Semalam saya gagal lagi menguruskan kerja saya. pukul 6.30 petang baru saya pulang dari kerja. Saya bayangkan jika saya ada anak isteri, tentu kesian kepada mereka. balik lewat petang saya tidak sempat bersenam sebab lewat dan letih.
Emak saya yang pernah duduk sebulan di perumahan saya, pernah menyatakan kepada orang kampung bahawa kehidupan saya dan kawan-kawan saya benar-benar berkisarkan kerja sahaja. Turun pagi balik lewat petang.
Saya pensyarah biasa. bukan pensyarah kanan atau pensyarah yang miliki PHD. Jawatan saya pula hanya ketua unit subjek-subjek ekonomi. Namun saya dapati sudah terlalu banyak kerja yang saya kena lakukan. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kawan-kawan saya yang berpangkat PHD dan berjawatan mengharungi kehidupan.
Mungkin setiap orang berbeza, ada yang tidak rasa tertekan dan dapat mengharunginya dengan baik. Maka saya tabik. Cuma...
Cuma saya pernah terfikir adalah agak sukar untuk bahagikan kehidupan antara keluarga dan kerjaya. Hampir mustahil bagi ramai orang dan mustahil bagi saya.
Saya dapati ramai kawan saya mengutamakan kerjaya berbanding keluarga. Namun kalau tanya mereka, hidup balik mereka tak akan mengaku. Ya lah kan...tak ramai berani hadapi kenyataan hidup.
Saya pernah mengutarakan isu ini, hasilnya saya menyesal seumur hidup. Kawan saya tersebut tidak mengaku walaupun akhirnya dia kata `apa yang kita buat sebenarnya iaitu kerja kita untuk keluarga kita juga..."
"Laaa bukan gitu caranya..." Terus hati kecil saya menjawab balas.
"Kita orang islam ini mengejar dunia siang malam, orang bukan islam dan orang barat dah lama tumpukan kepada keluarga dan kehidupan agar ada keseimbangan antara kerja dan kehidupan" Kata kawan saya yang suka balik awal. Maksud balik awal tersebut adalah balik pada tepat waktu, tetapi jadi balik awallah bila orang lain rata-rata balik lewat. He he he.
Ayah nak tambah budu? |
Keluarga adalah harta yang sebenar... saya juga terlewat menyedarinya tetapi lebih baiklah terlewat menyedarinya daripada tak sedar-sedar langsung...
Suatu hari nanti apabila anak-anak tidak pedulikan kita, janganlah kita marah pula kerana kita sendiri gagal berada dengan anak-anak kita secara fizikal dan rohaniah semasa mereka perlukan kita. kita tidak ada dalam jiwa anak-anak kita, selain kerap kali berada di luar ruangan mata mereka.
Saya tergelak dalam hati bila kawan saya kata "Tak apa, bila dapat bonus saya bawa anak-abak makan angin...setiap tahun". Bagi saya ini bukan imbangan di atas sikap kita yang jarang bersama mereka, kita `upah' mereka, atau `bayar' mereka dengan pakage percutiaan. Saya rasa nak tergelak sebab kawan-kawan saya sebenarnya ada bodohnya juga. He he he.
Yang anak-anak kita perlukan adalah banyak masa dalam seharian dalam perjalanan hidup mereka, untuk kita berada di sisinya. Beri semangat dan panduan hidup...
Namun saya tidak akan menang bercakap, sebab kawan-kawan saya cerdik-cedik belaka, ada PHD. Tetapi mereka tidak sedar apa yang mereka akan hilang (kasih sayang). mereka akan sedar kemudian nanti bila mereka bersara, apabila mereka memerlukan kasih sayang anak-anak. Percayalah!.
Sekian...
No comments:
Post a Comment