SAYA PERCAYA bahawa apa sebenarnya perempuan hendak daripada seorang suami adalah kasih sayang yang ditunjukan dengan jelas. Kemesraan yang jelas. Dengan kata lain adalah perhatian dan rasa dihargai...yang jelas.
Mereka tidak mahu ditipu atau dipinggirkan dalam perkara-perkara yang penting yang terjadi pada suaminya kerana suaminya penting bagi dirinya. Sebab itulah kadang-kadang kita nampak macam si isteri mahu masuk campur dalam segala hal suami...he he he.
Dia mahukan dia sebagai sesuatu yang penting dan utama dalam hidup suaminya. Mereka mahu tahu apa yang terjadi pada suaminya, apa yang tak terjadi pada suaminya, rancangan suaminya dan mahu suaminya mempercayainya bahawa mereka (si isteri) adalah orang yang boleh dipercayai dan boleh menyumbang idea pada suaminya. Meraka mahu dalam rumahtangga segalanya dikongsi sebab kehidupan suaminya adalah kehidupannyaa! (ngerikan? He he he...entah saya tak ada isteri).
Dan sebagai lelaki/suami kita juga kena ingat kata-kata sakti mendiang Merling Moore "all a girls realy wants is for one guys to prove to her that they are not all the same". Antara makna yang ingin disampaikan mendiang ialah lelaki mestilah menghargai dan menperlakukan perempuan/isteri sebagai unik dan istimewa, dan tidak sama seperti perempuan-perempuan lain yang melata sana-sini atas mukabumi ini... Percayalah bila isteri rasa dihargai mereka akan bertindakbalas seperti dia dihargai dan vice versa.
Walaupun saya dapat merasakan kini terdapat ledak panahan materialistik di kalangan perempuan (mengejar lelaki berada), mereka akhirnya tetap mahukan perhatian. Mereka tidak mahu berada dalam keadaan di mana mereka hanya berfungsi sebagai pelangkap kehidupan seorang lelaki. Mereka tidak mahu mereka dijadikan sekong sitizengship dalam rumahtangga mereka. Ini meletihkan mereka.
Sebenarnya perempuan tidak mudah tua. Maksud saya secara fizikal mereka memang mudah tua (berbanding lelaki) tetapi secara batin atau semangat, mereka tidak cepat tua berbanding lelaki. Maksud saya lagi mereka akan tetap merasakan mereka masih muda. Jika tak percaya lihat penampilan mereka dalam FB, dengan kata lain lihat penampilan dan tata hias muka makcik-makcik tersebut. Mereka berhias seperti orang muda. Jaga penampilan bagai. Ini menunjukan mereka secara dalaman masih muda dari segi semangat dan psikiologi. Mereka tahu apa yang lelaki hendak, tetapi lelaki?
Haaa...
Mereka masih mahu si suami mencintai mereka sekejap dulu, sereal dulu. Maksud saya mereka mahu perkara itu ditindakkan dengan tindakan yang jelas (baik dari segi perbuatan atau kata-kata...)
Haaa...
Yang lelaki pula kebiasaannya apabila sudah beristeri dan beranak-anak, mereka sudah rasa hidup mereka lengkap dan `pemburuan' mereka sudah tamat. Maksud saya mereka sudah tidak berminat untuk menghargai hasil buruan mereka kerana bagi mereka strategi pemburuanlah yang paling penting (pelik kan?). Maksud saya bila sudah dapat hasil buruan, mereka tak kisah sangat hasil buruan tersebut dimasak kicap atau masak westeng...
Haaa...
Sedangkan sebagai hasil pemburuan (si isteri) mahu mereka dihidangkan dengan cara yang terbaik, siap dengan daun salap sebagai hiasan dan juga jangan lupa lada yang dibelah secara jambak, di mana kita akan lihat seperti kelopak bunga. Dan `masakan' itu pula mahu ianya di letakan dalam pinggang korel di meja yang elok dengan kain seperoh yang elok. Dengan kata lain perempuan mahu perhatian dan dihargai...
Kadang-kadang si isteri beria-ia pakai nipis-nipis dan buat buat manja mengada ala Ella (penyanyi rock Malaysia) tetapi si suami kata "Awak ni buang tabiat ke?" He he he.
Jawapan kepada apa sebenarnya perempuan nak adalah senang sekali, jauh lebih senang dari jawapan subjek EKONOMI STPM kertas 3 (silibus lama). Ia adalah perhatian dan dihargai. Mereka rindu zaman di mana mereka `diburu' dengan giatnya (zaman forinlove) sehinggakan adakalanya si pemburu terpaksa bodohkan diri untuk buruan masuk perangkap. Haa...ingat tak. Maniskan?
Ya, memang ada perempuan kejar datok, enginer, doktor (termasuk doktor haiwan), penyanyi youtube, wahima ahli politik ... namun mereka sebenarnya akan mengejar perhatian selepas itu.
Saya ada contoh di mana saya rasakan lelaki juga sebenarnya bertanggungjawab terhadap isteri dalam perubahan fizikalnya. Maksud saya sebagai suami kita taklah boleh biarkan isteri kita berubah fizikal sehingga selebar pintu. Apabila pintu terlalu besar dan lebar kita sebagai suami komplen pula sedangkan mereka (si suami) tidak memberi perhatian atau sumbangan apa-apa untuk isteri merasakan mereka perlu pertahankan agar gitar tak berubah jadi pintu. Mereka biarkan sahaja isteri mereka jadi selebar pintu. atau belon (yang bagai dipam-pam...). Maksud saya di sini si suami berilah perhatian dengan memberikan kata-kata semangat dan perbuatan (yang jelas) agar niat isteri yang mahu mengekalkan bentuk badan berjaya. Bagi semangat (ini tidak...ada yang siap sindir-sindir bagai...huh!)
Bahawasanya beruntunglah perempuan yang memiliki suami yang peka (tapi tak pekak) dan sensitif terhadap keperluan fizikal dan rohaninya (baik bangun malam sembahyang sujud syukur). Mereka tak kisahlah jika lakinya hanyalah sebagai drebar van sekolah, kerani di syarikat kecil, jaga di stor 1MDB, atau hanya pensyarah biasa (tak kanan pun) tetapi apabila si suami itu berikan perhatian, si isteri akan merasa sangat bahagia. Kerana?. Kerana pada mulanya lagi isteri itu jatuh cinta kepada si suami bukanlah sebab material kita semata-mata...
Jadi saya tetap jawab (apabila ada suami yang kononnya masih tak faham-faham apa yang isterinya nak) bahawa apa yang seorang perempuan hendak adalah perhatian...yang jelas. Bagi mereka kasih sayang hendaklah ditunjukan dengan jelas barulahmereka dapat merasainya.
Sekali lagi itulah jawapan saya walaupun saya tahu di luar sana ada perempuan yang nak rumah besar, gelang besar, almari baju yang besar, dapur kabinet yang besar, beg tangan yang banyak (mengikut warna baju dan kasut), peti sejuk besar yang dua pintu (yang macam kita buka almari) dan segala maknika yang ada dalam dunia ini...
Apa pula sebenarnya seorang lelaki nak?
Haaaa...itu kita bincang kemudian...sebab ia lagi senang!
No comments:
Post a Comment