Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, June 5, 2018

Sikap BN apabila kalah teruk dalam PRU14

SAYA selalu memerhati gelagat Datuk Seri Najib di media massa. Beliau kelihatan bersikap tenang dalam menghadapi pelbagai situasi. Beliau mempamirkan keyakinan diri, dan bersederhana. Beliau seperti redho segala-galanya adalah suatu dugaan besar dari tuhan. Saya merasa tersentuh.

Saya berpendapat bukan saya seorang sahaja yang tersentuh hati.

Semasa belajar di UM dahulu, pensyarah sains politik saya menyatakan `sikap' merujuk kepada tingkah laku, atau gerakan-gerakan yang nampak, yang ditampilkan dalam interaksi dengan likungan sosialnya. Jadi saya terus memerhati akan sikap beliau.

Dan saya makin tertarik hati apabila beliau menyatakan siasatan yang dilakukan terhadap beliau telah dilakukan dengan penuh profesional.



Beliau mempamirkan satu profile diri yang unik dan menarik, iaitu berkeyakinan, berani, dan bersederhana. Saya percaya dengan sikap-sikap ini, beliau telah memberi kesan terhadap hati rakyat Malaysia. 

Sikap beliau berbeza. Apabila diasak oleh wartawan-wartawan yang laparkan sensasi, beliau tetap tenang. Beliau cuba menjawab dengan sebaik mungkin. Beliau tidak bersikap sinis seperti Tun Mahathir dan melenting seperti Datuk Seri Anuar Ibrahim. 

Sikap inilah yang saya lihat rata-rata dimiliki oleh majoriti ahli parti dalam BN dari dahulu sehingga sekarang. dari zaman menang hingga zaman kalah.

Apabila balik kampung tempohari, suasananya tidak panas dan tidak sejuk. Ahli UMNO dan parti gabungan BN boleh menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. Mereka tidak sibuk mencari kesalahan pihak lain.

Mereka menampakan sikap kematangan dan sikap sayangi UMNO dan BN. Mereka meletakan UMNO dan BN melebihi pemimpin. Betul juga... pemimpin datang dan pergi...

Ya, ada juga ahli parti yang melenting, panas punggung dan meroyan apabila BN kalah, tetapi hanya segelintir dan tidak mewakili majoriti. Yang melenting itu mereka menjadi bualan utama kerana diiwar-warkan di media massa. Mendapat liputan yang meluas. Jadi bahan berita. Boneka...badut. Namun ia bukanlah majoriti tetapi minoriti.

Ada seorang sahabat saya meroyan dalam FB atas kekalahan BN, namun secara purata didapati pemimpin dan pengikut parti BN tidaklah meroyan. Hari-hari diteruskan seperti biasa cuma kali ini mereka bertukar peranan menjadi pembangkang.

Mereka belajar menjadi pembangkang yang baik. Belajar menerajui dan mengekspoitasi isu. Mereka belajar mencari celah buruk PH, yang baru menerajui kerajaan. Baru dalam serba serbi. Memang Tun Mahathir dan Datuk Seri Anuar Ibrahim orang lama yang berpengalaman tetapi situasi sekarang berbeza, situasi baru.

Tiada mereka bersikap tuduh menuduh terhadap SPR, tiada tuduhan kepada parti yang menang. Tiada tindakan-tindakan agresif. Ini semua kerana mereka mendokong demokrasi dan mendengar suara rakyat yang menolak mereka. Mereka akur. Kata sahabat saya sikap ini ketara benar dengan parti yang menang yang dulunya kalah. Menyalahkan serba serbi termasuk faktor pengundi hantu dan SPR rasuah. Dan lain-lain lagi.

Saya tertarik hati dengan pendapat sahabat saya tersebut, walaupun beliau bukan ahli UMNO dan tidak pernah menjadi ahli UMNO atau menyokong BN, beliau memberikan penilaian yang adil dan berbeza dalam membandingkan suasana politik masa kini.

Saya tidaklah pula banyak memberi pendapat kerana saya tidak minat politik, dan tidak minat orang sekarang yang suka berbahasa kasar, sama ada bercakap atau menulis. Saya tidak berminat janji dan saya takut berharap. Ternyata dunia politik bukan untuk saya, saya lebih suka belajar buat kek.

Sikap berserdahana dan tenang ini mungkin lahir kerana amalan-amalan yang diterapkan dalam UMNO dan BN semenjak 60 tahun dahulu.  Sikap-sikap bersederhana inilah membentuk nilai pada ahli parti dan gabungan parti. Walaupun pemimpin berubah dan bertukar ganti, jati diri UMNO dan BN tetap kukuh dan besar. 

Sikap keMelayuan yang bersulam dengan agama dan sikap kesepakatan dan tolak ansur dalam BN membentuk mereka dalam mengamalkan sikap yang sederhana (tetapi memberi impak besar) sehingga kini.

Sikap inilah yang mungkin membawa mereka kepada kekuatan yang berganda pada kemudian hari. dalam sejarah ketamadunan manusia, orang atau puak yang kelihatan ditindas dan lemah akhirnya menang, mereka banyak belajar. Lihatlah sekarang.

Kata sahabat saya beliau memberi lima bintang kepada sikap Datuk Seri Najib, UMNO dan BN atas cara menguruskan kekalahan pada PRU14. 

Kata sahabat saya lagi, sesuatu kekalahan itu harus diurus dengan baik. Saya terus setuju dengan pendapat beliau kerana kegagalan biasanya menjadi tapak yang kukuh dan kuat untuk bangkit semula. 

Sikap Datuk Seri Najib mungkin tidak penting, tetapi sikap tersebut mewakili dan melambangkan keterampilan parti UMNO dan gabungan parti BN itulah yang penting sekali.

Sekian sahaja, saya hendak cari resepi kek buah. Lama benar tidak buat kek buah. Lebih 10 tahun sudah...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home