Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, June 4, 2018

94Produa Myvi 2018 baru, dan penceraian sahabat saya


94Produa Myvi 2018 baru

20 november 2017

“Dunia cepat berubah. Teknologi dan trend bagai air mengalir. Namun saya cuma akan beli kereta baru apabila kereta yang saya miliki hadapi tarikh lupus…atau saya dapat duit terpijak…”

Seorang sahabat lama yang baru bercerai baru-baru ini…beli kereta baru. Orang lelaki apabila bercerai, mereka beli kereta baru. Orang perempuan beli apa yea? Emas permata? Beg Berkin Hermes?

Kereta baru kawan saya itu cantik dan mahal. Saya tidak ingat apa jenisnya. Tapi ada `X’. Matrik X. Begitulah lebih kurang. Saya tidak suka sebab besar dan nampak menonjol.

Kami duduk-duduk di Starbucks, dia belanja. Saya perhatikan kawan saya tidak rasa sedih atas penceraian itu. Mungkin itu yang dia hendak. Sebelum ini pun dia banyak cerita mengenai ketidakpuashati atas isterinya. dan ketika itu saya dengar sahaja. Saya tidak terkejut. Pada hari perkahwinannya pun saya yakin perkahwinan itu tidak akan bertahan lama. Ego tak ada ubatnya.

Saya pernah jumpa isterinya. Nampak baik-baik sahaja orangnya. Tetapi entahlah. yang saya tahu sahabat saya ini, maha ego orangnya. jaga kelas walaupun ke pasar malam. He he he.

Sambil makan minum, kawan saya ceritakan hal kereta barunya. Saya angguk-angguk tetapi sebenarnya saya tidak peduli sangat apa yang diceritakannya. Saya lebih tertarik kepada mengapa dia bercerai?

Laki bini gaji sedap. Walaupun muka dia tak handsum, maksud saya tak ada rupa, isterinya cantik. Dia patut bangun malam sujud syukur. 

Isterinya pandai masak. saya pernah berkunjung ke rumahnya dua tiga hari. Tudung labuh dan paling `respek' tak ada FB!. Mana nak cari perempuan cantik tak ada FB? Sampai kiamat tak ada.

Kita kembali kepada cerita kawan saya tentang kereta barunya. Tiba-tiba dia bertanya:

"Bila Man nak beli kereta baru?

Saya terkedu sekejap. Mengapa pula saya harus beli kereta baru? yang bercerainya dia, bukan saya. He he he.

Lagipun kereta saya masih boleh pakai lagi walaupun warnanya kusam. saya akan pakai kereta ini sampai tarikh lupusnya.

"Nanti ada Myvi baru, Man minat sangat kereta Myvi...nanti boleh beli" Kata kawan saya.

Saya diam sahaja. Namun bila masa pula saya minat Myvi? Saya pakai Myvi sebab ia kereta yang paling sesuai dengan poket saya. He he he. Saya tak naklah nanti berhempas pulas nak bayar RM1500 lebih sebulan untuk kereta. Gaji saya tidak besar. Myvi paling sesuai.

Myvi istimewa. Myvi ni semua orang pakai. Tan sri dan Datuk ada juga pakai Myvi. Pelajar, guru, suri rumah, doktor peguan, petani , penari kelab malam dan lain-lain. Tak ada hairannya jika saya memakainya.

"Myvi baru ni lebih baik dari dua generasinya yang lalu..." Tambah kawan saya tersebut. Saya sendiri tidak tahu Myvi ada berapa generasi dah. Yang saya tahu Honda Civic sudah ada 10 generasi. rasanyalah.

Saya diam sahaja sebab saya tidak berminat untuk beli kereta baru. 

Sahabat saya itu terus bercerita mengenai keistimewaan kereta Myi yang baru.

"Man mungkin akan beli kereta Myvi baru tersebut tetapi mungkin apabila kereta ini sudah habis tarikh luputnya. Atau bila man ada duit lebih..." Saya terus mematahkan penceritaannya.

tidak ada apa-apa perubahan dalam hidup saya apabila saya beli kereta baru. Ia sekadar pertolongan yang menggantikan pertolongan lama.

Dan saya yakin benar generasi baru ini lebih baik dari yang lama. itulah yang sepatutnya.


No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home