3 September 2018
"Selalu ada niat di hati. Cuma masa dan keadaan yang mentakdirkannya. Saya hanya jalan terus..."
Hari ini saya `tinted' kereta kali kedua. Wah lama benar rupanya tidak `tinted' kereta... Hampir 10 tahun.
Persoalan `tinted' ini muncul apabila seorang kawan saya beritahu ia dapat mengurangkan rasa panas di dalam kereta. Dan katanya `tinted' ini juga akan mengurangkan silau matahari. Mungkin dia merasa panas apabila berada di dalam kereta.
Sebelum ini ada juga saya berniat mahu `tinted' kereta, tetapi saya tidak berani pergi ke kedai untuk melakukannya. Saya bimbang ianya mahal. Lagipun kedai kereta tidak menarik berbanding dengan kedai baju atau supermarket. Ia tidak melambai saya.
Saya tidak tahu apa-apa mengenai `tinted' kerana `tinted' kali pertama kereta saya, kawan saya yang uruskannya. Pada masa itu kawan saya juga uruskan tempat alas kaki di kereta Sisijay saya. Maklumlah kereta baru beli. Ssaya percayakan kawan saya 100%. Tiada keraguan, berapa pun asaya bayar sahaja kerana tentulah harga tersebut benar. Saya bayar sahaja.
Apabila sampai di kedai Cina tersebut terus kawan saya bertanya. Saya diam sahaja kerana lidah saya kelu nak berkata-kata. Tetapi saya lihat pemuda Cina itu ramah. teringat pula saya kepada isu kedai Melayu yang tidak ramah atau tidak mesra pelanggan.
Keputusan untuk `tinted' tidak lagi dibuat. Maksud saya, saya mahu `tinted' namun mungkin juga tidak mahu jika tidak menyenangkan hati saya. Jika tidak menyenangkan saya akan berlalu begitu sahaja.
Kemudiannya saya dan kawan dibawa ke tepi dinding yang mana terdapatnya plastik `tintied' tersebut. tempat letak plastik tersebut sama seperti tempat letak kain di kedai kain Jackel. Pelbagai jenis `tinted'. Ada kaler hijau, coklat dan hitam. Semuanya berwarna jernih.
"Yang ini berapa" Saya bertanya.
"Yang tu RM80"
"Mahalnya: Jawab saya sepatah.
Saya rasa mahal sebab ianya hanya plastik. Lagipun nampak murah sahaja dan tidak perlu ada teknologi yang hebat untuk menghasilkan plastik sebegitu. Lainlah plastik Tupperware.
"Yang ini RM800". Kemudian pemuda Cina itu menunjukan plastik yang agak timngi kedudukannya dari yang tadi. Mungkin semakin tinggi semakin mahal agaknya. Tetapi kemudiannya saya diberitahu semakin bermutu maka semakin mahal harganya. tetapi tentulah saya tidajk tahu `mutu' plastik `tinted', he he he.
"Wah! Mahal betul". Selamba saya komen.
"Pilihlah, yang ini pun okey"
"Saya tak nak yang ada masalah dengan JPJ"
"Kalau begitu ambil yang ini" Katanya.
Saya terus setuju apabila dia melafazkan harganya. Kalau murah dan lulus JPJ, barulah saya pilih. saya buat keputusan. Pada masa yang sama saya terfikir juga kenapa dia jual juga jkka plastik itu akan bawa masalah kepada penggunanya. JPJ tak lulus sebab hitam sangat. Tahap kehitaman ada peratusnya, tetapi siapalah peduli. Sehingga nak beli saya baru peduli. he he he. Dan JPJ tentulah mereka peduli.
Saya rasa itu untuk pengguna yang berani...atau bodoh. He he he.
Oleh kerana kereta saya myvi, bayarannya murah sahaja. Kalau kereta besar bayarannya tentulah besar. ikut saiz juga selain ikut mutu.
Tidaklah boleh hitam sangat. Kalau nak privasi, duduk dalam rumah atau dalam gua. Namun dari segi keselamatan juga perlu diambil kira. terlalu gelap, jika ada apa-apa orang tidak nampak. Habis pasal nak privasi, kita yang mati akhirnya.
Yang paling saya suka adalah suasana yang redup. Kira reduplah sedikit. kalau nak redup benar, duduk bawah pokok atau kelambu jarang, he he he.
Dan selepas itu kata pemuda Cina itu, saya tidak boleh pasang cermin pintu selama 48 jam. Saya ikut sahaja arahan itu. ia agak pelik. Tetapi tentulah ia ada fungsinya.
Kata kawan saya tinted ni sementara sahaja, nanti kena tukar yang lain pula sebab warna hitammnya pudar...
Oooo
No comments:
Post a Comment