Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, February 13, 2021

Biskut Telor Rebus 2021

Biskut Telur Rebus


1. Dah 10 tahun lebih tak bakar biskut dan kek. Tiba-tiba rasa nak buat biskut. Mungkin sebab PKP kot.

2. Biskut Telur rebus ni dipilih sebab bahan-bahannya senang. Dan sebab kalau tak jadi, taklah rugi sangat kan.

3. Bahan-bahan, 4 biji telur ayam rebus. Ambil yang kuning, yang putih kerat kecil-kecil boleh bubuh dalam sup sawi.

3. 1 cawan mejerin, 2 cawan tepung gandung, 2 cawan tepung jagung, 2 cawan gula. Sedikit perasa vanila. (sukatan cawan, sukatan mak-mak dulu-dulu) 

4. Ambil bekas bacuhan... ayak tepung gandung  bersama tepung jagung, gaul. Campur gula dan telur rebus yang sudah dilenyek. Gaul.

5. Bubuh mejerin sedikit demi sedikit, gaul lagi sambil lihat berita Tv tentang covid. Bangladesh dah mula program vaksinnya... Kenapa kita lambat?

6. Bila bahan uli dah tak melekat di jari dan bekas, maknanya phase menerap boleh dimulakan. Boleh pilih bentuk, bebas.

7. Saya pilih bentuk hati dan bulan. Bentuk hati melambangkan rindu di hati saya yang tak berkesudahan manakala bentuk bulan sabit melambangkan ramainya ahli politik Malaysia yang disabitkan dengan kes-kes mahkamah.

8. Selepas rasa lenguh dan pinggan rasa macam kena tetas barulah siap menerap... Remeh dan terasa malas, he he he.

9. Oh yea, pecahkan sebiji telur, ambil kuningnya saja dan sapu pada permukaan biskut tadi. Jangan sampai meleleh nanti biskut akan lekat di bekas, payah nak tanggalkan biskut, payah nak basuh tray tu...

Sapu kuning telur di permukaan biskut


10. Bakar dengan suhu 150c.  Tapi bergantung kepada masing-masing ketuhar. 

11. Kena acap tengok. Bila nampak kuning telur di permukaan tu dah masak perang, tanda masaklah biskut tu. Kalau nak ranggup bakar lagi selama lebih kurang 5 minit ke, biar biskut tu pun turut sama jadi warna perang...😁

12. Selamat mencuba...jangan lupa kongsi di media masa.

P/s: Saya buat tambah gula, nak manis sikit sebab kehidupan saya penuh kepahitan...he he he.



Contoh sapuan kuning telur yang tak rata, nak jimat tu...



 

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home