Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, May 9, 2016

Sedikit duit untuk orang yang tua-tua...

Saya sudah berangan pada hari raya ini, saya akan beri duit kepada beberapa orang tua. Jadi saya tidak perlulah beria berbelanja untuk diri membeli baju-baju dan kelengkapan raya yang lain.

[Tentu ada yang mengatakan kononnya kenapa pula tunggu hari raya untuk beri duit atau mohon maaf. Sama seperti golongan yang kata kenapa tunggu hari ibu untuk ucap hari ibu?. Golongan ini memang pelik, he he he. Dia sahaja yang betul. Dialah terbaik. Padahal itu hanyalah isu istilah bagi saya... Benci saya)].

Saya tidak banyak duit tetapi saya berniat untuk memberi sedikit-sedikit seorang. Sebab inilah raya tahun ini saya sangat menunggunya... Pernah saya `ditegur' kerana memberi duit. Teguran itu supaya saya simpan duit itu untuk saya. Ikhlas saya cakap. Saya tidak pernah ada duit yang mencukupi untuk tampung gaya hidup saya...sebab itulah tidak ada istilah duit saya nanti tidak akan mencukupi jika saya beri sedikit kepada orang lain.

Saya harap raya ini akan lebih bererti kepada semua orang..saya mahu semua orang gembira. Jangan rasa apa yang saya rasa...

He he he.

Saya percaya hidup ini akan menjadi aman jika `hidup ini kalau tak boleh tolong orang, jangan menyusahkan orang pun sudah sangat memadai..."




Image result for org tua

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home