Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, September 13, 2018

Membaca bukan satu pilihan

Hasil carian imej untuk extinct dinasor
Gambar hanya hisan...

Saya berpendapat, membaca bukan satu pilihan. Maksud saya ianya sesuatu perkara yang kita wajib buat. Pada setiap hari. 

Selain daripada memberi maklumat terkini, membaca akan dapat membantu kita memproses maklumat dan membuat keputusan. Jika kita hanya memerhati, kita mungkin tidak akan dapat hasil yang memuaskan. Keputusan yang kita buat tidak yang terbaik. Sebabnya? Sebabnya kita tiada pengetahuan lain untuk memproses maklumat-maklumat tersebut. Ingat,  maklumat perlu diproses dalam otak. 

Jadi cubalah membaca walaupun sedikit, PADA SETIAP HARI.

Manusia boleh jadi dinasor, maksud saya kita. Kita boleh pupus bukan kerana perubahan cuaca tetapi kerana tidak membaca... Pupus itu bukanlah bermaksud kita mati tetapi kita tidak berada pada tahap `arus' dunia. Kita mati dalam kehidupan yang sebenar.

Ada lima biji kueh. Jika dimakan tiga, jadi? Jadi kenyang! He he he.

Mungkin ada yang tidak faham apa yang saya tulis...emmm

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home