Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, September 6, 2018

Abang, adik dan Sisijay - kisah `tinted' kereta


103Abang, adik dan Sisijay - `Tinted kereta


3 September 2018


"Selalu ada niat di hati abang untuk `tinted' Sisijay. Cuma tunggu masa dan keadaan yang mentakdirkannya. Abang hanya jalan terus...tanpa adik di sisi seperti bernafas dalam lumpur..."


Adik, kali ini kali kedua Abang `tinted' Sisijay. Wah lama benar rupanya Abang tidak `tinted' kereta... Hampir 10 tahun. Lama kan?

Adik aniaya Abang pun sudah lebih 10 tahun...

Persoalan `tinted' ini muncul apabila seorang kawan Abang beritahu jika Abang `tinted’ ia dapat mengurangkan rasa panas di dalam Sisijay.  Dan katanya  `tinted' ini juga akan mengurangkan silau matahari. Mungkin kawan Abang tersebut  merasa panas apabila berada di dalam Sisijay.

Adik, hujung minggu ini kawan Abang datang. Kami bertiga jalan-jalan dan makan-makan sahaja. Sempena minggu merdeka. Abang banyak kerja, tetapi inilah peluang Abang bersama kawan, bersiar-siar. Kami bertiga. Jadi berempat sebab adik ada dalam hati Abang...

Sebelum ini ada juga Abang berniat mahu `tinted' Sisijay namun Abang  tidak berani pergi ke kedai untuk melakukannya. Abang bimbang ianya mahal. Lagipun kedai kereta tidak menarik berbanding dengan kedai baju atau supermarket. Ia tidak melambai Abang, He he he. .

Abang tidak banyak perkara mengenai `tinted' kerana `tinted' kali pertama dulu, kawan abang yang uruskannya. Pada masa itu kawan Abang juga yang uruskan tempat alas kaki dan sport rim untuk Sisijay. Maklumlah kereta baru beli pada waktu itu. Abang percayakannya 100%. Lagipun tidak semua orang penipu macam adik. He he he.

Namun selepas adik tiada, Abang tidak pernah bercinta lagi. Abang tidak pernah sayangi sesiapa lagi seperti sayangnya Abang pada adik. Sudah sepuluh tahun lebih Abang tidak sayangi sesiapa selain adik. Dan semenjak lama itu juga tiada indah Abang tengok pada bunga yang mekar. Hilang seri warna dan bau…

Abang sudah tidak tahu bagaimana rasa dicintai dan mencintai...

Apabila sampai di kedai Cina tersebut terus kawan Abang bertanya mengenai `tinted’. Pada mulanya Abang diam sahaja kerana lidah Abang kelu hendak berkata-kata, bertanya pasal `tinted’.  

Abang lihat pemuda Cina itu ramah. teringat pula abang kepada isu kedai Melayu yang tidak ramah atau tidak mesra pelanggan. Kadang-kadang Abang pula disuruh cari barang yang Abang mahu beli. Tidak patut betul. Abang doakan perniagaannya lingkup. He he he, jahatnya Abang.

Abang tidak sebaik dulu...

Sebenarnya walaupun Abang sudah masuk ke kedai tersebut, Abang masih ragu-ragu mahu `tinted’ atau tidak. Ia bergantung kepada banyak perkara. Bergantung kepada sokongan kawan-kawan Abang. Biasanya mereka akan sokong berganda apabila masuk kedai. Ia juga bergantung kepada pekedai itu sama ada pandai pujuk Abang ke tidak. He he he.

Adik tahu kan?, Abang sukar untuk dipujuk, digoda. Adik sendiri memakan masa yang lama untuk pujuk Abang. pujuk abang agar Abang letak adik di sudut hati Abang. adik mahu jadi nombor satu. mahu menjuarai di carta hati Abang. Adik siap merajuk dan bersalam mahu tinggalkan Abang, jika abang tidak menerima adik...

Lucunya masa itu...

Namun bila Adik sudah berada di dalam carta hati Abang. Adik tidak hargainya. Adik manusia yang paling kejam dalam hidup Abang. 

Apabila Abang lihat di FB adik berbahagia dan lebih berbahagia berbanding Abang , mengalir airmata Abang. Abang rasa pedih. Abang rasa sangat sakit. 

Kata sasterawan negara A Samad Said hanya dalam syurga sahaja orangnya semua baik-baik. Adik patut baca novel Salina. Ia mungkin dapat mengajar adik erti cinta, kasih dan sayang. Dan pengorbanan.

Tapi adik mungkin juga tetap tak ambil pengajaran selepas membacanya, al quran pun adik tidak ikut… Abang pun bukan baik sangat tetapi Abang tidak pernah hancurkan hidup orang...tidak pernah bunuh harapan yang Abang sendiri bina.

Kisah percintaan kita sangat teruk. adik sangat kejam. Jika dibuat filem ia lebih sedih dari filem `Pulang'.

Kemudiannya Abang dan kawan-kawan dibawa ke tepi dinding yang mana terdapatnya plastik `tintied'. Abang tengok tempat letak plastik tersebut sama seperti tempat letak kain ela di kedai Jackel. Pelbagai jenis `tinted'. Ada kaler hijau, coklat dan hitam. Semuanya berwarna jernih. Kecuali satu ada plastik yang benar-benar hitam. Mungkin untuk orang kenamaan kereta mereka cerminnya hitam. Entah kenapa? Pelik.

Dalam dunia ini banyak yang pelik, termasuk adik… Adik aniayai Abang, orang yang sayangi adik ketika adik tidak ada apa-apa...tidak punya apa-apa...
  
"Yang ini berapa" Abang bertanya. Abang gagahi diri untuk bertanya sebab Abang rasa janggal berdiri di hadapan plastik hitam tetapi diam sahaja.

"Yang tu RM80"

"Mahalnya" Jawab saya sepatah. 

Abang rasa rasa mahal sebab ianya hanyalah plastik, bukannya besi, kayu atau kaca. Lagipun nampak murah sahaja, dan tidak perlu ada teknologi yang hebat untuk menghasilkan plastik sebegitu. Lainlah plastik Tupperware.

"Yang ini RM800".

Kemudian pemuda Cina itu menunjukan plastik yang agak tinggi kedudukannya dari yang tadi. Mungkin semakin tinggi semakin mahal agaknya. Tetapi kemudiannya Abang diberitahu semakin bermutu maka semakin mahal harganya. tetapi tentulah Abang tidak tahu `mutu' plastik `tinted', he he he.

"Wah! Mahal betul". Selamba Abang komen. Yalah, sebab Abang rasa mahal.

"Pilihlah, yang ini pun okey".

"Saya tak nak yang ada masalah dengan JPJ" Kata Abang sebab Abang lihat plastkk cadangannya itu terlalu hitam. Kalau hitam sangat ia tidak lulus JPJ.

"Kalau begitu ambil yang ini" Katanya.

Abang terus setuju apabila dia melafazkan harganya. Kalau murah dan lulus JPJ, barulah Abang pilih. Senang sahaja syaratnya.

Pada masa yang sama Abang  terfikir juga kenapa para pekedai jual juga `tinted’ hitam yang tidak diluluskan oleh JPJ. Abang rasa jika plastik itu akan bawa masalah kepada penggunanya, tidak perlulah dijual walaupun ada permintaan. Ia akan menyusahkan di kemudian hari.

JPJ tidak akan luluskan jika tahap kehitaman melampau. Maknanya tidak boleh pilih yang hitam sangat. Tahap kehitaman ada peratusnya rupanya. He he he. Tetapi siapalah peduli. Sehingga tiba masa mahu `tinted’ baru mereka peduli. Contohnya orang macam Abang, apabila Abang mahu beli Abang baru peduli. He he he.

JPJ tentulah mereka peduli.

Abang rasa `tinted’ yang agak hitam itu untuk pengguna yang berani ambil risiko...(atau bodoh. He he he).

Harganya murah sahaja RM60. Mungkin sebab Sisijay Abang jenis Myvi, maka harganya murah. Kalau kereta besar bayarannya tentulah lebih mahal. ikut saiz juga selain ikut mutu…

Abang rasa apabila kita `tinted' kereta tidaklah boleh kita pilih warna yang sangat hitam. Kalau hendak privasi, duduk dalam rumah atau dalam gua. He he he.

Kehitaman juga ada kaitan dengan keselamatan. Orang boleh nampak apa yang berlaku di dalam kereta. Bimbang ada orang jahat. Dalam dunia ini banyak juga orang jahat, termasuk adik la. He he he.

Katalah orang jahat culik kita. Kita yang meronta dalam kereta orang tidak nampak. Habis pasal nak privasi, kita yang akhirnya mati.

Yang paling Abang suka fungi `tinted’ ialah ia melahirkan suasana yang redup. Kira reduplah sedikit. Kalau hendak redup benar, duduk bawah pokok atau kelambu jarang.

Dan selepas itu kata pemuda Cina itu,  Abang tidak boleh buka-tutup cermin pintu itu selama 48 jam. Abang ikut sahaja arahan itu. Ia agak pelik. Tetapi tentulah ia ada fungsinya.

Kata kawan Abang `tinted’ ni sementara sahaja, nanti kena tukar yang lain pula sebab warna hitamnya akan pudar...

Oooo… rupanya ia tidak seperti kasih Abang...


No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home