Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, November 8, 2013

Ku mohon - Amirul Jafril

Setiap hari ku
Mohon agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan
Dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya

Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dalam tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku perlu rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu



Jualan di Pesta Buku POPULAR Megamol, Kuantan 2013

Books are the quietest and most constant of friends; they are the most accessible and wisest of counselors, and the most patient of teachers.  
~ Charles W. Eliot


Hujung minggu nan lalu, saya berkesempatan berkunjung ke pesta jualan buku POPULAR di Megamol Kuantan 2013. Saya berniat singgah sekejap sebelum saya ke ECM untuk tengok wayang (Insidious Chapter 2).

Terima kasih saya kepada kedai buku POPULAR yang sudi membuat jualan ini.

Kali ini saya memang berhajat mahu beli buku masakan dan buku politik (memandangkan banyak buku-buku masakan dan buku-buku politik yang kawan saya pinjam sudah menjadi harta milik mereka. He he he).

Timbunan buku-buku
Bagus sungguh jualan buku sebegini sebab terdapat buku yang dijual sehingga potongan 70%. Saya suka membeli buku potongan murah sebab ia murah. Namun bagi buku baru potongan adalah 20% sahaja. Saya mengambil kesempatan membeli buku kerana ianya menjadi peneman hidup saya. saya mahu habiskan banyak masa dengan buku-buku.

A book is like a garden carried in the pocket.  ~ Chinese Proverb

Buku masakan berbahasa Melayu


Setiap bulan secara purata saya peruntukan sebanyak RM80 untuk majalah dan buku. Namun kadang-kadang kurang, kadang kadang lebih. Tapi dalam setahun saya akan usahakan sehingga RM1K agar boleh dipotong cukai pendapatan tahap maksima. 

Saya juga hadiahkan buku kepada kawan-kawan saya, adik ipar dan adik beradik. Juga saya belikan buku untuk anak-anak saudara saya. Sebabnya ada banyak perkara yang hanya ada dalam buku. Taraaaa...

We will not be a civilized country until we expend more money for books than we do for food, make-up and cigarettes. - Jankaulu



Penjual buku pakai apron...emm pelik

   
Antara buku masakan yang saya sambar
Sebaik sahaja saya balik dari pesta buku, saya terus buka buku-buku masakan yang saya sambar (beli). Tiba-tiba saya rasa gian pulak nak memasak. Saya terus ke dapur (yang hanya beberapa langkah dari ruang tamu).

Saya lihat di dapur hanya ada meehum. Saya terus rendam dalam air panas. Saya ambil perencah yang dah siap dipaket. Saya potong bawang dan cendawan. Saya masak dengan bubuh sos yang diberi oleh adik ipar. Sos buatan rumah itu sebenarnya untuk dicicah dengan keropok. Tapi saya pakai tibai jea bubuh semuanya. Semua yang ada kat dapur.

Menu ini bukannya saya dapati dari buku masakan yang baru dibeli tetapi meehum goren biasa sahaja jea... Bila siap, saya pun rasainya. Saya rasa pelik. Mungkin meehum lama kot. Emmm... saya nak beri ke anak jiran-jiran bimbang mereka terberak pula. Pada masa inilah saya teringat itik-itik ayah saya di kampung.
 
Chef Heliza pun ada,

Budak-budak pun membeli buku, bagus!

Saya akan ke pesta buku lagi pada minggu depan. Minggu depan saya hajat nak beli buku yang bertemakan politik. Saya nak beli buku pasal politik Singapura. Saya mahu lihat pentadbiran Lee Kuan Yew. Pendapat peribadi saya, beliau berjaya dalam banyak segi. Banyak juga yang patut kita contohi. 

Kalau nak cari maklumat politik Singapura dalam teleysian dan radio memang tak ada. Kalau nak cari guna internate perlukan masa. Kalau ada buku, boleh baca di mana-mana sahaja bila sesuai. Boleh letak, sambung dan capai tangan jea.

The smallest bookstore still contains more ideas of worth than have been presented in the entire history of television.  ~ Andrew Ross

Jan: Buku membuka minda, melihat dunia...dan isinya.

Thursday, November 7, 2013

Kembang, kesenangan dan kambing

Ahad lepas, saya jumpa kawan saya yang dah lama jugak tak berjumpa. Saya lihat dia macam dulu juga cuma sekarang semakin tidak menarik. Dia semakin setopok kembang. Dia patut diet. Dulu saya lihat walaupun setopok tapi leher dan pinggan masih ada lagi. Tapi kini semuanya hilang...

Tetapi ini bukan isu kembang tetapi isu lain. Kawan saya ni beritahu anak dia mintak kereta. Dalam hati saya `untungnya budak zaman sekarang, boleh mintak-mintak' gitu. Dan kawan saya cerita lagi dia mahu belikan Myvi, tetapi anaknya demand! Maknanya setakat Myvi anaknya tak ndak...

Saya tidak terkata apa, namun dalam hati saya tetap salahkan dia sebab dia selalu ajar anak -anak dia hidup senang. Mintak duit terus beri, mintak itu-ini terus tunaikan. Kawan saya ni bukannya bergaji besar sangat (tetapi memang laaaa jauh besar berbanding saya). Bukan besar sangat sebab dia masih makan gaji. Maknanya dia bukanlah berduit sangat.

Sesekali saya fikir saya ni pakai sedap fikir jea sebab tak ada anak. Kononnya bila tak ada anak, tak fahamlah pemikiran orang ada anak. Dan akhirnya pandai sedap cakap jea. Ya ke? He he he.

Seperti biasa saya tidak menasihati apa-apa kecuali saya fikir mahu menulisnya dalam blog. Ramai ibubapa senang dan boleh ajar anak senang tetapi hanya sedikit ibubapa yang boleh ajar anak mereka hidup bertahan dalam susah.

Saya rasa ibubapa janganlah puja sangat anak-anak mereka. Kononnya tak mahu anak susah. Dan apabila mereka tak merasa susah macam mana nak hargai kesenangan? Saya tak salahkan anaknya, kalau saya jumpa anaknya mungkin saya beri duit RM10. Dia tak salah 110% pun. Begitu acuan begitulah kuehnya, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana tak diet!.

Kalau setakat jaga anak beri makan minum, kambing pun berupaya. Tetapi untuk membina jati diri dalam anak-anak kita, didik alur pemikiran yang betul, kitalah yang bertanggungjawab ajar secara langsung dan tak langsung. Bukannya tanggungjawab TV3, jiran tetangga, ASEAN atau kambing.

Jan: tepuk air di dulang...(tepuk cepat-cepat depan kawan, pas tu lari cepat-cepat, he he he)




Wednesday, November 6, 2013

Insidious: Chapter 2 (2013),: Penyakit filem sequel...



Tidak semua filem `sequel' berjaya. Malah ada yang menjadi semakin teruk, contohnya filem Pontianak Harum Sundal Malam 2. Ceritanya bukan sahaja bercelaru malah terdapat babak anti-klimaks yang ketara. Hantu sering muncul tidak mengira siang atau malam (pontianak sudah tidak mengerikan), memanjat atas pokok (ngapa memanjat? kan boleh terbang?), atas rabung dan bawah meja!. Nasib baik filem ini diselamatkan oleh pesona Maya Karim dan senifotografi yang menarik.

"Tidak seseram mana berbanding dengan filem terdahulu, tetapi masih lagi seram" Itulah komen saya atas filem Insidious Chapter 2. Oleh kerana filem pertamanya meninggalkan banyak tanda tanya maka filem kedua ini menjadi pelengkap cerita. Namun filem ini tetap istimewa kerana ia lain daripada tema biasa, tema `merayau dalam mimpi' atau di`tarik ke alam lain' yang digarap oleh Jemes Wan... Beberapa kali saya terkejut besar (jump scares)!

James Wan, berbakat besar.

Insidious pertama dulu meletop. Cuba bayangkan dengan hanya berbelanja $1.5 juta dapat hampir $100juta. Haaa... Dan tentulah ramai yang menanti sequel filem ini. Antara yang galak menanti, sayalah. Maka saya terus menuju ke bandar Kuantan.

Maka pada pagi sabtu saya talipon pemotong rumput supaya datang hari ahad atau isnin. Saya mahu ada di rumah semasa mereka memotonng rumput, senang saya nak arah itu ini. Ada tempat-tempat saya tak nak potong kali ini.

Paginya sabtu saya ke Megamoll Kuantan. Saya ke Pesta Buku terlebih dahulu dahulu. Namun saya tidaklah membeli buku. Saya cuma `bertunang' dulu. Kononnya saya akan datang kembali esok hari untuk membeli. Namun saya asyik sangat kat pesta buku dan rasa malas pulak nak ke ECM. Biasanya saya menonton wayang di ECM sebab ramai orang Cina menonton di situ.

Lakonan mantap mak cik Lin

Bila buat sequel maka diperhebatkan lagi dengan kemunculan yang lebih jelas. Kali ini terlalu banyak hantu muncul. Dan hantu tersebut diperjelaskan imej kemunculannya termasuk juga sebab musabab kemunculan hantu tersebut. Sebagai pengemar cerita seram, saya ada pengukuran saya sendiri. Saya lebih suka kepada penampakan hantu yang tidaklah ketara. Maksud saya biar ada antara nampak tak nampak tapi nampak. Haaa...(cuba faham betul-betul).

Tidak perlulah ditunjukan segalanya. Dok gitu? Ginilah kalau kita berjalan-jalan pada suatu petang yang indah kita lihat ada perempuan berbogel di tepi jalan tentu kita terperanjat sebab dia berbogel habis. Namun kalu setakat seksi dan ada aurat tidak tertutup, mungkin kita tertarik dan mahu ikut pulang. Haaa...

Plot cerita terlalu `melompat-lompat', James seolah mengheret saya (kita) cepat-cepat untuk mengikuti dan memahami cerita ke dua ini. Saya menjadi sedikit `lelah' kerana banyak babak-babak yang seram bertali arus...(namun tetap seram). Rasanya terlalu banyak yang hendak diseramkan (kepada saya babak paling seram adalah bila terjumpanya bilik rahsia yang dipenuhi ramai/banyak mayat yang berbungkus dengan posisi duduk!).

Namun James tidaklah memaparkan lawak seram yang bodoh macam kebanyakan cerita seram kita.


Satu perkara lagi saya merasakan bukanlah satu tanggungjawab bagi pembuat filem sequel untuk `menjawab' segala kekeliruan atau misteri pada filem pertamanya. Sebab nanti hilanglah kemisterian tersebut. Sepatutnya biarlah ia tergantung dan menjadi tandatanya sebagaimaan juga kehidupan kita ini. Haaa...

Entahlah, lain orang lain pendapatnya. Namun saya harap tidak perlulah ada Insidious Chapter 3 kalau tidak dapat menandingi cerita sebelumnya...

Jan: Pendapat saya filem Magadascar adalah filem sequel yang semakin menarik...

Friday, November 1, 2013

Selamat menyambut Deepavali


Lobi  Hotel Zenith, Kuantan,Pahang
2hb Oktober 2013.



Selamat menyambut Deepavali kepada rakan-rakan yang meraikannya, semoga ceria berbahagia...

Majalah Laman: Rumah Datuk K

Saya sering juga membeli Majalah Laman. Saya berpendapat majalah itu menarik dan murah. Maksud saya dengan membayar RM10 kita boleh nikmati pelbagai segmen berkebun yang menarik. Dan ianya murah gaban berbanding dengan majalah taman kebun yang lain yang kebanyakannya dari luar negara.

Saya tegar membelinya daripada edisi pengenalan sehinggalah ke edisi 28 kalau tidak silap. Selepas itu apabila hidup saya gerhana (bernyawa tapi tak bermaya)...saya hentikan pembelian majalah-majalah saya termasuklah majalah-majalah lain. Bila saya rasa saya sudah boleh berdiri sikit dan boleh bernyawa sikit (kerana masa menyebabkan saya tabah) saya kembali membeli Majalah Laman.

Ya memang, saya juga merasakan majalah tersebut selalu memaparkan laman rumah orang kaya-kaya. Pun begitu kita bolehlah ambik idea yang mana mampu di pihak kita. Atau ambil idea dan ubah suai ikut budget kita. Lagipun melihat laman rumah orang yang cantik  pun boleh memberikan rasa ceria bersalut cemburu kan? He he he.

Tapi bukan nak mengumpat ni. Dalam satu keluaran ada laaaa mereka paparkan laman di sebuah rumah Datuk K (bukan Datuk K yang Datuk Siti punya tu). Saya lihat laman dia entah apa. Pelik semacam. Dan taman dia masih tidak matang. Maksud saya mungkin segalanya baru dibuat minggu lepas! He he he. 

Tapi memanglah nampak gah dengan pasu-pasu dan gazebonya. Kalau kita renung lama-lama kita dapati tiada unsur harmoni dalam tanam tersebut. Maaf cakaplah saya yang bukan pakar (tapi mengada) ni pun tahu laman tersebut tidak cantik sebenarnya. Ia cuma memairkan barang-barang taman yang mahal-mahal!

Sekarang saya tetap membeli Majalah Impiana di kedai. Membeli di kedai lebih seronok berbanding langgang sebab kita boleh lihat majalah-majalah lain juga. Boleh bermasyarakat. 

Bila lihat taman-taman yang mahal dalam majalah tersebut, memang `mati hidup balik' (jadi zombie?) saya tak mampu wujudkannya. Pun begitu saya tetap nak wujudkan taman cara saya dan kemampuan saya. Saya percaya taman yang indah juga boleh wujud tanpa menggunakan kos yang tinggi. Kalau ada kos yang tinggi pun tak semestinya nampak cantik. Contohnya taman di rumah Datuk K tulah.

Haaa...

Jan: Tak sabar nak ke rumah di Kuantan ni...najk tengok laman yang tak sepertinya itu...(merendah diri sempena hari jumaat, he he he)


Contoh: Taman belakang rumah orang putih, sumber: Cilok dari internate


Wednesday, October 30, 2013

Perihal Stepping stone...(batu pijakan)

Aturan batu kena tepat, kalau orang pendek ukurannya lain...haaa

`Stepping stone' adalah laluan yang kita buat untuk kita jalan-jalan yang menggunakan batu. Jadi saya nak buatlah jugak walaupun tak lah sesat nak menuju pondok/gazebo saya tu. He.

Hendak buat satu `stepping stone' kat taman memerlukang perancangan. Rancang dari segala segi. Terutama konsep apa sebenarnya kita nak guna atau kita nak nampak. Semua perkara kita kena ambik kira. Tak mahulah bila siap jadi hodoh dan kita sendiri tak berkenan. Walaupun hanya tempat kita nak pijak dan bukannya nak cium peluk, kita tetap nak nampaknya supaya cantik. Kan?

"Awak kena siapkan jugak hari ni stepping stone saya! Nak upah orang awak kedekut! Kalau tak siap saya tak nak masak nasi! Padam muka! Kalau beli rokok tu tak kedekut!!!


Saya masih tercari-cari lagi batu yang elok untuk taman saya. Yang ada di pasaran tidak begitu cantik di mata saya. Bila la design baru nak muncul. Kalau nak buat sendiri jangan haraplah... saya bukan rajin sangat. Lagi pun saya sibuk (alasan yang tak logik sebenarnya).
Ada sebulan baru siap ni agaknya...ya?

Ada laki pun macam tak ada laki, semua kena buat sendiri dari dalam rumah sampai luar rumah, bla bla bla bla...Huh!

Rasa `hot' ni bila jalan atas batu-batu ni...rasa seksi gitu.
Bila kita berjalan atas stepping stong ni apa rasanya ya? Rasa mewah dan muda ke? atau rasa mengada jea dalam hati. Tapi kalau kita buat sendiri lagi puas kan. kalau jiran tanya atau kawan tanya, kita beritahu la kita buat sendiri. Bila mereka puji kita buat-buat kata tak cantik mana...he he he. 


Amboi beria benar dia buat steping stong yea...
Ini adalah beberapa gambar yang saya cilok dari internate. Mereka tengah buat `stepping stone' untuk mencantik taman mereka.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home