Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, October 30, 2013

Perihal Stepping stone...(batu pijakan)

Aturan batu kena tepat, kalau orang pendek ukurannya lain...haaa

`Stepping stone' adalah laluan yang kita buat untuk kita jalan-jalan yang menggunakan batu. Jadi saya nak buatlah jugak walaupun tak lah sesat nak menuju pondok/gazebo saya tu. He.

Hendak buat satu `stepping stone' kat taman memerlukang perancangan. Rancang dari segala segi. Terutama konsep apa sebenarnya kita nak guna atau kita nak nampak. Semua perkara kita kena ambik kira. Tak mahulah bila siap jadi hodoh dan kita sendiri tak berkenan. Walaupun hanya tempat kita nak pijak dan bukannya nak cium peluk, kita tetap nak nampaknya supaya cantik. Kan?

"Awak kena siapkan jugak hari ni stepping stone saya! Nak upah orang awak kedekut! Kalau tak siap saya tak nak masak nasi! Padam muka! Kalau beli rokok tu tak kedekut!!!


Saya masih tercari-cari lagi batu yang elok untuk taman saya. Yang ada di pasaran tidak begitu cantik di mata saya. Bila la design baru nak muncul. Kalau nak buat sendiri jangan haraplah... saya bukan rajin sangat. Lagi pun saya sibuk (alasan yang tak logik sebenarnya).
Ada sebulan baru siap ni agaknya...ya?

Ada laki pun macam tak ada laki, semua kena buat sendiri dari dalam rumah sampai luar rumah, bla bla bla bla...Huh!

Rasa `hot' ni bila jalan atas batu-batu ni...rasa seksi gitu.
Bila kita berjalan atas stepping stong ni apa rasanya ya? Rasa mewah dan muda ke? atau rasa mengada jea dalam hati. Tapi kalau kita buat sendiri lagi puas kan. kalau jiran tanya atau kawan tanya, kita beritahu la kita buat sendiri. Bila mereka puji kita buat-buat kata tak cantik mana...he he he. 


Amboi beria benar dia buat steping stong yea...
Ini adalah beberapa gambar yang saya cilok dari internate. Mereka tengah buat `stepping stone' untuk mencantik taman mereka.

2 comments:

Nong Andy said...

Saya ada satu cadangan...

Saya ingat lagi entri encik pnsyarah yg pergi mancing dgn anak sedara.. cantik tempat tu.. byk batu.. paling best kalau batu sungai yg bulat2.

Free.. dan boleh lah jadikan aktiviti hujung minggu..

Memgada je saya kan hahah.. sebenarnya saya sudah lama nak ke sungai babagon tak jauh sgt dri tempat tinggal sy. Dri masa bercinta smpai shinta dah 5 tahun tak sampai2 juga nak merasa sejuk air sungai yg byk batu cantik tu.. nk jg angkut batu tu pastu susun cantik2 depan rumah heheheh...

Kejiranan sy pun sekarang perang 'bunga bungaan' sy lah yg paling muncit hehehe

Jankaulu said...

Saya sebenarnya ada juga idea nak ambil batu sungai tapi buat masa sekarang sibuk. He he he. tengoklah nanti kalau balik kampungg.

Kat nurseri ada, tapi mahal sekilo RM2. Ada saya beli 5 kilo ari tu, atur tepi pasu-pasu. he he he. nampak cantik jugak. he he he

Tanam bunga susah sikit nak jaga, tapi memang cantik dan rumah berseri.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home