Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, June 1, 2016

Bila perempuan jadi hebat...

Asalamualaikum, semoga pembaca terus berada dalam keadaan sihat sejahtera, walaupun sibuk dengan semester bermula, saya terus menulis berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling/sekitar masyarakat kita. Saya mungkin silap dalam berfikir, namun seskurangannya hati saya hidup.

Saya selalu bayangkan seorang perempuan mestilah cantik, ayu dan lembut. lembut dalam dan luar. Dia tidak perlu hebat, tangkas dan bijaksana dalam kerja luar sebab itu peranan lelaki dalam membawa rezeki ke rumah. 

Saya selalu juga bayangkan perempuan adalah seorang yang penyayang kepada anak-anak dan patuh pada suami... Sentiasa ada di rumah demi anak-anak dan suami. Tugasnya menghiburkan hati si suami. iaitu seorang orang yang bernama lelaki. Itulah gambaran perempuan di ruangan minda saya...dan hati saya.

Namun kawan saya ketawakan saya. Dalam wasap dia terangkan saya sudah kuno dan ketinggalan zaman. Katanya perempuan sekarang kita marahkan dia, dia marahkan kita balik...dah tak ada episod merajuk dan menangis dalam bilik bila kena marah. Mereka dewasa ini akan lawan bertubi-tubi dengan alasan yang sangat konkrit..., membuatkan lelaki diam. Bukannya lagi seperti zaman dulu di mana walaupun tahu suami salah tetapi diam sahaja...sebab menjaga hati suami di mana siapa menang siapa salah tidak penting (jika ia akan membawa perasaan tidak puas hati...)

Saya tidak pernah berkahwin jadi saya tidak pernah memarahi isteri saya atau dimarahi oleh isteri saya. Dalam gambaran saya si isteri adalah mengembirakan suami dan sentiasa menceriakan rumah. Bila saya balik rumah saya nak isteri saya menyambut saya dengan senyum lebar dan menghairahkan.... bagi say ajuga isteri mestilah seorang yang dapat menerima suami seadanya iaitu si suami dalam susah dan senang, bukan dalam susah sahaja.

Maknanya mahu hidup bersama. jika berkahwin dengan lelaki tidak bergaji mahal, hiduplah dengan cara suami tak bergaji mahal tersebut. Sekali lagi kawan saya kata saya sudah ketinggalan zaman, ketinggalan keretapi.

Jadi saya tanya perempuan sekarang jadi isteri macam mana?

Kawan saya kata "Perempuan sekarang jadi isteri yang hebat dalam kerja, kejar pangkat di tempat kerja, lebih banyak bawa wang ke rumah berbanding lelaki... lebih kerap keluar rumah kerana faktor kerja. Suami dan anak-anak terabai... Dan tergamak mengungkit semua benda dalam rumah dia yang beli..."

"Awak bercakap tentang isteri awak ke?" Saya tanya.

Kawan saya tak balas wasap saya...

He he he...




Dapatkah seorang isteri efisen dalam kerjaya dan keluarga sekaligus?





1 comment:

Angah said...

cerita orang lain tak sama dengan cerita kita...Cubala kahwin dulu, baru lah tahu...Allah dah janji lelaki yang baik akan dapat wanita yang baik sebagai pasangannya...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home