Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, June 6, 2018

Bolehkah UMNO hidup tanpa duit yang banyak?

Hasil carian imej untuk umno 1946


Sebentar tadi saya dan sahabat saya ke bank untuk tukar duit raya. Namun kami hampa kerana Bank Islam dan Bank Maybank sudah kehabisan duit. Kami keluar dengan hampa dari bank tersebut. Sudahlah lapar, hampa pula. He he he

Saya perlukan duit baru untuk hari raya. Memang duit `baru’ penting untuk hari raya. Entah mengapa. Bau wangi... Ini adalah salah satu unsur hari raya kita. Kita perlukan duit `baru' untuk raya dan ceria.

Bagaimana pula orang UMNO beraya tahun ini kan? Tahun depan dan tahun seterusnya? Cukupkah duit mereka? Dapatkah mereka sesuaikan diri?

Untuk bangkit semula UMNO memerlukan kepimpinan dan kewangan. Dua faktor ini sangat penting. Jika pimpinan bagus, tanpa duit, tidak akan ke mana. Ibarat handsum saja tapi tak ada duit. Atau perempuan cantik tetapi tak kenal dapur.

Semua pertubuhan sama ada bermotifkan politik atau sebaliknya memerlukan dana untuk beroperasi? Wahima masjid dan surau.

Yalah, nak buat kek buah pun perlukan duit untuk membeli buah-buahan campuran (yang dikeringkan). Buahan campuran ini pelbagai jenama dan harganya pun berbeza. Dan biasalah kalau mahal, kualitinya bagus. Buahnya tidaklah kering sangat, lembab basah sedikit.

Kita kembali kepada tajuk posting. UMNO sudah biasa dengan duit yang banyak. Banyak faktor mengapa UMNO ada banyak duit, antaranya faktor parti tersebut sudah lama memerintah dan sentiasa menang dalam pilihanraya. Ia menjadikan operasi dan perjalanan parti licin. Keteguhan parti membuatkan perniagaan berjaya banyak dana mencurah masuk.

Saya pernah lihat dengan mata kepala dan tubuh badan saya sendiri duit bertimbun (semasa saya ikut ayah ke PWTC semasa perhimpunan Agong pada zaman Mahathir. Masa tu saya belajar di UM, ayah saya suruh saya turun ke Asia Hotel. Tentulah saya pergi jumpa ayah walaupun sibuk dengan kuliah sebab akan dapat `dana' dari ayah. He he he). Katanya zaman Mahathirlah politik wang mula menular.

Duit bertimbun tersebut adalah dana. Kita panggil dana namun pensyarah saya memanggilnya sebagai ` “Pembiayaan Kewangan Politik”.

"Pada kebiasaannya duit tersebut digunakan untuk tujuan politik semasa pilihan raya dan juga pada masa-masa yang sesuai..." Kata beliau sambil membetulkan cermin matanya. Dia sangat serius!

Dana yang diperolehi biasanya berbentuk peribadi iaitu dana dari sumbangan wang atau barang dari penyokong (saya rasa banyak dari sumber ni), bayaran keahlian-yuran parti (saya rasa tak banyak dari yuran ni), kekayaan peribadi yang membiayai aktiviti parti (saya rasa tak banyak dari sumber ni), juga daripada keuntungan syarikat di bawah parti tersebut (saya rasa banyak dari sumber ni). Saya main `rasa-rasa’ jea sebab saya tak buat kajian mengenai dana politik Malaysia. Saya sibuk salin resepi kek buah dan kek-kek lain. Sibuk buat kajian jenis-jenis kek buah di Malaysia.

Yalah duit-duit ini perlu untuk parti. Parti kena bayar sewaan pejabat-pejabat UMNO  di seluruh negeri, dan di tiap-tiap daerah. Apatah lagi jika dah ada bangunan besar, kos penyelenggarannya besar!. Nak bayar api air.


Hasil carian imej untuk bangunan umno TERENGGANU

Dana juga perlu untuk R & D, maksud saya untuk kajian polisi atau dasar. Selalunya yang nampak atas kertas tertulis itulah yang memakan banyak tenaga, masa dan wang. Pernah saya baca satu kajian yang tak tebal mana pun tetapi melibatkan ratusan ribu ringgit kosnya. Kaji itu, kaji ini...

Dan jangan lupa duit juga perlu untuk pergerakan/pengangkutan/komunikasi parti (elaun-elaun tu kena ada, kena bayar. kalau tak merajuk nanti), dan duit secara langsung untuk membayar pekerja-pekerja parti. Pendek kata samalah dengan pembiayaan organisasi lain. `Duit kena masuk sebab duit kena keluar’.

Harus selalu ada dana yang besar masuk ke dalam parti. Contoh yang biasa digunakan apabila berbicara pasal dana ialah dana dari ahli koprat dari organisasi perniagaan yang besar. (Dan sebagai balasan mereka mendapat balasan kontrak di atas sumbangan dana).

Namun kini tentulah dana berkurangan sebab ahli koprat tidak akan menolong pihak yang jatuh, mereka menolong pihak yang boleh memberi harapan. Ini lumrah dunia (lumrah akhirat?). Jadi adalah menjadi cabaran yang besar bagi UMNO untuk dapatkan dana apabila ahli-ahli koprat ini `lari'… Dan cabaran juga untuk hidup dengan jumlah dana yang semakin berkurangan. Mungkin kena buat tabung macam PH.

Berapa ramai pula ahli parti yang boleh berkorban secara peribadi membiayai aktiviti parti?

Dahulu masa awal penubuhan memanglah sumbangan ahli yang paling utama. Ada yang gadai tanah, jual barang kemas demi parti. Demi nak buat bangunan kayu rumah UMNO di kampong-kampung. Mereka berkorban harta benda, jiwa, raga, beg dan lain-lain.

Bolehkah ahli UMNO sekarang berkorban jiwa raga? Yang sudah kaya raya itu boleh kah? Adakah mereka miliki sifat pengorbanan dalam diri kerana sudah lama UMNO terbiasa dengan senang lenang? Haa...

Kata sahabat saya ahli UMNO telah didik dengan duit selama 30 tahun....

Bolehkah UMNO hidup dan terus relevan bila duit sudah tak banyak?

Bagaimanakah untuk mendapatkan dana baru? Sumber manakah?

Sekian.


Hasil carian imej untuk UMNO
Biar masa yang menentukan...?



No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home