Hari ini saya bangun pukul 5 pagi... (saya bertekad sepanjang ramadhan akan bangun pukul 5 pagi dan tidak akan tidor semula selepasnya...)
Sebaik sahaja bangun saya terus pakai baju. Saya matikan bunyi loceng di telefon bimbit saya.
Saya terus kedapur masak air, saya nak buat air milo. Selepas tu saya goren telur dua biji dan ambik dua keping biskut cream creaker. Selepas semuanya selamat berlabuh di dalam perut saya, saya makan dua biji pil. Satu pil untuk ubat darah tinggi dan satu lagi pil rahsia.

Saya bercadang tidak mahu tidor semula sebab saya mahu sampai ke tempat kerja pukul 7.30 pagi. saya bimbang tak terkejut.
Saya telah ambil pilihan untuk datang kerja sebelum pukul 7.30 pagi. Bila datang awal, saya akan boleh balik seawal 4.15 jika tiada kuliah. Dalam seminggu saya ada dua kuliah sampai pukul 6 petang. Dan tiga hari lagi kuliah saya habis sebelum pukul empat.
Saya puji inisiatif majikan memberi kelonggaran pada bulan ramadhan supaya pekerja ambil peluang beribadat. Jangan nanti ada yang kata majikan tidak peka. Kalau asyik kerja sampai bila pun tidak habis.
Bila bangun seawal lima pagi, dapat saya rasakan masa dalam sehari panjang. saya sempat kemaskan rumah yang sudah bagai kapal pecah.
Sahur pertama ini saya pening lalat lagi sebab tidak biasa... Saya `paksa'kan diri bangun seawal lima pagi..
Dulu saya bangun pukul tiga untuk sahur...dan tidor semula...
Semasa saya kecil dan tinggal di Kuala Terengganu, sahur dikejutkan dengan bunyi letupan meriam...tak tahulah kini ia masih dipraktikan atau tidak...

No comments:
Post a Comment