Tajuk: Politik Perkauman dan Prospek Keharmonian di Malaysia
Pengarang: Profesor Wong Tai-Chee
Penerbit: Gerak Budaya
ISBN: 9789670311395
Tahun: 2019
Harga: RM10
Bil Mukasurat: 79
Lokasi dibeli: Megamall, Kuantan.
Pada beberapa hujung minggu lepas saya ke Megamoll. Saya beli tiga buah buku. Salah satunya adalah buku di atas (rujuk gambar). Antara sebab (selain murah) mengapa saya membelinya kerana ia ditulis dalam bahasa Melayu.
Sukar jumpa buku sebegini dalam bahasa Melayu. Rugi jika tidak membelinya.
Buku ini mengandungi 17 topik yang diambil dari akhbar Sin Chew Daily. Akhbar ini terkenal bagi masyarakat Cina di Malaysia. Edarannya pada suatu masa dahulu (sebelum dikuasai media massa elektronik) adalah sekitar 400,000 sehari.
Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian:
Pertama: Politik Perkauman di Malaysia (6 topik)
Kedua: Isu-isu masyarakat dan Ekonomi Malaysia (7 topik)
Ketiga: Isu-isu kaum cina Malaysia. (4 topik)
Profesor Wong Tai-Chee menulisnya dengan mudah dan ringkas. Sesuai untuk bacaan khalayak separa akademik. Orang kampung, orang bandar, orang laut, orang darat semua boleh membacanya.
Buku ini tidaklah memuatkan atau mencerminkan 100% apa yang telah berlaku dalam masyarakat kita kerana buku ini hanya memuatkan beberapa isu yang berkaitan sahaja. Contohnya hanya 4 topik sahaja pada bahagian 3 yang mengetengahkan isu-isu kaum cina di Malaysia.
Artikel yang dipilih dari akhbar tersebut telah
diterjemahkan kepada bahasa Melayu, maka dapatlah masyarakat dan kaum Melayu
khususnya sedikit sebanyak memahami, mengetahui suara hati rakan Cina kita.
Buku murah ini `mahal' harganya jika dilihat kepada isu-isu
yang dimuatkan sangat releven pada masa kini, yang membentuk masa hadapan
perpaduan negara.
Dan buku yang nipis ini sebenarnya `tebal' dengan
pengertian-pengertian, saranan dan harapan-harapan yang tersirat...
Bintang: ***
No comments:
Post a Comment