Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, September 25, 2018

Aku Dan Kenangan: Dimanakah kini kau berada, kasih?

99Di manakah kini kau berada, kasih...?

  
“Bila memandu kereta, kereta kita tidak semestinya membawa kita ke hadapan… kita juga kadang-kadang dibawanya  ke belakang…”


Dalam kereta saya, pemain cekera padatnya rosak. Jadi bila bosan menerpa, saya buka radio. 

Saya suka buka Radio Klasik dan Sinar FM. Sebabnya mudah. Banyak lagu yang saya suka diputarkan oleh station ini. Kebanyakannya lagu lama, atau lagu yang sangat lama. Saya bukan tidak suka lagu baru, tetapi kebanyaknya macam tahi.

Semalam saya dengar lagu `Aku dan Kenangan’, nyanyian Kamal Halim dari kumpulan  `The Brain Connection’.  Kumpulan ini terdiri dari lapan anak muda, dan lagu ini dikeluarkan pada tahun 1980, pada masa saya darjah empat. 

setahu sayas empat buat satu album, lepas tuberpecah. Generasi sekarang mungkin tidak pernah kenal kumpulan ini. 

Lirik lagu ini membawa saya ke belakang…mengimbau kenangan lalu.  Lagu ini puitis…;

Sunyi dan sepi...
Tiada bintang yang berkelipan di langit yang biru
Tiada kawan untuk ku berkata-kata dan bersenda
Ku nanti dikau...

Dengan harapan yang penuh kasih tak ternilai rasa
Akhirnya...
Yang aku nantikan tak kunjung tiba... oh...

Tiada kata tiada pesanan untuk ku
Yang engkau tinggalkan sayang...
Menghilangkan diri tanpa pesan
Ku ditinggal...
Pada siapa harus ku bertanya
Pada bulan atau angin lalu
Di manakah kini kau berada kasih...

Tiada kata tiada pesanan untuk ku
Yang engkau tinggalkan sayang
Menghilangkan diri tanpa pesan
Ku ditinggal...
Kepada siapa harus ku bertanya
Pada bulan atau angin lalu
Di manakah kini kau berada kasih...

Tersenyum aku...
Sambil menitiskan airmata mengenangkan dikau
Yang tinggal...
Hanya gambar jua tandamata dan kenangan

Tiada terduga...
Yang ini harus akan terjadi di malam begini

Mungkinkah... Kitakan bersua lagi...







Lirik yang baik akan memberi kesan dan makna dalam jiwa kita. Namun kadang-kadang lagu yang baik, tidaklah pula liriknya perlu 100%  mengambarkan kehidupan kita, atau apa yang kita alami dalam kehidupan. Namun tetap kita layan...

Petang semalam sudah lewat benar baru saya bertolak ke 1000 Mawar. Petang jumaat itu sepatutnya saya bertolak pukul lima petang tetapi pukul enam lebih barulah saya dapat siapkan kerja. Hujung minggu saya perlu jengok rumah saya, dan rehat di sana. Sangat perlu.

Walaupun sudah agak lewat petang, saya tetap memandu secara perlahan kerana tidak perlu terges. Tidak ada perkara yang penting atau ada orang menunggu saya di sana. Lewat tidak semestinya kita kena pecut macam kereta formula one. Jalanraya bukannya litar lumba.

Bila lewat petang, suasana redup, dan saya memandu dalam keadaan perlahan, saya buka radio. Banyak lagu yang diputarkan..., tiba-tiba lagu `Aku dan kenangan’ diputarkan. Bila mendengarnya teragut jantung saya, jiwa saya rasa separuh hidup. Saya rasa sedih. Rasai terdetik syahdu di tangkai hati. Bertangkai-tangkai. tapi tak nampak buahnya.  He he he.
 Dalam sebuah lagu ada cerita, ada kisah yang hendak disampaikan. Dan lagu `aku dan kenngan' ini betul-betul kisah orang yang mengimbau kenangan lama.

Kehebatan lagu ini juga dari segi susunan musik yang melahirkan rasa pilu di hati. Perlahan melodinya. Ia bukan lagu rancak.

Dan dengan nyanyian bersahaja Kamal Halim dengan penghayatan yang baik. lagu ni guna not rendah, dinyanyikan secara perlahan sahaja. Kalau kita nyanyi tentu orang bosan dengar. he he he. Namun Kamal Halim berjaya menyanyikannya dan menjadikan lagu ini salah satu lagu malar segar Malaysaia. Bagi saya inilah yang dikatakan lagu. Bukannya menjerit-jerit terpekit terlolong konon rancak, atau hembus-hembus perlahan stail orang putih, konon syahdu. 

Tiada perasaan yang berlebihan-lebih dalam lagu ini. Hanya ada sunyi dan sepi. Kosong...

Maka lagu ini masih relevan di telinga saya.

Memandu seorang membuatkan fikiran kita melayang jauh. Jauh ke hadapan dan mungkin juga jauh ke hadapan. Ada yang fikir tentang apa yang telah berlaku dalam hidup mereka. Dan apa yang akan berlaku. Dari mana hendak ke mana arah tujuannya?. Ada yang memikirkan masalah keluarga dan kewangan. Contohnya duit tidak berapa cukup nak beli pampers bayi.

Ada yang memikirkan masa hadapan yang samar-samar... sebab lagu-lagu sebegini membawa kita pada rasa syahdu, dan rasa syahdu membawa pula kita kepada sedih. Itulah kolerasinya.

 Biasanya, apabila mendengar lagu lama, kenangan lama akan menjelma. Hidup ini sorang-sorang. Itulah hakikatnya. Maksud saya bukanlah kita boleh hidup sorang diri tanpa orang lain. Untuk kuburkan kita pun, kita perlukan orang lain. Maksud saya sampai mati. Dalam membuat keputusan hala tuju hidup dan apa yang kita lalui, kitalah yang laluinya. Kita tidak laluinya dua orang, atau tiga orang. Atau berombongan. He he he.

Kadang-kadang saya rasa mahu ke stesyen radio berjabat tangan dengan penyampai dan penerbit rancangan. Sebabnya ada lagu-lagu indah yang diselitkan. Kadang-kadang saya ada juga terdengar dengar rancangan `Aku dia dan lagu' (ADILA). Saya mendengarnya dalam kereta juga.

Kadang-kadang saya rasa mahu talipon stesen radio untuk ucapkan terima kasih atas lagu lagu lama. Contohnya lagu `aku dan kenangan' ini. Ia membawa saya ke zaman kecil, kawan-kawan di sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. 

Dan lagu ini juga membawa saya kepada kenangan cinta iaitu beberapa orang yang pernah singgah dalam hidup ini. Terima kasih banyak2. Mereka bawa duka dan bahagia. Semoga mereka juga tidak bahagia. Ha ha ha. Haaa tepuk!

Kalau kenangan itu boleh disahut, saya akan sahut dari sini… (baca dengan nada syahdu)

Zaman sekarang banyak stesion radio. Banyak lagu yang diputarkan di radio. Ada ramai penyampai radio yang bagus-bagus. Lagu-lagu juga banyak dikeluarkan. Berbanding zaman dulu segalanya terhad. Namun zaman lampau jangan dipandang remeh, jangan dipandang rendah.

Sehebat lagu sekarang, hebat lagi lagu dulu... Lagu dulu telah diuji zaman, diuji telinga.  Apabila mendengarnya kita akan tertanya-tanya...;

Di manakah kini kau berada, kasih...?


No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home