Bagaimana raya tahun ini?
Raya saya tidak semaksima gembiranya kerana kakak dan adik perempuan saya tidak balik beraya di kampung. Hanya saya yang balik kampung.
Bayangkan bagaimana saya ambil alih tugas kakak dan adik perempuan saya menyiapkan persiapan raya. Namun alhamdulillah saya dapat menyiapkannya, saya cergas juga orangnya.
Tidak semua hari raya sama. Saya telah beradilfitri 48 kali di muka bumi ini. Semakin lama, saya rasa raya bukanlah lagi mengenai diri saya. Ia mengenai orang-orang di sekeliling kita. Orang yang kita sayangi.
Kita mahu mereka rasa gembira.
Sebaik sahaja balik, saya utamakan halaman rumah dahulu. Saya cat rumah dan pagar. Saya cat yang mana patut dulu kerana masa memang tidak sempat. Mengecat pagar leceh tapi saya dibantu oleh anak-anak saudara saya.
Sebelum mengecat pagar, saya sembur dahulu dengan water jet untuk menanggalkan lumut dan cat lama, seronok. He he he.
No comments:
Post a Comment