Saya sering juga membeli Majalah Laman. Saya berpendapat majalah itu menarik dan murah. Maksud saya dengan membayar RM10 kita boleh nikmati pelbagai segmen berkebun yang menarik. Dan ianya murah gaban berbanding dengan majalah taman kebun yang lain yang kebanyakannya dari luar negara.
Saya tegar membelinya daripada edisi pengenalan sehinggalah ke edisi 28 kalau tidak silap. Selepas itu apabila hidup saya gerhana (bernyawa tapi tak bermaya)...saya hentikan pembelian majalah-majalah saya termasuklah majalah-majalah lain. Bila saya rasa saya sudah boleh berdiri sikit dan boleh bernyawa sikit (kerana masa menyebabkan saya tabah) saya kembali membeli Majalah Laman.
Ya memang, saya juga merasakan majalah tersebut selalu memaparkan laman rumah orang kaya-kaya. Pun begitu kita bolehlah ambik idea yang mana mampu di pihak kita. Atau ambil idea dan ubah suai ikut budget kita. Lagipun melihat laman rumah orang yang cantik pun boleh memberikan rasa ceria bersalut cemburu kan? He he he.
Tapi bukan nak mengumpat ni. Dalam satu keluaran ada laaaa mereka paparkan laman di sebuah rumah Datuk K (bukan Datuk K yang Datuk Siti punya tu). Saya lihat laman dia entah apa. Pelik semacam. Dan taman dia masih tidak matang. Maksud saya mungkin segalanya baru dibuat minggu lepas! He he he.
Tapi memanglah nampak gah dengan pasu-pasu dan gazebonya. Kalau kita renung lama-lama kita dapati tiada unsur harmoni dalam tanam tersebut. Maaf cakaplah saya yang bukan pakar (tapi mengada) ni pun tahu laman tersebut tidak cantik sebenarnya. Ia cuma memairkan barang-barang taman yang mahal-mahal!
Sekarang saya tetap membeli Majalah Impiana di kedai. Membeli di kedai lebih seronok berbanding langgang sebab kita boleh lihat majalah-majalah lain juga. Boleh bermasyarakat.
Bila lihat taman-taman yang mahal dalam majalah tersebut, memang `mati hidup balik' (jadi zombie?) saya tak mampu wujudkannya. Pun begitu saya tetap nak wujudkan taman cara saya dan kemampuan saya. Saya percaya taman yang indah juga boleh wujud tanpa menggunakan kos yang tinggi. Kalau ada kos yang tinggi pun tak semestinya nampak cantik. Contohnya taman di rumah Datuk K tulah.
Haaa...
Jan: Tak sabar nak ke rumah di Kuantan ni...najk tengok laman yang tak sepertinya itu...(merendah diri sempena hari jumaat, he he he)
Contoh: Taman belakang rumah orang putih, sumber: Cilok dari internate |
2 comments:
Salam, sy terjumpa blog ni bila search psl kc. Cantik kc rumah kakak awk tu.. Boleh emelkan pembuat kc kat kuantan ke sz_ishak@yahoo.com..
Thanks
Saya yakin taman encik pensyarah nanti tentu cantik.. menghijau.. dan mendamaikan... :)
Post a Comment