Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, May 9, 2016

Anugerah Bintang Popular BH 2016.

Saya duduk mengiring di atas sofa makan roti cicah ayam masak pedas. Sambil-sambil melihat ABPBH 2016...

Komen saya pentas sahaja cantik, yang lain semuanya gagal. Kesian juga saya lihat acara hiburan yang gagal menghibur ini. Tetapi mungkin bagi saya saja hambar tetapi bagi orang lain terhibur bagai nak rak.

Yang nyata saya semakin tua. Saya tidak kenal Aida Jebat dan sebagainya. Tak pernah tengok pun. Saya sudah berusia. Saya hanya kenal Ogy, Faisal Hussin, Dayang, Jamal abdillah Erma Fatima dan yang lama-lama sahaja (sekadar menyebut beberapa lama). Mungkin yang baru hebat tetapi saya tidak tahu... hu hu hu.

Mungkin Yuna juga hebat tetapi saya tak tahu sehinggalah dia duet dengan Usher... Mungkin penyanyi dan pelakon kita kena buat rekod barulah popular dan hebat.

Kerja kuat pastilah berbaloi...




Tetapi ABPBH 2016 tahun ini tidak hebat bagi saya, sebab itulah tidak sampai habis saya terus heret tilam depan tv dan tidor terus!.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home