Books are the
quietest and most constant of friends; they are the most accessible and wisest
of counselors, and the most patient of teachers.
~ Charles W. Eliot
Hujung minggu nan lalu, saya berkesempatan berkunjung ke pesta jualan buku POPULAR di Megamol Kuantan 2013. Saya berniat singgah sekejap sebelum saya ke ECM untuk tengok wayang (Insidious Chapter 2).
Terima kasih saya kepada kedai buku POPULAR yang sudi membuat jualan ini.
Kali ini saya memang berhajat mahu beli buku masakan dan buku politik (memandangkan banyak buku-buku masakan dan buku-buku politik yang kawan saya pinjam sudah menjadi harta milik mereka. He he he).
Timbunan buku-buku |
Bagus sungguh jualan buku sebegini sebab terdapat buku yang dijual sehingga potongan 70%. Saya suka membeli buku potongan murah sebab ia murah. Namun bagi buku baru potongan adalah 20% sahaja. Saya mengambil kesempatan membeli buku kerana ianya menjadi peneman hidup saya. saya mahu habiskan banyak masa dengan buku-buku.
A book is like a
garden carried in the pocket. ~ Chinese
Proverb
Buku masakan berbahasa Melayu |
Setiap bulan secara purata saya peruntukan sebanyak RM80 untuk majalah dan buku. Namun kadang-kadang kurang, kadang kadang lebih. Tapi dalam setahun saya akan usahakan sehingga RM1K agar boleh dipotong cukai pendapatan tahap maksima.
Saya juga hadiahkan buku kepada kawan-kawan saya, adik ipar dan adik beradik. Juga saya belikan buku untuk anak-anak saudara saya. Sebabnya ada banyak perkara yang hanya ada dalam buku. Taraaaa...
We will not be a civilized country until we expend more money for books than we do for food, make-up and cigarettes. - Jankaulu
Penjual buku pakai apron...emm pelik |
Antara buku masakan yang saya sambar |
Sebaik sahaja saya balik dari pesta buku, saya terus buka buku-buku masakan yang saya sambar (beli). Tiba-tiba saya rasa gian pulak nak memasak. Saya terus ke dapur (yang hanya beberapa langkah dari ruang tamu).
Saya lihat di dapur hanya ada meehum. Saya terus rendam dalam air panas. Saya ambil perencah yang dah siap dipaket. Saya potong bawang dan cendawan. Saya masak dengan bubuh sos yang diberi oleh adik ipar. Sos buatan rumah itu sebenarnya untuk dicicah dengan keropok. Tapi saya pakai tibai jea bubuh semuanya. Semua yang ada kat dapur.
Saya lihat di dapur hanya ada meehum. Saya terus rendam dalam air panas. Saya ambil perencah yang dah siap dipaket. Saya potong bawang dan cendawan. Saya masak dengan bubuh sos yang diberi oleh adik ipar. Sos buatan rumah itu sebenarnya untuk dicicah dengan keropok. Tapi saya pakai tibai jea bubuh semuanya. Semua yang ada kat dapur.
Menu ini bukannya saya dapati dari buku masakan yang baru dibeli tetapi meehum goren biasa sahaja jea... Bila siap, saya pun rasainya. Saya rasa pelik. Mungkin meehum lama kot. Emmm... saya nak beri ke anak jiran-jiran bimbang mereka terberak pula. Pada masa inilah saya teringat itik-itik ayah saya di kampung.
Chef Heliza pun ada, |
Budak-budak pun membeli buku, bagus! |
Saya akan ke pesta buku lagi pada minggu depan. Minggu depan saya hajat nak beli buku yang bertemakan politik. Saya nak beli buku pasal politik Singapura. Saya mahu lihat pentadbiran Lee Kuan Yew. Pendapat peribadi saya, beliau berjaya dalam banyak segi. Banyak juga yang patut kita contohi.
Kalau nak cari maklumat politik Singapura dalam teleysian dan radio memang tak ada. Kalau nak cari guna internate perlukan masa. Kalau ada buku, boleh baca di mana-mana sahaja bila sesuai. Boleh letak, sambung dan capai tangan jea.
The smallest
bookstore still contains more ideas of worth than have been presented in the
entire history of television. ~ Andrew
Ross
Jan: Buku membuka minda, melihat dunia...dan isinya.
2 comments:
sir,pesta buku ni smpai bila?
saya xperasan pun sbb saya ada interview kat kl.sedih sir bila interviewer tu ckp blh saya kerja, tapi xblh pakai tudung. huk3. ad lagi sir company besar cmtu.xpela,rezeki saya xda kat situ.hee,sir kalo2 saya jumpa sir kat pesta buku tu,sir belanja la saya buku jugak eh! hee. take care sir :)
dah habis dah, sampai 10hb rasanya...
pakai tudung ni pasal kepada tuhan...terhadap manusia tak payahlah disedihkan. itu jihad awak Ann.
nanti awak dapat rezeki yg lebih elok, mudah-mudahan. amin.
Post a Comment