Tajuk: Johorror
Pengarang: Kamal ariffin (Dr)
Penerbit: WhiteCoat
ISBN: 9789671495681
Tahun: 2019 (cetakan pertama)
Harga: RM35
Bil Mukasurat: 350
Bil Mukasurat: 350
Lokasi dibeli: Kawan hadiahkan.
Buku ini mengandungi lebih dari 20 koleksi cerita-cerita seram yang berlaku di negeri Johor. Kata belakang buku ini, kisah-kisah ini popular di Johor. Oleh kerana saya bukan orang Johor, maka saya tidak tahulah ianya popular atau sengaja dikata popular.
Namun yang lebih penting ialah penulisnya (Dr Kamal Ariffin) pandai menulis. Secara peribadi saya puas hati dengan teknik penulisannya. Dan juga jalan cerita `cerita-cerita' di dalamnya. Saya juga ada membeli novelnya `Ghospital'. Best jugak!
Sebagai peminat cerita seram, saya akan baca lagi buku ini jika ada masa terluang.Buku ini menghiburkan dalam masa yang sama menyeramkan.
Saya membacanya dengan tekun. Dalam beberapa keadaan saya rasa sangat takut lalu pergi membacanya di sebelah anak saudara saya (yang sedang main handphone dalam keadaan separuh bogel).
Keistimewaan buku ini adalah ianya tidak meleret...dan boleh baca dan berhenti bila dah habis satu kisah. Boleh pergi buat air ke, ke tandas ke dan buat kerja-kerja lain sekejap.
Kisah yang paling saya suka antaranya ialah `Tangki air Kolej Matrikulasi Johor' "Pasar Karat Renggit' dan "Sekolah menengah sains Kota Tinggi'.
Bintang: **** (4/5)
No comments:
Post a Comment