Semalam saya lihat Zarina Zainuddin di pogram ABPBH 2016 di kaca TV. Dia masih cantik. malah jauh lebih cantik daripada artis muda yang kemaruk mekap (macam ala pelacur nak jual diri pun ada, saya berpendapat artis kena belajar sendiri cara make up, ada yang dah macam makhluk asing pun ada, juru makeup nak lawa sangatlah tu...).
Zarina Zainuddin popular semasa saya menuntut di UM. Dia ada bakat besar dalam bidang lakonan, namun menyepikan diri setelah mengalami beberapa isu peribadinya.
Berbalik kepada kecantikan Zarina Zainuddin. Ya dia masih cantik. Dan yang lebih cantik lagi ialah kisah dia yang kuat semangat membesarkan anak kembar austistiknya.
Pengalaman membesarkan anak-anak tersebut menjadikan dia lebih tabah, lebih mulia dan lebih cantik keperibadiannya. Sesungguhnya cabaranlah yang menguatkan kehidupan kita..., mencantikan dalaman kita...
No comments:
Post a Comment