1. Saya suka tengok wayang, kalau ada cerita `besar' dan kalau berkesempatan masa saya akan menjengok panggung. Aktiviti ini membuatkan saya bertenaga, rasa muda dan urban.
2. Walaupun menanton seorang diri tidak menjadi masalah tapi kalau ada member ikut lagi `best'.
3. Namun tidak selalu saya berpeluang untuk menonton wayang. Saya selalu sibuk dan lara. Saya terikat dengan banyak komitmen lain selain beratur membeli tiket... Saya suka berkebun.
4. Saya tidaklah sangat memilih filem untuk ditonton, Saya suka cerita orang putih, kedua tamil, ketiga cerita cina. Saya suka cerita hantu, misteri dan cerita yang ada ala drama sikit. Cerita gocoh saya kurang minat.
5. Saya tidak menonton cerita Melayu kecuali kawan ajak, atau ada kawan bersama. Terakhir saya lihat filem Pulang. Saya dapati filem itu tidak menarik. Pemilihan pelakon utamanya tidak bersesuaian. Filem yang sepatutnya boleh menjadi hebat, menjadi sebaliknya. Saya tidak mengulas filem itu di FB sebab saya kesian, saya menarafkannya 2 bintang sahaja.
6. Saya melihat wayang bukan semata untuk berhibur semata, kalau nak berhibur saya boleh dengar lagu, lihat katelog tupperware, tengok cerita P Ramlee, membaca atau melihat barang-barang di supermarket.
7.Saya melihat filem juga kerana mahu melihat kehidupan orang lain, pemikiran dan gagasan yang dibawa dan apa yang terkesan di hati saya. Semua orang ada cerita. Pada skrin yang besar, ianya lebih meresap.
8.Namun semakin berusia saya semakin kurang menonton wayang. Kurang selesa beratur beli tiket dan kurang selesa dengan suasana `kemudaan' di sana.
9. Namun rekod saya tahun 2019 ini tetap cemerlang. Paling banyak saya tengok wayang dalam sehari adalah 4 filem. He he he.
10. Saya mula menonton wayang seusia umur tujuh tahun, cerita pertama saya tengok filem King Kong (1976) di bandar Jerteh, Besut (dulu ada panggung wayang). saya sangat teruja melihat king Kong sebesar bangunan, adik saya terkencing dalam panggung. Keluarga bawa saya, terima kasih emak dan ayah.
11. Saya pernah berimpian untuk memiliki mini pawagan di rumah saya, saya akan guna satu bilik khas. Dindingnya saya nak lekatkan dengan kulit telur, juga silingnya supaya kedap udara. Namun bilik itu sekarang sudah dipenuhi buku-buku. Rumah saya kecil sahaja.
12. Saya pernah berangan mahu buat sebuat filem. Namun saya batalkan kerana nanti akan ada banyak hati yang terguris dan terluka apabila menonton filem yang saya hasilkan. Tak apalah kan, orang setia masuk syurga, orang curang masuk neraka, he he he.
13. Dulu selalu juga keluar tengok wayang dengan kawan-kawan, Namun setelah mereka berumahtangga, mereka tidak lagi tengok wayang. Mereka buat wayang kot, he he he.
14. Saya tidak kisah nonton wayang di panggung yang kecil bercampur dengan pelbagai jenis masyarakat. Cuma saya tidak suka orang bawa anak yang buas ke pawagam, kalau jinak tak apa...
15. Namun kesanggupan mereka membawa anak tersebut juga boleh dilihat dari segi positif, mereka masih lagi tahu filem memberi kebahagiaan. dan nak beri juga ke anak mereka.
16. Dan sebenarnya cerita selepas tengok filem itu pun best!. Pergi jalan-jalan, makan-makan, terai baju di Pakson (tapi tak muat). Dan pernah hampir kena pau di tempat parking. He he he.
17. Kita akan buat apa yang kita suka kan? itu kehidupan...
18 Sekian.
Gambar hanyalah hiasan..

No comments:
Post a Comment