77Apa yang ada dalam Sisijay?
10 September 2017
“Kita boleh lihat karetor
dan personaliti seseorang melalui apa yang ada dalam keretanya...emmm.”
Kotak tisu, pewangi kereta,
tempat letak air (disangkut di kepala kerusi kereta), dan besen kecil.
Besen kecil
biasanya diletakan di dalam bonet kereta. ayah saya beritahu senang nanti
kalau mahu beli ikan. Boleh letakan ikan tersebut dalam besen ini. Maka tidak
basahlah kereta. Kalau basah, berbau pula.
Ada juga plastik untuk
letak sampah. Senang mahu buang sampah jika ada sisa-sisa sampah. Mungkin bekas
plastik makanan atau minuman? Apa lagi yang ada dalam sesebuah kereta? Yang
mungkin ada?
Orang perempuan biasanya
letak dua biji bantal di atas dash board belakang dan di
tengahnya ada bunga hiasan. Saya nak tergelak. Tetapi tak jadi. Sebab setiap
orang ada citarasanya sendiri. Jangan gelakan orang, apa yang ada pada diri
kita juga mungkin pelik di mata orang. Orang mungkin tergelak dalam hati mereka
juga.
Dan kalau kita gelakan
orang, jangan marah kalau orang gelakan kita.
Namun apa yang ada dalam
Sisijay (CCJ 8824)?
“Ada tisu tak mMan?”
Pertanyaan sebegini selalu
saya dapat, dan saya jawab dengan sebuah senyuman sahaja. Senyuman jenis
separuh senyuman. Tetapi cukup tepat memberitahu bahawasanya dalam kereta saya
ini tiada tisu.
Bila masuk kereta orang
lain. Masuk kereta orang sesuatu yang jarang terjadi apabila saya sudah miliki
kereta. Tetapi dahulu saya ada melihat apa yang ada di dalam kereta kawan-kawan
saya. Memang ada yang kemas dan ada yang tidak kemas. Secara umum dapat saya
simpulkan. (Kira macam kesimpulan karangan darjah enam, he he he). Dapat saya
simpulan di sini kereta lelaki lebih kemas berbanding dengan kereta perempuan.
Secara amnya perempuan suka letakan banyak barang di kereta mereka. Seperti
mereka letak macam-macam barang di dalam beg tangan mereka.
Pada suatu hari, jari saya
berdarah kena stepler. Tidaklah teruk, tetapi saya perlukan seletop. saya minta
di pejabat. Pejabat tidak ada. Sekoyang-koyannya kawan perempuan saya yang
terdengat pertanyaan saya tentang soletep itu buka beng tangannya dan keluarkan
seletep!.
Perempuan mungkin begitu.
Kalau boleh mahu letak langsir di kereta. Tetapi tidaklah semua… Dewasa ini
kebanyakan perempuan lebih `cool'. ada terlebih `cool' berbanding lelaki. He he
he.
Dalam bahagian depan kereta
saya tidak ada banyak barang kecuali CD-CD, duit siling dan resit-reset. Ada
juga buku-buku dan majalah. Tidak ada banyak barang yang ada dalam ini tetapi
Sisijay tidak kemas juga.
Di bahagian belakang ada
banyak barang. Dan barang-barang ini mengikut masa dan keadaan. Kadang-kadang
ada alatan berkebun apabila saya galak ke nursery. Siap ada baja yang
berhari-hari duduk dalam Sisijay. Bila mahu gunakannya baru saya keluarkan
semua barang-barang kebun tersebut.
Kadang-kadang ada bungkusan
barang yang saya beli. Berhari-hari atau berminggu-minggu duduk dalam Sisijay.
Nampak sangat saya tidak benar-benar perlukan barang-barang tersebut. Ia suatu
pembelian yang boleh dijadikan isu kewanagan.
Dan kadang-kadang terdapat
majalah dan buku-buku. Entah mengapa bila singgah di kereta, duduknya lama.
“Ada tisu tak Man?.”
Saya sepatutnya ada sekotak
tisu. Semalam kawan saya beritahu sepatutnya kena ada kotak tisu. Dan pada masa
itu saya tidak tahu hendak cakap apa sebab saya pun rasa dia sepatutnya tidak
makan dalam kereta saya. He he he.
"Sepatutnya ada
sekotak tisu dalam kereta..." Katanya lagi.
Rasa ini (rasanya
sepatutnya ada sekotak tisu dalam kereta saya) sudah lama menginap di hati
saya. Sejak hari pertama beli kereta. Tetapi praktikalnya tidak pernah dibuat.
Sepatutnya ada tisu kerana
saya sering juga makan dalam kereta. Kalau nak cepat biasanya saya makan dalam
kereta, contohntya makan burger. Atau apabila tidak sabar, contohnya apabila
saya beli pisang goreng di gerai. Gerai sederet di tepi jalan belah kiri sebelum
masuk kawasan perumahan saya. Gerai-gerai ini banyak jual makanan dan minuman.
Biasanya saya beli goreng pisang, atau kerepok.
Biasanya sebelum sampai
rumah saya akan cuba rasa dua tiga keping, sambil pegang stereng. Jadi bila
makan dalam kereta pastilah kena kena lap menggunakan tisu. Selalunya apabila
sampai depan pintu pagar rumah, hanya tinggal plastik kosong sahaja.
Dalam Sisijay juga ada CD
lagu-lagu Kak Pah (Datuk Sharifah Aini). Ada dua tiga keping biasanya. Dan
CD-CD ini bertukar apabila mood atau suasana bertukar. Contohnya apabila
menjelang Ramadhan saya pasang alagu-lagu nasyid dan ketuhanan. Contohnya dari
album `Bukan Cinta Biasa' terdapat banyak lagu dakwah dan kemanusiaan dari Kak
Pah. Ada juga alunan suara Kak Pah mengaji. Syahdu. Siap dengan terjemahan dari
Kak Pah. Syahdu bila dengar.
Bila teringat kekasih lama
yang jahat dan pentingkan diri dan tidak bertimbangrasa (tidak hargai
pengorbanan dan segalanya), hati rasa sedih. Jadi saya sediakan CD yang
bertajuk Sentimental Emas Sharifah Aini. Layaan...
Terbaru dalam kereta saya
ada kasut sukan. Saya letak di dalam kereta supaya senang apabila balik kerja
saya terus berjalan-jalan di tasik. berjalan menyihatkan badan. saya
terpengaruh dengan kawan-kawan dengan `Fun Run'. Saya cuba dan ia menyeronokan.
Pertama kali masuk di Pantai Sepat, larian sejauh tujuh kilometer. Larian ini
bukanlah larian bersungguh-sungguh seperti dalam Tv. ia hanya lari suka-suka.
saya lari dan berhenti, lari dan berhenti...dan kebanyakannya sepanjang perjalanan,
saya berjalan jea. He he he.
Saya tidak pedulikan sangat
tempat duduk di kawasan belakang kereta saya. Mungkin saya tahu saya tidak akan
pernah menggunakannya. Jadi saya tidak mengambil berat akan kekemasannya.
Kadang-kadang saya letak sahaja barang-barang. Saya tidak anggap ia sebagai
tempat duduk.
Cuma apabila balik kampung,
saya `bersih'kan dalam kerata saya ini. Biar lapan sedikit. Senang mahu bawa
emak dan sahabat baiknya. Senang saya mahu anak-anak sedara dan lain-lain. Di
kampung lainlah pulak. Dalam kereta lebih kemas.
Namun saya mengaku, saya
malu untuk parking kereta saya di sebelah kereta kawan-kawan saya. Saya malu
kerana jika mereka menjengok ke dalam kereta saya, ia Nampak tidak kemas dan
kotor. Ada banyak barang. Tetapi tentulah kereta juga berfungsi untuk angkut
barang, bukan angkut manusia sahaja. Ada kereta banyak menolong kita. Tidak perlu
saya mahu panjang lebarkannya. Memang penting.
Cuma kehadiran
barang-barang yang menetap lebih lama di dalam kereta itulah kadang-kadang
menyakitkan hati kita. Tetapi berani buat, berani tanggunglah. He he he.
Saya berpuas hati dengan
Sisijay saya. Jika hendak letak barang yang lebih besar, saya boleh selaraskan tempat
duduk belakang jadi mendatar. Dan kalau
nak letak barang yang lebih besar tentulah saya harus beli lori. He he he.
No comments:
Post a Comment