97Tayar pancit II, bulan dan matahari
22 April 2018
Kereta yang rosak kadangkala merungsingkan hati kita, bukan
sebab kita tiada duit awasan tetapi kita hargai masa. Kerosakan lebih merugikan
masa, bukan sahaja duit.
Kerosakan juga mungkin melambangkan, masa telah pun
berlalu...
Mengapa kedai tayar mesti
buka pukul 10 pagi?
Saya terpaksa menunggu untuk kedai tersebut
dibuka. Tuan kedainya duduk jauh di kampung sebelah. Saya cuba hubungi nombor
yang tertera di papan kedai tersebut. tetapi tidak berjaya dihubungi. Katanya
nombor sudah tiada dalam perkhidmatan.
Pelik.
Tayar kereta saya
pancit.
Saya tunggu depan kedai
tersebut. Saya berdiri seorang diri sambal merungut dalam hati. Saya tidak
berpuas hati dengan prinsip buka kedai pukul 10 pagi. Bagi saya lagi awal buka,
lagi banyak rezeki masuk.
Saya gagal memahami logika
kedai harus dibuka pada pukul 10 pagi.
Saya mahu cepat balik ke
Muadzam. banyak perkara yang mesti saya siapkan. Saya mahu terus ke Muadzam
tanpa singgah rumah di Kuantan. Saya harus hargai masa. Hendak cepat begini
pula jadinya. Jadi lambat. He he he.
Saya harus tenangkan diri,
setiap kesusahan ada kebaikan.
Biasanya saya akan singgah
dulu ke Kuantan, tidor semalaman di rumah saya. Siram pokok dan kemas apa yang
patut. Dan barulah keesokan paginya bertolak ke Muadazam.
Lucu pula kerana tadi sudah
bersalam dengan ayah dan mak. Sudah melalui adegan sedih yang rasmi. Saya takut
memandang mata mak dan yah apabila bersalam. saya takut sedih di hati melimpah
melalui air mata saya.
Namun saya tengok juga
sekilas. Saya bimbang itu mungkin kali terakhir saya melihat mereka. Dan iannya
logik berlaku.
Selepas itu saya teruskan
perjalanan, tiba-tiba baru sedar tayar pancit. Nasib baiklah saya cepat
menyedarinya. Ketika itu kereta saya belum sampai lima kilometer dari rumah.
Panas berdiri saya masuk
dalam kereta dan buka radio.
Ada lagu Sudirman, lagu
`Jauh di sudut hati’ buat saya sedih.
Pulak dah. Sedih lagu itu.
Saya layan sahaja sebab
sedap didengar. Banyak lagu arwah sedap didengar bukan kerana lagu itu sedap
tetapi juga kerana penghayatannya yang jitu.
Saya melihat jam, lambat
lagi pukul 10 pagi.
Saya terus layan radio, dengar lagu-lagu.
Kebanyakan lagu buat saya sedih. Kebanyakan lagu sudirman biasanya yang melekat
di hati saya adalah lagu sedih.
Saya rasa tayar itu pancit semasa saya singgah
membeli makanan pagi untuk ayah dan mak saya.
Setiap kali saya balik kampong dan setiap kali
mahu balik semula ke Muadzam saya rasa sedih tetapi saya pandai simpannya di
dalam hati saya. Saya tidak mahu ayah dan mak saya tahu saya sedih kerana saya
tahu mereka pun sebenarnya sedih.
Masa benar-benar merubah segalanya.
Pandangan terakhir saya
biasanya terakam di minda terlihat ayah
dan mak saya berada di kerusi di beranda rumah. Dan saya melambai mereka.
Semasa saya muda-muda dulu,
jika saya balik kampong emak dan ayah tidak ada di rumah. Ayah sibuk berjalan
ke sana ke mari, ada sahaja rancangan dan aktiviti yang dibuat ayah. Dan
kadang-kadang mak juga tiada di rumah.
Kini apabila saya balik
mereka selalu ada di rumah. Mungkin apabila kita tua, ruang lingkup hidup kita
semakin sempit… Kita lebih suka duduk di rumah dan tidak banyak rancangan yang
mahu dibuat.
lebih kurang hampir pukul
10, kedai tayar dibuka. Saya serahkan kereta dan berjalan kaki ke rumah saya.
Rumah saya dekat sahaja dengan kedai tersebut. Selang satu buah rumah. Saya tahu
mereka akan periksa tayar, tampung dan isi angin.
Saya balik rehat sekejap
dan kembali semula ke kedai tayar. Pekerja memberikan saya satu kepingan logam
kecil. Katanya logam itulah yang membocorkan tayar saya. saya terus tangkap
gambar logam tersebut tanpa tahu apa tujuannya saya berbuat demikian.
Saya memandu ke rumah dan
adengan sedih berpisah dengan ayah dan ibu, diretakekan semula...he he he.
"Selamat tinggal
sekejap ayah dan mak, nanti abang balik semula"
Sisijay meluncur perlahan
meninggalkan DewaRawa...
No comments:
Post a Comment