampilan mereka dalam FB, dengan kata lain lihat penampilan dan tata hias muka makcik-makcik tersebut. Mereka berhias seperti orang muda. Jaga penampilan bagai. Ini menunjukan mereka secara dalaman masih muda dari segi semangat dan psikiologi. Mereka tahu apa yang lelaki hendak, tetapi lelaki?

Haaa...

Mereka masih mahu si suami mencintai mereka sekejap dulu, sereal dulu. Maksud saya mereka mahu perkara itu ditindakkan dengan tindakan yang jelas (baik dari segi perbuatan atau kata-kata...)

Haaa... 

Yang lelaki pula kebiasaannya apabila sudah beristeri dan beranak-anak, mereka sudah rasa hidup mereka lengkap dan `pemburuan' mereka sudah tamat. Maksud saya mereka sudah tidak berminat untuk menghargai hasil buruan mereka kerana bagi mereka strategi pemburuanlah yang paling penting (pelik kan?). Maksud saya bila sudah dapat hasil buruan, mereka tak kisah sangat hasil buruan tersebut dimasak kicap atau masak westeng...

Haaa...

Sedangkan sebagai hasil pemburuan (si isteri) mahu mereka dihidangkan dengan cara yang terbaik, siap dengan daun salap sebagai hiasan dan juga jangan lupa lada yang dibelah secara jambak, di mana kita akan lihat seperti kelopak bunga. Dan `masakan' itu pula mahu  ianya di letakan dalam pinggang korel di meja yang elok dengan kain seperoh yang elok. Dengan kata lain perempuan mahu perhatian dan dihargai...

Kadang-kadang si isteri beria-ia pakai nipis-nipis dan buat buat manja mengada ala Ella (penyanyi rock Malaysia) tetapi si suami kata "Awak ni buang tabiat ke?" He he he.

Jawapan kepada apa sebenarnya perempuan nak adalah senang sekali, jauh lebih senang dari jawapan subjek EKONOMI STPM kertas 3 (silibus lama). Ia adalah perhatian dan dihargai. Mereka rindu zaman di mana mereka `diburu' dengan giatnya (zaman forinlove) sehinggakan adakalanya si pemburu terpaksa bodohkan diri untuk buruan masuk perangkap. Haa...ingat tak. Maniskan?

Ya, memang ada perempuan kejar datok, enginer, doktor (termasuk doktor haiwan), penyanyi youtube, wahima ahli politik ... namun mereka sebenarnya akan mengejar perhatian selepas itu.

Saya ada contoh di mana saya rasakan lelaki juga sebenarnya bertanggungjawab terhadap isteri dalam perubahan fizikalnya. Maksud saya sebagai suami kita taklah boleh biarkan isteri kita berubah fizikal sehingga selebar pintu. Apabila pintu terlalu besar dan lebar kita sebagai suami komplen pula sedangkan mereka (si suami) tidak memberi perhatian atau sumbangan apa-apa untuk isteri merasakan mereka perlu pertahankan agar gitar tak berubah jadi pintu. Mereka biarkan sahaja isteri mereka jadi selebar pintu. atau belon (yang bagai dipam-pam...). Maksud saya di sini si suami berilah perhatian dengan memberikan kata-kata semangat dan perbuatan (yang jelas) agar niat isteri yang mahu mengekalkan bentuk badan berjaya. Bagi semangat (ini tidak...ada yang siap sindir-sindir bagai...huh!)

Bahawasanya beruntunglah perempuan yang memiliki suami yang peka (tapi tak pekak) dan sensitif terhadap keperluan fizikal dan rohaninya (baik bangun malam sembahyang sujud syukur). Mereka tak kisahlah jika lakinya hanyalah sebagai drebar van sekolah, kerani di syarikat kecil, jaga di stor 1MDB, atau hanya pensyarah biasa (tak kanan pun) tetapi apabila si suami itu berikan perhatian, si isteri akan merasa sangat bahagia. Kerana?. Kerana pada mulanya lagi isteri itu jatuh cinta kepada si suami bukanlah sebab material kita semata-mata...

Jadi saya tetap jawab (apabila ada suami yang kononnya masih tak faham-faham apa yang isterinya nak) bahawa apa yang seorang perempuan hendak adalah perhatian...yang jelas. Bagi mereka kasih sayang hendaklah ditunjukan dengan jelas barulahmereka dapat merasainya. 

Sekali lagi itulah jawapan saya walaupun saya tahu di luar sana ada perempuan yang nak rumah besar, gelang besar, almari baju yang besar, dapur kabinet yang besar, beg tangan yang banyak (mengikut warna baju dan kasut), peti sejuk besar yang dua pintu (yang macam kita buka almari) dan segala maknika yang ada dalam dunia ini... 

Apa pula sebenarnya seorang lelaki nak? 

Haaaa...itu kita bincang kemudian...sebab ia lagi senang!

Wednesday, June 8, 2016

Kisah pengacara TV yang tak pandai masak...

Semalam, dalam satu pogram di TV, selamba sahaja seorang pengacara perempuan mengaku dirinya tidak pandai masak. Saya terkejut juga tetapi kemudiannya saya tidak terkejut kerana saya mungkin berada dalam katogeri manusia generasi lama...di mana perlu hadam sesuatu yang baru...(kononnya).

Pada zaman saya dulu perempuan kena pandai masak sebab kami percaya itu semua penting. Kalau perempuan tidak pandai masak (pada zaman saya) ia suatu yang memalukan. Dan pada zaman saya semua perempuan pandai memasak. Memasak yang saya maksudkan adalah bukannya sampai taraf chef tetapi tahap laki suka la makan makanan kita masak...

Saya terus wasap kawan lelaki saya bertanyakan perlukah perempuan itu pandai masak. Kawan saya kata `tidak, dia hanya perlu tahu bila bersuami tahu akan cara bawa balik duit ke rumah dan suami tak akan komplenlah!. Bila pandai bawa duit ke rumah tak masak dan rumah berkubang selerak pun, suami tak akan komplen...

Saya terdiam, tergamang...terkulai...(over ni...). Lelaki pun dah berubah rupanya! Materialistik.

Tetapi pada zaman saya kita gelar mereka ini...

Entahlah...



Sahur pertama...

Hari ini saya bangun pukul 5 pagi... (saya bertekad sepanjang ramadhan akan bangun pukul 5 pagi dan tidak akan tidor semula selepasnya...)

Sebaik sahaja bangun saya terus pakai baju. Saya matikan bunyi loceng di telefon bimbit saya.

Saya terus kedapur masak air, saya nak buat air milo. Selepas tu saya goren telur dua biji dan ambik dua keping biskut cream creaker. Selepas semuanya selamat berlabuh di dalam perut saya, saya makan dua biji pil. Satu pil untuk ubat darah tinggi dan satu lagi pil rahsia.

Saya bercadang tidak mahu tidor semula sebab saya mahu sampai ke tempat kerja pukul 7.30 pagi. saya bimbang tak terkejut.

Saya telah ambil pilihan untuk datang kerja sebelum pukul 7.30 pagi. Bila datang awal, saya akan boleh balik seawal 4.15 jika tiada kuliah. Dalam seminggu saya ada dua kuliah sampai pukul 6 petang. Dan tiga hari lagi kuliah saya habis sebelum pukul empat.

Saya puji inisiatif majikan memberi kelonggaran pada bulan ramadhan supaya pekerja ambil peluang beribadat. Jangan nanti ada yang kata majikan tidak peka. Kalau asyik kerja sampai bila pun tidak habis.

Bila bangun seawal lima pagi, dapat saya rasakan masa dalam sehari panjang. saya sempat kemaskan rumah yang sudah bagai kapal pecah.

Sahur pertama ini saya pening lalat lagi sebab tidak biasa... Saya `paksa'kan diri bangun seawal lima pagi..

Dulu saya bangun pukul tiga untuk sahur...dan tidor semula...

Semasa saya kecil dan tinggal di Kuala Terengganu, sahur dikejutkan dengan bunyi letupan meriam...tak tahulah kini ia masih dipraktikan atau tidak...

Image result for sahur pertama bulan ramadhan

Thursday, June 2, 2016

Hati lelaki memang terbelah-belah...he he he...

Melalui FB, saya lihat kawan saya bahagia bersama anak-anak dan isterinya. Tetapi hakikatnya saya rasa hati anak-anak dan hati isterinya sahaja yang bahagia. Dan jika isterinya tahu hal hati suaminya itu tidak bahagia tentu isterinya sedih dan...tak bahagialah.

Mungkin dalam FB begitu, maksud saya semua orang nampak bahagia walaupun hakikatnya semua orang mahu menampakan mereka bahagia.

Sebenarnya hati suaminya terbelah dua. maksudnya hati suaminya bukan sahaja untuk isterinya. Mungkin lelaki begitu, maksud saya hati mereka boleh terbelah dua, tiga sampai empat, atau seribu. he he he. tapi kawan saya ini lelaki yang baik, hatinya terbelah dua sahaja...

Tak bolehlah pulak nak kata berdosalah kalau hati diberi juga kepada orang lain sebab lelaki boleh kawin empat. dan dalam proses nak kawin itu, tentulah mereka bercinta. He he he.

Saya dapat pengajaran dari hal ini, Pertamanya tidak semua isteri yang memperlihatkan kebahagian rumahtangga mereka adalah tahu apa yang sebenarnya terjadi...(sebab mereka tidak tahu suami mereka suka kepada perempuan lain). Dan pengajaran kedua, mungkin ada isteri yang sengaja tunjukan kebahagian rumahtangga mereka sebab mereka tahu sebenarnya rumahtangga mereka adalah sebaliknya (sebagai pelarian). 

Eh, ada pengajaran ketiga...hati lelaki memang terbelah belah...he he he.


Image result for cheating husband

Wednesday, June 1, 2016

Bila perempuan jadi hebat...

Asalamualaikum, semoga pembaca terus berada dalam keadaan sihat sejahtera, walaupun sibuk dengan semester bermula, saya terus menulis berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling/sekitar masyarakat kita. Saya mungkin silap dalam berfikir, namun seskurangannya hati saya hidup.

Saya selalu bayangkan seorang perempuan mestilah cantik, ayu dan lembut. lembut dalam dan luar. Dia tidak perlu hebat, tangkas dan bijaksana dalam kerja luar sebab itu peranan lelaki dalam membawa rezeki ke rumah. 

Saya selalu juga bayangkan perempuan adalah seorang yang penyayang kepada anak-anak dan patuh pada suami... Sentiasa ada di rumah demi anak-anak dan suami. Tugasnya menghiburkan hati si suami. iaitu seorang orang yang bernama lelaki. Itulah gambaran perempuan di ruangan minda saya...dan hati saya.

Namun kawan saya ketawakan saya. Dalam wasap dia terangkan saya sudah kuno dan ketinggalan zaman. Katanya perempuan sekarang kita marahkan dia, dia marahkan kita balik...dah tak ada episod merajuk dan menangis dalam bilik bila kena marah. Mereka dewasa ini akan lawan bertubi-tubi dengan alasan yang sangat konkrit..., membuatkan lelaki diam. Bukannya lagi seperti zaman dulu di mana walaupun tahu suami salah tetapi diam sahaja...sebab menjaga hati suami di mana siapa menang siapa salah tidak penting (jika ia akan membawa perasaan tidak puas hati...)

Saya tidak pernah berkahwin jadi saya tidak pernah memarahi isteri saya atau dimarahi oleh isteri saya. Dalam gambaran saya si isteri adalah mengembirakan suami dan sentiasa menceriakan rumah. Bila saya balik rumah saya nak isteri saya menyambut saya dengan senyum lebar dan menghairahkan.... bagi say ajuga isteri mestilah seorang yang dapat menerima suami seadanya iaitu si suami dalam susah dan senang, bukan dalam susah sahaja.

Maknanya mahu hidup bersama. jika berkahwin dengan lelaki tidak bergaji mahal, hiduplah dengan cara suami tak bergaji mahal tersebut. Sekali lagi kawan saya kata saya sudah ketinggalan zaman, ketinggalan keretapi.

Jadi saya tanya perempuan sekarang jadi isteri macam mana?

Kawan saya kata "Perempuan sekarang jadi isteri yang hebat dalam kerja, kejar pangkat di tempat kerja, lebih banyak bawa wang ke rumah berbanding lelaki... lebih kerap keluar rumah kerana faktor kerja. Suami dan anak-anak terabai... Dan tergamak mengungkit semua benda dalam rumah dia yang beli..."

"Awak bercakap tentang isteri awak ke?" Saya tanya.

Kawan saya tak balas wasap saya...

He he he...




Dapatkah seorang isteri efisen dalam kerjaya dan keluarga sekaligus?





Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home