77Melihat kereta orang lain rosak, melihat dalam diri dan masyarakat
22
April 2014
"Ramai orang mahu tumpang kereta Honda civic kita, tetapi ramaikah juga yang mahu bersama kita ketika kita naik bas sebab Honda tersebut rosak? He he he."
Saya
kuis daun-daun di tepi jalanraya Rompin itu. Banyak daun kering di
tepi jalan ini. Daun yang tengah mereput. Sebenarnya ia daun pokok gelang Acasia. banyak pokok Acasia di kiri dan kanan jalan. pokok-pokok di kiri dan kanan jalan ini telah banyak kali ditebang oleh majlis kerajaan tempatan dan telah banyak kali tumbuh semula.
Tebang-tumbuh, tebang-tumbuh. bigitulah sifirnya. He he he.
Saya lihat
juga ada pokok renek di tepi jalanraya. Saya hanya kenal satu pokok, pokok pakis. Sebab pokok ini ada di kampung saya. Ada di dalam semak-semak di kampung saya. Dan pada waktu saya kecil dulu, pokok pakus ini ada di belakang rumah saya. Kini di belakang rumah saya ada bangunan besdar.
Ada longkang di tepi jalan tetapi longkang yang digali
sahaja, tiada diletakan calbok. Saya letak Sisijay di sini.
Saya
masih lagi tak tahu hendak memulakan perbualan. Saya lihat dia sibuk menalipon dan bercakap
dengan seseorang. Dia mencondongkan badannya yang tinggi tersebut ke kereta, dia meletakan sebelah tangannya di
kereta, sebelah lagi menalipon.
Saya rasa saya mesti minta diri dan berlalu.
Dia ada telefon bimbit. Dia tidak berada dalam kecemasan.
Namun tentulah biadap sebab berhenti tetapi berlalu begitu sahaja. Saya sekurang-kurangnya harusbertanya keretanya itu rosak apa? Tetapi kalau dia sendiri tidak tahu?
Saya
lihat dia pakai seluar jeans biru. Dan hanya berbaju T’shirt sahaja, bergambar binatang. Saya rasa kepala singa atau harimau. Tak dapat saya pastikan sebab lukisannya pudar. baju lama barangkali. baju itu sedikit kecil dengan badannya yang agak tegap dan bersisi. terutama di perutnya. He he he . Tetapi sekarang kawan saya beritahu trend pakai baju yang saiz kecil.
Dengan melihat bajunya, tentu dia tidak bekerja dengan kerajaan.
Saya mengintai ke dalam kereta. saya nampak ada kotak-kotak. tetapi tak jelas kotak apa. Kotak sebesar kotak kasut sahaja. Ada juga dua beg. Entah beg apa.
Di tempat duduk hadapan ada seorang perempuan. Tidak jelas sebab saya duduk di belakang kereta. Yang jelas perempuan itu juga gemuk, dan rambutnya panjang. Tidaklah menghairankan sebab satu diantara tiga rakyat Malaysia adalah gemuk. Dan dalam situasi ini, ada tiga orang gemuk sekaligus. tetapi minggu depan saya sudah tekad diet!
Saya lihat muka dia. Muka dia biasa sahaja. Muka jenis bulat. Hidung sepek dan mata ripit. Cuma atas dahinya ada urat kehijauan sikit. Bibirnya tebal.
Berkulit putih. Saya kategorikan kulitnya dalam jenis putih bagi kaum lelaki. Kulit saya ini kalau ada pada perempuan, masuk dalam katogerihitam.
Sesekali saya lihat dia
membetulkan cermin mata dia ketika menelifon.
Sebenarnya pagi
tadi ketika saya mahu ke tempat kerja, saya berhenti di tepi jalan. Saya
berhenti kerana saya nampak sebuah kereta berhenti di tepi jalan. Saya rasa kereta itu rosak. saya lihat seorang bertaraf pak cik sedang menalipon.
"Tentulah keretanya rosak". Bisik hati saya.
“Ada
apa kereta ni?, boleh saya tolong?’ Kata saya, sebaik sahaja dia selesai menalifon.
“Saya
tidak tahu, tiba-tiba sahaja dia rosak”.
Saya
tahu saya pasti tidak dapat menolongnya kerana apalah saya tahu mengenai sebuah
kereta. Namun saya berhenti juga bertanya khabar...
Kemudian
dia ada ceritakan mengenai keretanya yang sebelum ini ada mengalami kerosakan. Saya angguk sahaja walaupun saya tidak faham. Saya
bulatkan mata, berpura-pura berminat dengan penerangannya. Penerangan mengenai keretanya.
Katanya
dia sudah menalipon kawannya dan katanya kawannya telah menalipon mekanik.
Saya
tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Lalu saya rasa baiklah saya minta diri.
"Lambat lagi ke bang?" Tiba-tiba keluar seorang perempuan dari tempat duduk hadapan.
Saya lihat perempuan itu juga memegang talipon bimbit. Pakai Tshirt biru gelap. Rambut keringting betul, kasar dan hitam pekat. Muka bulat dan mulut tebal juga. Pakai cermin mata hitam bingkai putih macam primadona filem Melayu zaman jalan Ampas dulu.
Saya lihat dia terus menghampiri pakcik itu. Saya agak mungkin bini dia tetapi terlalu muda. Mungkin anak dia tapi terlalu tua pulak...emm. dengan cermin mata hitam itu saya tidak tahu perempuan itu ada memandang saya atau tidak.
"Saya dah beritahu Lua, kita lambat sikit sebab kereta rosak" Sambung perempuan itu sambil membuka beg tangannya dan mengelap peluh di dahi. tak kan terus berpeluh bila keluar. atau kereta tak ada penyaman udara?
"Kita tunggu mekanik datang sahaja, awak masuk semula dalam kereta"
Saya masih lagi membatu di situ. mahu kembali ke Sisijay saya.
Saya rasa sepatutnya, pada mulanya lagi saya tidak perlu turun untuk melihat keadaan mereka sebab mereka semua ada telefon bimbit. Ini sudah zaman baharu. Dah kurun ke 21 (kurun ke 21 bermula 1 januari 2001 hingga 31 disember 2100).
Saya
tidak bimbang kerana talipon bimbitnya berfungsi. Saya hanya perlu minta diri.
Setakat
ini kereta saya tidak pernah rosak. Saya rasa bersyukur kerana saya tahu kereta
boleh tiba-tiba rosak kerana saya tidak pandai selanggarakannya.
Apabila membuat
perjalanan dekat atau jauh, saya sangat bersyukur kerana jika tiba-tiba kereta
saya rosak di tengah perjalanan yang jauh, saya akan panik.
"Saya minta diri dulu..." saya beranikan diri memberitahunya. lega rasanya.
"Ok ok terima kasih-terima kasih." Katanya tersenyum.
Saya terus ke kereta saya yang saya berhentikan di bahu jalan. Saya rasa saya pula yang dalam bahaya kerana memberhentikan kereta di bahu jalan. Bahu jalan bukan tempat orang berhentikan kereta. Saya betul-betul ingat apa yang guru pemandu ajar. Tetapi saya lupa pula bertanya bahu jalan itu tempat untuk siapa?
Sebenarnya, sebelum ini saya
pernah melihat kereta rosak yang berhenti di tepi jalan di lebuh Raya Pantai
Timur 2. Beberapa kali jugalah saya melihatnya tetapi saya tidak berhenti. Saya berpendapat mereka tidak dalam kesusahan. Lagak mereka juga bukan dalam
kesusahan. Mereka tidak melambai ke arah kereta saya. Di teleyisen apabila kereta rosak, orang akan melambai di tepi jalan.
Kalau
kereta kita rosak dalam perjalanan yang jauh, contohnya di lebuhraya, kita boleh hubungi pegawai lebuhraya. Tetapi untuk perjalanan biasa apakah yang harus kita
lakukan? Jawapannya menakutkan saya.
Kadang-kadang
saya dapati kereta yang rosak tersebut lebih berjenama dan lebih baru daripada
kereta saya. Jadi kenapa kereta mereka rosak? Saya sering tertanya-tanya.
Saya tidak tahu mengapa kereta boleh jadi rosak ketika kita sedang gunakannya. Yang saya tahu tentulah ia tidak secara tiba-tiba boleh rosak. kata kawan saya jika kita servis dan jaganya dengan elok ia akan meminimakan risiko kerosakan. Tetapi saya tak tahu pula makna `jaga dengan elok'. Mungkin jaga dengan elok itu kita tepati masa servis. Atau jaga dengan elok itu letak di tempat teduh, selimutkan pada malam hari dan bubuh pewangi kereta? He he he.
Dan akhirnya saya selalunya beranggapan bahawa mereka tidak menjaga kereta mereka sebaik mungkin. Jawapan
saya itu seolah-olah saya menjaga kereta saya sebaik mungkin. Sedangkan saya
tidak menjaga kereta sebaik mungkin. He he.
"Tapi mungkin juga nasib Man" Kata Johari apabila saya beri pendapat mengenai kenapa kereta rosak di tepi jalan.
Johari orang pertama yang saya cerita bahawa saya berhenti di tepi jalan untuk bertanya mengenai kerosakan kereta.
"Maksud saya kalau takdir sudah akan kena,
kenalah kita. Tapi tidak boleh sesekali kita serahkan nasib kita pada takdir.
Kita mesti berusaha dan lakukan sesuatu dalam menjaga kereta kita". Tambah Johari.
"Ya ya ya..." Jawab saya.
"lain kali jika Man lihat ada kereta berhenti di tepi jalanraya, Man jangan berhenti. Bimbang itu perangkap. Dah banyak kejadian begitu Man. Orang sekarang sudah tak berhentikan kereta. Ianya berisiko. Banyak yang sebenarnya perompak.".
"Biar betul?" Balas saya terkejut tetapi kemudiannya jadi tidak terkejut sebab ini adalah kurun yang ke 21. Seolah kurun ke 21 ini ramai orang jahat. namun saya terus teringat pula kepada sasterawan negara A Samad said dalam novelnya berjodol `Salina'. Dalam novel itu salah satu watak iaitu Nadirah beritahu "tempat semua orang baik hanya di syurga".
"Betul Man, dah ada yang kena" Johari kemudiannya bersungguh menceritakan siri-siri penipuan yang dibuat semata-mata mahu merompak kita di tepi jalan. Penipuan kereta rosak.
Saya jadi takut, saya terus bertekad tidak akan turun dari kereta lagi. terutama jika saya bersendirian memandu. Tapi tentulah hampir 100% pemanduan saya dalam hayat ini adalah bersendirian... He he he.
"Semua orang harus ada telefon bimbit, Man. telefon bimbit penting Man"
"Dan semua orang kena pastikan telefon bimbit itu ada bateri!" Tambah saya, serius.
"Betul Man. Supaya bila berlaku kemalangan kita boleh guna telefon bimbit itu..."
Sebenarnya saya sedang bercakap dengan diri dan perangai saya sendiri...he he he
No comments:
Post a Comment