1. Saya suka memasak. Seingat saya sejak sekolah rendah saya sudah memasak. Tidak pernah pula saya berniat mahu jadi tukang masak atau penjual masakan. Setakat masak sahaja.
2.Saya lebih suka lihat resepi di akhbar, dan majalah (tahun-tahun 70an dan 80an). Menjelang tahun 90an ke atas saya sudah berduit untuk membeli buku-buku masakan.
3. Untuk tahu sesuatu masakan, saya tidak suka melihat orang memasak, (sambil mereka cakap-cakap, buat lawak, buat mengada dan lain-lain dalam tv. Saya lebih suka membaca masakan.
4. Tetapi saya suka lihat mak memasak, terutama mak buat biskut raya. Mak tak pernah miss buat biskut raya. Cuma apabila kami sudah besar, anak-anaklah yang buat biskut, atau kami membelinya sahaja jika nak rasa biskut modern.
5.Semasa kecil kami adik beradik kena duduk `jauh-jauh' dari tempat mak buat biskut raya. Sebenarnya kami dah bertayakan mak `jadi tak buat biskut raya', sebaik sahaja magrib berlalu...he he he.
6. Semakin tahun semakin kami besar, maka semakin pendek jarak kedudukan antara mai dan tempat emak beroperasi. Sehinggalah akhirnya kami boleh turut serta membantu. Dan akhirnya, sehinggalah mak percaya kan kami untuk urusan pembakaran (setelah mak terap biskut2 itu di dulang). Wah indahnya masa kecil, terima kasih tuhan, terima kasih emak. Dan oven.
5. Jadi biskut suji ini (yang mak saya tidak pernah buat), saya dedikasikan kepada mak saya. Tanda sucinya hati seorang ibu....(pulak dah.).
6. Biskut ini didominasikan oleh rasa minyak sapi. Sedap ke minyak sapi? Sedap kalau dirujuk kepada nasi minyak yang kita pernah makan. Rupanya ia juga sedap dibuat biskut apabila dicampur dengan gula magren.
4. Saya buat kelainan sedikit dengan menyarungkan `baju' kepada biskut. Jadi menarik pula, he he he. Saya bercadang naikan martabat biskut ini. Kalau tidak boleh jea dibuat bulat-bulat bentuknya.
5. Allah maha besar, biskut yang saya cadang nak post ke mak, akhirnya jatuh ke tangan penjual ikan. Penjual ikan ini selalu masuk ke dalam kawasan perumahan saya. Kadang-kadang saya beli ikan dan ayam, keperluan untuk seminggu sekaligus.
6. "Terima kasih banyak atas rezeki hari ini" Kata penjual ikan yang saya rasa elok dia trim sikit misainya, nampak serabut. Apa salahnya kita bergaya walaupun kita jual ikan. "Entah sedap ke tidak tu, keras sikit" Kata saya, merendah diri. Konon.
7. Saya rasa memang rezeki penjual ikan tersebut. Sebab semasa saya membuatnya saya hanya berniat nak berikan kepada mak. (kalau sedap)
8. Ok, bahan-bahannya: 2 cawan tepung gandum, 1 cawan gula kastor, 1 tin kecil minyak sapi (200 g).
9. Masukan dalam bekas dan uli semua guna tangan. uli sehingga tidak melekat pada tangan. Dan gentel bulat-bulat.
4. Saya buat kelainan sedikit dengan menyarungkan `baju' kepada biskut suji ini. Jadi menarik pula, he he he. Saya bercadang naikan martabat biskut ini. Kalau tidak boleh jea dibuat bulat-bulat bentuknya.Simple.
5. Kalu ada ceri, hiris dan letak atas bulat tu... Bakar selama setengah jam bersuhukan kepanasan 150c.
6. Setelah siap, bubuh di dalam balang, wah nampak menarik pula walaupun hanya 3 bahan sahaja.
7. Mungkin begitu begitu lumrah kehidupan manusia, mereka suka benda/perkara yang menarik, cantik/handsome... yang saya tidak ada.
8. Nanti kenanglah dahku dalam doamu...
1. Kali ini saya persembahkan biskut yang diberi nama Biskut Suji. Biskut ini didominasikan oleh rasa minyak sapi. Sedap ke minyak sapi? Sedap kalau dirujuk kepada nasi minyak yang kita pernah makan. Rupanya ia juga sedap dibuat biskut apabila dicampur dengan gula magren.
3. Untuk buat biskut ini saya ke pasaraya secara khas. Khas untuk membeli minyak sapi. Alahai mahalnya harga, terus saya sambar jenama yang paling murah. Tak apalah, kalau tak jadi, taklah ralat sangat. Pertama kali buat.
4. Saya buat kelainan sedikit dengan menyarungkan baju kepada biskut suji ini. Jadi menarik pula, he he he. Saya bercadang naikan martabat biskut ini. Kalau tidak boleh jea dibuat bulat-bulat bentuknya.
5. Biskut ini saya berikan sebekas kepada penjual ikan. Penjual ikan ini selalu masuk ke dalam kawasan perumahan saya. Kadang-kadang saya beli ikan dan ayam, untuk seminggu sekaligus.
6. "Terima kasih banyak atas rezeki hari ini" Kata penjual ikan yang saya rasa elok dia trim sikit misainya, nampak serabut. Apa salahnya kita bergaya walaupun jual ikan. "Entah sedap ke tidak tu, keras sikit" Kata saya, merendah diri.
7. Saya rasa memang rezeki penjual ikan tersebut. Sebab semasa saya membuatnya saya tidak terniat pun nak berikan kepada sesiapa...
No comments:
Post a Comment