1. Saya berhajat untuk kurangkan makan ayam, saya nak kurangkan jumlah asid urik yang ada dalam badan. Bulan satu lalu jumpa doketor dia kata asid urik dah 900 lebih, dah lebih dari sekali ganda (paras normal 400). Jumpa awal bulan 2 hari tu, alhamdulillah dah turun ke 600. Jadi misi untuk normalkan kepada 400 bermula lagi.
2. Kena jaga badan, kena jaga kesihatan. Tak naklah pukul 2 pagi bangun menangis macam budak bila kena gaut. Sakit giler.
3.Dan misi beralih menu kepada ikan bermula. Ikan pun ada yang pantang, ikan kembung tak boleh sangat sebab kandung purin banyak, boleh bawa kepada gaut juga. Jadi saya berhajat masak sup ikan tenggiri sekali sekala. Khabarnya, sup ikan Tenggiri juga baik untuk ibu-ibu yang mengandung. (Namun pastilah baik juga untuk ibu dan ayah yang tidak mengandung).
4. Cara-caranya: Pergi ke supermaket, setelah terkejut lihat harga ikan tenggiri yang berjumlah RM42 sekilo. Saya ambil dua keping sahaja. Surgia diingatkan sejak PKP, harga ikan naik antara 4% hingga 10%. Apa nak dikata...
5. Okey sekarang letak bekas atas dapur (selepas balik dari supermarket tersebut), tumiskan bawang putih 3 ulas dengan seinci halia. Saya campak juga bunga cengkeh, bunga lawang dan kayu manis (tiga beradik). Apa yang ada di dapur campak jea, he he he. Macam biasa, panaskan sehingga berbau sedap.
6. Selepas itu bubuh air. Saya tunggu bila gelegak, saya campak ikan tenggiri tersebut. Campak pula tomato, lada hidup dan batang sup. Akhir sekali bila dah masak bubuh garam dan daun sup. Saya nampak berleming sedikit, itu tandanya terlebih minyak masa tumis tadi. (over).
7. Setelah gelegak 10 minit, masaklah tu. Lihat gambar. Tapi dalam gambar nampak kepingan ikan tu seakan besar. Jangan tertipu Lazada, sebenarnya bekas Corningware tu yang kecil. He he he.
Nak manis ke, nak masim ke, masam ke, nak tawar ke boleh belaka ikut citarasa sendiri. Itulah keistimewaan bila masak sendiri sebab kita sorang jea nak makan. Kita bebas ikut tekok kita.
Sekian sahaja kali ini. Jumpa di lain masakan. Lepas masak jangan lupa kemas balik dapur. Itulah yang leceh. He he he.
No comments:
Post a Comment