1. Masa jadi pelajar, tidak ada banyak masa untuk lepak-lepak. Tutorial Microekonomi sangat payah, saya lemah add maths. Tutor pula seolah makanan asasinya tebuan.
2. Jadi bila dapat peluang lepak, jumpa kawan baik saya lepak sampai menyengeng tidak cukup satu kerusi.
3. Gambar masa muda ini dipukul di sisi Dewan Tunku Canselor UM, 1992.
4.Saya bersama Hasbullah sahabat baik, dia datang jengok saya belajar. Satu rasa berbesar hati sangat, tersemat di hati.
5. Di kampong kami bersahabat baik naik motor ke sana ke mari. Keliling Pengkalan Nyereh, Kuala Besut, Pata Air Tawar, Jerteh dan banyak tempat lagi. Pernah motor kami jatuh tergolek dalam selut, balik bersihkan baju seluar, sudahnya deman. Masa muda seronok sebab kita bebas tak ingat rumah.
6. Dulu dunia sangat berlainan. Kehidupan tanpa handphone membuatkan jarak terasa sangat jauh dan luas. Janji esok nak jumpa lagi seolah sukanya macam esok nak ke Zoo Negara.
7.Selepas habis belajar kami berpisah, setelah masing-masing bekerja kami berpisah giler. Meninggalkan kampung halaman. Kami masing-masing mulakan dengan kehidupan sendiri. Sibuk memanjang. Pejam celik-pejam celek.
8. Dia semakin hanya ada dalam ingatan...
9. Masa berlalu tanpa saya sedari, jatuh bangun saya, patah hati, hijrah bawa diri, meraung dalam hujan dan sebagainya. Namun saya tabah hadapinya (tahniah untuk diri). [(Tapi taklah sampai saya kena beri tepukan untuk diri sendiri. Nanti rasa entah apa-apa pula kan? He he)]
10. Masa terus berlalu, saya tidak sedar....sehinggalah beberapa semester lepas, selepas kuliah ada seorang pelajar perempuan yang tinggi lampai datang ke meja saya. Dia bertanya "Sir kenal tak ayah saya? Ayah saya kata sir sahabat baik ayah."
11. Nampaknya masa benar-benar berlalu...Terima kasih sahabat kerana pernah menemani kehidupan ini...
Nampaknya kita semakin sampai ke penghujungnya...doa restu untuk saya sama juga dengan doa restu untuk sahabat-sahabat saya juga.
No comments:
Post a Comment