Kehancuran dalam bercinta, kepercayaan yang dikhianati sedikit sebanyak membentuk pemikiran saya, juga tindakan saya terhadap dunia.
Mati hidup balik, (mati semula dan hidup kemudian mati pula dilanggar kereta) saya tidak akan sesekali percaya kepada manusia yang kononnya sayangi saya. Malah pada satu tahap saya pernah bersumpah (dalam hujan) saya akan menghancurkan hati orang yang sayangi saya (jika ada).
Saya tidak kacau orang, saya berjalan di tepi sahaja dalam perjalanan hidup ini. Saya berjalan perlahan sambil menundukkan kepala... Suatu hari saya akan sampai ke cahaya terang itu...
Sementara itu saya akan diam...semoga orang yang khianati saya mendapat apa yang dia hajati dan berbaloi!
Tapi dendam saya tetap merah kerana hanya kasih sayang yang suci dan mendalam sahaja dapat lahirkan dendam yang hebat, percayalah!
No comments:
Post a Comment