Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, September 23, 2020

Peristiwa di pasar Marang, bohong siapa yang paling besar?

 

Kredit Gambar: Bestari Terengganu 

1. Kalau memandu balik kampong ikut jalan pantai, saya ada singgah sana sini, termasuk Pasar Marang, Terengganu. Saja singgah jalan-jalan dan membeli. Langsat dan budu.

2. Nak dijadikan cerita, saya terlihat seorang mak cik tua. Dia duduk bersila di tepi pasar menjual rempah yang sudah dipaketkan kecil-kecil.

3. Mungkin kerana barang jualannya sikit, dia tidak miliki tempat jual yang selesa seperti orang lain. 

4. Saya perhati, saya terharu dan kagum dengan usahanya untuk menggandakan duit dia. Saya jatuh kesian, bayangkan mak kita begitu. Bayangkan juga jika kita jadi begitu (kerana skrip hidup yang berlainan), kita kena bersyukur. Kita bukannya hebat sangat kita mungkin cuma ada nasib yang lebih baik.

5. Mahu sahaja saya hulurkan duit untuk bersedekah tapi saya tahu orang jenis begini tidak akan menerimanya. Mereka lebih rela bekerja dan berpeluh. Saya pernah cuba bersedekah beberapa kali dulu tetapi gagal. Orang sebegini biasanya kental dan sanggup usaha sendiri. 

6. Saya membeli sebahagian dari rempah-rempahnya. Saya beli dengan jumlah yang lebih sikit kononnya nak buat kenduri kerana isteri saya baru melahirkan anak kembar. (Alang-alang menipu biar sampai ke pangkal lengan, biarlah skripnya menarik, kukuh dan realis).

7. Apa yang saya buat dengan rempah-rempah tersebut? Saya menjualnya di tempat kerja dengan harga sama seperti saya beli.

8. Selepas habis jualan saya rasa saya seorang penipu yang baik hati... Tapi itulah kan, kadang-kadang kita tidak dapat mengawal situasi dan spontan jea menipu...

9. Saya pernah ditipu. Katanya jika saya tidak ada dalam hidupnya, dia hanya akan dapat bertahan selama tiga hari sahaja untuk hidup. (Tapi kini di FB dia kelihatan bahagia bersama suami dan anak-anaknya. He he he).

10. Saya rasa tipu dia lebih besar dari saya...lebih hebat!

Sekian...


Tuesday, September 22, 2020

Imej buruk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kita

1. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Kerajaan Tempatan (KT) adalah cabang pemerintahan terkecil selain Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. 

2. Walaupun terkecil dan terkebawah, ia mempunyai outoriti (kuasa oleh undang-undang) untuk membentuk undang-undang kecilnya sendiri. [di bawah akta itu iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)]

3. Tujuan utama penubuhan ialah memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat dan juga memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk sama-sama membangunkan kawasan setempat mereka.

4. Maka secara logiknya, PBT paling dekat dengan kita (masyarakat). Dengan membayar 'itu-ini', menerima surat' itu-ini' masyarakat semakin dekat secara langsung dengan PBT. 

5. Masyarakat semakin peka dan cerdik dalam menilai perkhidmatan, kewibawaan dan kesaksamaan tindakan yang dilakukan oleh PBT. Masyarakat mengikuti arus semasa dan mereka menilai apa yang terjadi...


Sekadar hiasan post

6. Tanggugjawab PBT besar, contohnya PBT juga bertanggungjawab ke atas kerosakan yang terjadi di dalam lingkungan kawasannya. Ini kerana mereka tidak memantau secara berkala kilang-kilang yang tidak berlesen dan membiarkan beroperasi sesuka hati. Kadang-kadang terasa tidak logik pula mereka tidak tahu.

7. Pantai kutip hasil lesen kena pandailah juga memantau, baru jadi PBT yang berhemah dan beramanah.

8. Dengan memberikan masa untuk kilang-kilang `memutihkan' diri mereka, seolah sebelum ini PBT tiada peruntukan undang-undang untuk menghukum kes sebegini. 

9. Dengan tindakan yang kononnya nampaknya bertolak ansur sebenarnya mencerminkan lagi sikap sesetengah PBT yang menganggap `kes kilang' ini adalah perkara kecil dan remeh, boleh dibawa `berbincang'.

10. Sedangkan kesalahan dalam skala kecil, bagai nak gila PBT merobohi gerai-gerai dan rumah-rumah.

11. Masyarakat setempat melihat slogan tidak langsung PBT iaitu  `Jerung besar ditakuti bilis kecil dilayaki"

12. Dan salah siapa jika akhirnya masyarakat menuduh PBT makan suap...?

Sekian.

Monday, September 21, 2020

Melihat orang lain makan di kedai makan


 
1. Di kedai makan kita boleh lihat banyak jenis orang, sifat mereka.. Oleh kerana saya selalunya makan seorang diri, saya ambil peluang untuk perhati (perati).

2. Ada yang pilih untuk seken, ada yang pilih untuk tulis nama, tempat tinggal dan suhu. Tapi yang penting jaga SOP. Bila kita jaga kita, kita lindungi masyarakat lain juga.

3. Dalam dok perati, timbul pula persoalan. Adakah sikap di kedai makan tersebut sama dengan sikap apabila mereka makan di rumah? Jawapannya tentulah tidak, kadang-kadang di meja makan saya tidak berbaju pun.

4. Ada yang selepas makan mereka masukan balik kerusi mereka. Dan ada yang terus berlalu. Ada yang anak bini makan, dia dok main handpon... Ada yang tak kunyah, telan jea.

5. Saya lihat ada yang bercakap kuat di kedai makan, teringat saya juga pernah ditegur oleh kawan saya (yang makan lambat macam siput) kerana bercakap kuat. Hodoh rupanya kelakuan kita bila bercakap kuat sambil makan.

6. Ada yang badan setopok tapi makan sikit jea, dan sebaliknya. Ada yang makan bersepah, jenuh pelayan membersihkan meja.

7. Ada yang memilih meja yang tersudut terpencil dan makan sorang diri sambil memerhatikan orang lain makan. Macam sayalah...he he he.

Tuesday, September 15, 2020

Kisah makanan isirumah B40

Menurut laporan Bank Dunia, 20 peratus isi rumah rakyat Malaysia, berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, memperuntukkan hampir 40 peratus daripada bajet mereka untuk makanan dan minuman bukan alkohol.

BERNAMA, Khamis, 4 Oktober 2018 | 7:57pm






1. Jika kita memcatat segala perbelanjaan bulanan kita, kita akan dapat ketahui ke manakah perginya gaji kita? Dan pada bahagian mana yang terbesar? dan bahagian mana yang terkecil.

2. Saya ada mengenali sebuah isirumah di mana pendapatannya kurang dari RM3000, dan mempunyai anak seramai 5 orang. Oleh kerana dia berada di kampung, kemelut ekonomi rumahtangganya tidaklah terlihat sukar, lagipun isterinya ada ambil upah jahit baju. Cuma sesekali dia mengeluh harga bahan makanan semakin meningkat... dia ada memperincikan perbelanjaan untuk makanan isirumahnya. Saya dapati sebahagian besar pendapatannya pergi ke makanan.

3. Didapati golongan yang berpendapatan tinggi sebahagian besar pendapatan mereka dibelanjakan kepada katogeri yang `lain-lain` dan `katogeri bukan makanan'. Kategeri `bukan makananlah" yang terbesar.Antara katogeri bukan makanan adalah bayaran pinjaman rumah, pinjaman kereta, insurans-insurans, kad kredit, bil air dan bil api.

4. Golongan berpendapatan tinggi juga cenderung menghabiskan banyak perbelanjaan untuk hobi dan juga hiburan seperti tengok wayang, atau pergi melancung. Mereka tidak pernah terfikir wang mereka  tidak cukup untuk membeli makanan, mereka mungkin kerap kali terfikir wang mereka tidak cukup untuk beli barang bukan makanan... Kehidupan mereka tidak sensitif dengan kenaikan harga makanan.

5. Namun bagi isirumah yang berpendapatan rendah, apabila harga makanan meningkat mereka akan sangat terkesan. Tentulah terkesan kerana mereka ada keperluan yang bukan makanan yang juga perlu dibayar, mungkin berbentuk tetap seperti sewa rumah dan bayar van anak-anak hendak ke sekolah.

6. Oleh itu kawalan harga ke atas makanan perlu dilakukan oleh kerajaan dan diperkasakan dari segi pemantauan. Tindakan mengawal harga di pasaran juga boleh menghindari pasaran dimanipulasikan oleh golongan yang meneguk keuntungan semata-mata.

7. Dan sebab itulah bantuan makanan kepada golongan berpendapatan rendah sangat berkesan dalam menolong rakyat dalam jangka pendek.









Thursday, September 10, 2020

Ulasan filem: Mulan (2020), cerita pengembaraan sukar yang `difilemkan' secara mudah.

 


1. Minggu lepas saya berpeluang menonton Mulan (2020), ini filem kedua yang saya tengok sepanjang era Covid. Tengok wayang era ini tempat duduknya diselang selikan. Dan seperti biasa kehadiran kita di permis akan diperiksa secara SOP. Setelah dua kali ke panggung, dapat saya simpulkan tidak ramai orang tengok wayang. Ternyata Covid memberi kesan kepada industri perfileman dunia. Selain banyak filem terpaksa dijadualkan semula, ia juga berhadapan dengan ketidak tentuan mendapat sambutan akibat suasana Covid. 

2. Filem pertama yang saya tonton dalam era Covid ialah `Black Water: Abyss'. Saya tidak mengulasnya. Saya beri dua bintang malap sahaja. Kisahnya sekumpulan yang terperangkap dalam gua yang ada buaya. Bunyinya menarik namun cerita ini sangat lemah dan banyak kekurangan dari segala segi termasuk muzik latarnya. Serba serbi lemah. Cuma apabila suaminya dimakan buaya (suami yang curang dengan kawan baiknya sendiri (yang juga ada terperangkap sesama mereka dalam gua itu) ia seolah ada moral dan pengajaran di sini, iaitu suami yang curang (menyebabkan kawan baik isterinya sendiri mengandung) akan terhukum jua (dimakan buaya di akhir cerita). 

3. Kita kembali kepada cerita Mulan. Filem ini sederhana sahaja. Jika filem ini dikeluarkan pada 10 atau 15 tahun lepas, tentu ia akan menjadi sebuah filem besar yang diperkatakan dan menakjubkan. Namun iannya seolah mengeluarkan filem Jurassic Park (1994) pada tahun 2020. Bukannya saya nak bandingkan dengan filen Wonder Women, tetapi banyak kekeurangan yang saya tidak pandai jelaskan. Iaitu rasa akhir hambar saya selepas menontonnya. Kesan akhir ini adalah rasa yang kita rasa apabila berjalan keluar dari panggung dan juga masa kita memandu balik ke rumah.

4: Tema Filem dan persoalan: Saya rasa subjek yang menjadi dasar cerita ini ialah sifat kepahlawan dan keberanian yang ada pada manusia. Sifat tersebut tidak semesti dikaitkan dengan jantina. Perempuan juga boleh mempertahankan negara dan pemimpin. Persoalannya setakat mana masyarakat dapat menerimaa sesuatu yang tidak menjadi kebiasaan

5. Sinopsis Filem: Mulan, seorang anak perempuan yang berdarah pahlawan. Ayahnya seorang pahlawan yang hebat dan terkenal namun semua anak-anaknya adalah perempuan (dua orang). Mulan sahaja sejak kecil sudah lasak, siap panjat rabung rumah lagi. Apabila Mulan semakin dewasa  semakin kuat darah kepahlawanannya. Dan sebab itulah apabila Maharaja Cina mahu setiap keluarga hantar seorang anak lelaki untuk berperang, Mulan subuh-subuh lagi curi peralatan perang ayahnya (ayahnya yang ada cedera) dan menyamar jadi lelaki untuk diterima di kem latihan tentera. Dan di dalam kem tentera semasa latihan sudah terserlah sifat ketara kehandalnya. Dan akhirnya Mulan berjaya menyelamatkan maharajanya dengan mengetuai sekumpulan tentera kecil. (Dia mendedahkan dirinya adalah wanita selepas satu peperangan dan di sini konflik cerita agak menengang. Maaf spoiler) 

6. Unsur moral dan pengajaran: Yang boleh kita pelajari dan fahami 

6.1. Taat kepada keluarga adalah segalanya. Contohnya apabila Mulan ditawarkan oleh Maharaja Cina untuk jadi pahlawan di istana (setelah menyelamatkan raja), Mulan menolak kerana dia mahu balik kampung untuk minta maaf dengan ayah dan ibunya.

6.2. Bukan semua perempuan berpayu dara besar. Mudah bagi Mulan untuk menyamar jadi lelaki.

6.3. Keberanian dan ketangkasan tidak bergantung kepada jantina. Mula sangat tangkas dan tahu bawa diri. Berjiwa kental. 

Add caption

6.4. Adakalanya orang jahat itu adalah lahir dari tindakan masyarakat yang tidak menerimanya. Contohnya, ahli sihir yang sangat jahat yang akhirnya mati (kerana cuba selamatkan Mulan). Ini spoiler, maaf.

Ahli sihir yang ramping , rambut cantik tapi jahat. 

6.5 Seorang ayah seharusnya bersyukur sama ada dapat anak lelaki atau perempuan,  Yang penting kena ada jasa untuk keluarga masyarakat dan negara.

6.6. Orang yang menipu akan dicela.

7. Watak dan perwatakan: Saya berpendapat semua pelakonnya cemerlang dalam membawakan watak masing-masing, terutama watak Mulan itu sendiri. 

7.1. Apa yang memeranjatkan saya tidak mengenali Jet Li dalam filem ini. Walaupun sebagai Maharaja, saya tidak dapat mengenalinya, mungkin itu adalah kelebihan Jet Li dalam filem ini. Saya juga sebenarnya tidak ambil tahu siapa yang akan berlakon dalam filem ini. Ia adil untuk saya mengulasnya kemudian. 

7.2 Watak Mulan seorang yang mendahului zaman juga dibawa dengan baik. Adakalanya saya rasa kesian...

7.3. Skrip cerita mudah, maka maka fokus utama haruslah ditumpukan pada watak-watak. Nampak usaha ini telah dilakukan... namun entah kenapa ia tidak sampai. Perlu digali lagi. Tentulah konflik jiwa mesti dilukiskan dengan terang dan garang. Dan minimakan adegan yang tidak perlu dipanjangkan kerana penonton sudah tahu fungsi dan sifat watak. Pelakon tidak bersalah, adegan yang kelihatan longgar atau berlebihan dalam menggambarkan watak-watak.

8. Kesimpulan: Mungkin kerana Mulan adalah sejenis cerita `rakyat', maka harapan besar saya mahu melihat kehebatan dan keajaipan dalam filem ini (tidak semestinya kehebatan Mulan). Kisah klasik sebegini biasanya dipenuhi dengan cerita kehebatan tentang peperangan, tentang pengembaraan dan tentang penyamaran. Pun begitu bolehlah ditonton untuk penuhi hari minggu kita, sambil lepas tu pergi beli belah dan makan-makan.

9. Bintang: 3

Sekian.

P/s: Kadang-kadang saya juga merasakan pemikiran saya mendahului zaman. Maka pemikiran saya itu terpaksalah saya sembunyikan... 


Tuesday, September 8, 2020

Sakit lutut dan Donna

DONNA GLUCO-C PLUS MSM 90 CAPSULES | Shopee Malaysia

Saya kira saya mempunyai sakit lutut yang serius apabila terpaksa sembahyang menggunakan kerusi. Saya tidak berdaya untuk sembahnyang secara normal.

Mulanya saya berharap sakit lutut ini berlalu begitu sahaja. Namun ia semakin teruk apabila saya tidak boleh naik tangga. 

Sebenarnya `sakit' lutut itu lebih kepada tidak rasa selesa apabila membuat gerakan-gerakan tertentu. Dan kadang-kala terasa juga sakit sehingga saya terpaksa menggunakan krim untuk melegakannya.

Akhirnya saya berjumpa doktor untuk periksa. Doktor beritahu tidak ada yang serius sebab ia melibatkan otot sahaja. Tempurung litut saya dalam keadaan baik. Doktor hanya memberikan ubat penaham sakit dan krim sapu. Dan doktok juga menyarankan saya untuk beli supliment. Dia cadangkan Donna.

Saya membeli Donna. Saya masih ingat lagi pesan doktor, sakit lutut ini makan masa untuk sembuh. Saya fikir perlu masa kerana anggota itu selalu bergerak.

Saya dapati ada perubahan pada lutut saya, ia tidaklah rasa `ketat' seperti dahulu...

Saya tidak sabar untuk sembuh dan berjogging semula,,,


Conteng...


Mural diconteng kata keji! Orang tak bertamadun, hati busuk ...
Add caption
Terkejut juga dengan wujudnya manusia Malaysia yang sebegini. Perbuatan keji ini atas apa-apa alasan pun tidak boleh diterima oleh majoriti rakyat Malaysia yang lain. 

Apakah masalah mereka yea? Dari mana datangnya kebencian sebegini dalam? Adakah bermotifkan politik atau dengki semata-mata.

Ada orang suka menconteng tempat menunggu bas, juga tandas. Ia bukan sekadar satu luahan, ia juga sebenarnya adalah penyakit.

Cikgu Musa bin Ali (1971-2020)

 



Melalui wasap bekas pelajar PPYIT, saya menerima khabar kepermegian seorang kawan.

Saya terkejut besar kerana beliau masih muda, muda sedikit daripada saya.

Apabila kita mendengar khabar kematian orang yang pernah kita kenal, secara automatik kita akan teringat masa-masa kita bersama dengan mereka.

Saya kira saya lebih rapat dengan pelajar berbanding dengan para guru di bilik guru. Masa mula-mula masuk mengajar, saya suka berkawan dengan pelajar. Pun begitu suasana di bilik guru merapatkan kami para guru. Salah seorang sahabat saya ialah cikgu Musa. Cikgu Musa mengajar Ekonomi.

Saya berdoa beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.


Laman: Gelam Tikus di potong

 



1. Hari ini istimewa, ayah dan mak datang ke Kuantan. Najib juga ikut serta.

2. Dah lebih 3 tahun rasanya ayah tak datang.

3. Ayah suruh kerat dahan2 pokok2 manggis dan Gelam Tikus.

4. Katanya pokok manggis kena kerat mengikut selang dahan, supaya nanti senang nak panjat ambil buah.

5. Ayah juga suruh kerat beberapa dahan2 pokok2 Gelam Tikus (Gelam Merah).

6. Katanya supaya seimbang pembesaran dahan2 dan sekata naungan kanopinya. Kulit pokoknya juga disoyok supaya lebih menyerlah warnanya.

6.5 Dulu semasa menanam, di antara pokok Gelam Tikus tu saya selit juga pokok Brazillion Ironwood. Saja saya buat kelainan sikit.

7. Bila tanam pokok2 kita kena chara, jangan biar gitu jea.

8. Di sini saya sertakan beberapa keping gambar yang telah dipukul petang ini.
Sekian, terima kasih


Kari ikan merah


 

1. Petang semalam, sebaik sahaja keluar dari tempat kerja...saya menuju pasaraya. 

2. Saya sedikit deman dan berasa mahu makan kari ikan Merah. Bila saya deman tak ada sesiapa yang tanya `Nak makan apa?" bagai. Teringat dahulu mak selalu tanya saya nak makan apa apabila saya deman. 

3. Saya beli ikan merah dua keping, tomato dua biji, lada kecil hijau sedikit. Saya beli juga roti. Cadang nak buat cicah kari. Ikan merah dua keping itu RM16. Saya tak tahu mahal atau tidak.

4. Saya masak kari yang ringkas sahaja. Letak apa yang ada sahaja. Bagi saya tumis biasa pun boleh asal rempah kari itu sedap. 

5. Saya beli rempah kari dari Mafuzah, suaminya menjual rempah-rempah yang sedap. Setakat ini saya juga sudah cuba buat sup dari rempah yang saya beli. Puas hati sungguh supnya.

6. Kita kembali dengan masakan kari tersebut.

7. Saya panaskan periuk dan tumis bawang besar dan bawang putih, bila mereka sudah mesra, saya masukan terus rempah kari yang saya sudah campurkan dengan sedikit air. Saya tumis sekali lagi. Kemudiannya saya masukan air dan biarkan ia gelegak. Saya terus letak tomato dan kacang bendi. Kemudian saya letak air asam jawa sedikit. Dan letak santan, dan kemudiannya saya letak ikan merah. Last sekali barulah saya letak garam dan gula.

8: Review: Saya dapati kuah kari sedikit cair. Air tomatonya sedikit berlebihan namun sedap. Mungkin terlebih tomato. Namun kesannya sedap dimakan. Ada kacang bendi juga menambahkan kesedapan kari ini. Namun paling utama kari ini diselamatkan oleh rasa rempah yang sedap.  

10. Saya suka masakan kari ini. Pada masa akan datang saya akan tumis lama sedikit, dan saya mungkin letak lebih sikit rempah. Saya tidak kisah sebab saya jarang buat kari memari ni. Dan saya dapati lebih sedap orang lain buat.

11. Namun begitu saya dapati kari yang di buat oleh kakak saya lebih sedap.

12. Dan petang itu juga, nak dijadikan rezeki seorang kawan saya memberikan lauk karinya. Kari udang yang dibuat oleh beliau memang best, 5 bintang.


Monday, September 7, 2020

LAZADA: Baja Tahi Ayam Organik (Pellet) 3kg

 



Pokok yang kita tanam mestilah kita peliharanya. Kalau binatang kita beri makan, kalau tumbuhan kita beri baja.

Agak kelakar jika kita menanam tanpa memberikan baja. Katalah kita yakin tanah itu sudah ada banyak zat galian. Namun kita mesti tahu, melalui masa zat galian itu akan habis.

Saya beli dari lazada sebab saya rasa mudah, dan elok bajanya. Saya sudah membelinya sebelum ini. Ini adalah pembelian lagi dari saya.

Bagi saya sebuah rumah itu bertambah serinya jika ada pokok-pokok.

Friday, September 4, 2020

Kita suka makan kicap, ada orang tidak suka makan kicap...

 



Saya suka makan kicap dengan nasi, namun ada kawan saya tidak akan makanan yang ada mengandungi kicap. Dia tak suka makan kicap...

Thursday, September 3, 2020

Sahabat yang baik akan bermukim di hati kita sepanjang hayat...

25 Beautiful Friendship Quotes

1. Dalam perjalanan hidup kita, kita akan bertemu dengan ramai orang. Mereka datang dan pergi dalam hidup kita sama seperti kita datang dan pergi dalam hidup mereka. 

2.Ada yang cuma berhenti sekejap di ranting usia kita namun memberikan impak yang besar. Dan sebaliknya. Ada yang datang memberi bahagia, dan ada yang datang memberi airmata.

3. Ini adalah lumrah hidup. Mereka datang dan pergi...

4. Pada zaman kanak-kanak kita mungkin mempunyai kawan yang berbeza pula dengan kawan semasa kita di sekolah rendah. 

5. Di sekolah menengah pula kita akan dapat ramai kawan yang berbeza dari kampong-kampong sedaerah. Apabila terus melanjutkan pelajaran tinggi, kita juga mendapat ramai kawan lain dari seluruh negara. 

6. Dan pada masa kita bekerja kita juga akan dapat kawan baru, begitu juga apabila kita bersara, kita mungkin terpulang kepada kawanan `geng pencen'.

Broken Friendship - Losing a Friend Quotes and Sayings

7. Ringkasnya, hidup ini walaupun berliku saya percaya ia tetap merupakan satu garis keluk yang bentuk melurus. Kita akan sampai ke depan. Dan dalam perjalanan untuk sampai titik noktah di hadapan, kita akan bertemu dengan ramai orang.

8. Kehadiran mereka membawa `suka' dan `duka' untuk kita.

9. Dua hari lepas saya dapat 'berjumpa' dengan seorang kawan bertaraf sahabat, yang telah berpisah selama 25 tahun. Saya mengenalinya semasa sama-sama belajar di UM.

10. Sebelum ini saya hanya mampu panjatkan doa saya supaya dia walaupun di mana sahaja berada, akan sentiasa kuat untuk hadapi hidup ini.

11. Hidup ini ada bahagian-bahagian sukarnya. Ombak tingginya. Jurangnya dalam... Di atas bara di bawah duri.

12. Sesukar mana untuk saya untuk memahami Keluk Lorenz dan keluk makro IS-LM, atau sebagaimana sukar juga untuk saya fahami gelagat Azmin Ali berpolitik,  namun jauh lebih sukar menghadapi dan memahami kehidupan sebenar apabila tamat pengajian. 

13, Banyak rupanya yang tidak diajar di universiti. Contohnya bagaimana mahu bangun apabila jatuh dan hilang harapan hidup?

14. Bahawasanya kehidupan itu hanyalah untuk orang yang kental hati... Saya yakin dia kental. Kekecewaan biasanya bawa kecekalan...

15. Kembali kepada sahabat saya ini. Saya rasa bersalah kerana tidak melayannya dengan terbaik pada masa dahulu. Saya terlalu sibuk belajar. Dan selepas itu saya sibuk bekerja.

16. Dengan adanya FB, kami mula dapat berhubung, bertanya khabar. 


Friends Quotes Happy | Funny Quotes
Add caption

Abang Jan: Ada kawan kita memang selalu ingati dia, ada kawan kita tidak lagi mahu lihat walau bayang-bayangnya...

Tuesday, September 1, 2020

Laman: Clay Pebbles (LECA)

1. Saya tidak tahu apa itu Leca, sehinggalah saya ke nurseri di Bandar Tun Razak, Jengka. Pergi untuk beli tanah sahaja, namun ternampak butir-butir macam tanah merah.


2. Panjang lebar tuan nurseri terangkan manfaat Leca ini. Bila bubuh dalam pasu, kesannya besar. Nampak kemas dan cantik, juga nampak morden. Rumput juga tidak tumbuh, dan yang penting memelihara kekeringan tanah di permukaan.terjual


3. Saya ke nurseri semula sebab yang saya beli tidak cukup, ada banyak pasu. Memang nampak cantik dan kemas bila letak leca di permukaannya. Namun Leca sudah habis.


4. Maka saya beli dari Lazada, cari punya cari.....jumpa: (8-16MM) 1 kg HOLLAND Clay Pebbles (LECA) for Hydroponic & Aquaponic LECA


Klik sini 




Contoh Leca yang saya gunakan.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home