Orangnya badan terbentuk, cantik dan cerdik. Satu kombinasi yang sukar ada pada manusia bernama perempuan. Walaupun sudah berusia, tampak cantik dan bertenaga macam Kak Nita (Anita Sarawak).
Sangat terkenal dalam bidangnya, sehingga ke peringkat antarabangsa. Dia bukan jenis profesor kangkung yang pernah disebut oleh para akademik suatu waktu dulu [profesor kangkung merujuk kepada cepatnya dan ramainya pensyarah mendapat gelaran profesor tanpa memberikan sumbangan akademik yang cemerlang dan terbilang].

Dia jadi profesor kerana dialah terbaik dalam bidang itu. Buku-buku kajiannya dilancarkan oleh menteri.
Tetapi apa pentingnya penceraian tersebut pada kita? Itu kan hal orang? Mengapa kita kena ambil tahu? Kena mendengar?
Saya kenal dia. saya pernah dipuji handsum olehnya pada suatu masa dulu. Pada masa itu saya hanya mampu pakai kream fair and lovely sahaja, pas tu sapu dengan bedak sejuk RM2.50 dibeli di pasar malam. (Dulu saya pakai juga benda murah-murah ni).
Setiap kali jumpa beliau, saya rasa nak ambil PHD. Tetapi rasa tu hilang dua, tiga hari kemudian. He he he.

Tapi ini bukan posting pasal cerita saya, ini posting pasal penceraian seorang profesor... Kisah pasal suami isteri. Atau dengan kata lain kisah rumahtangga...
Mengikut orang gajinya, prof tersebut tak `lekat' di rumah. Pukul 10 malam pun masih lagi keluar rumah untuk bekerja. Balik sekejap sahaja. Dan suaminya juga begitu. Jenis tak `lekat' di rumah.
Macam kisah rumahtangga yang lain juga...akhirnya suaminya berkahwin lain dengan budak perempuan muda yang bergetah.
Di kolam mandi rumahnyalah (setelah mandi kolam dan rehat-rehat) dia minta cerai dari suaminya pada suatu pagi ahad yang biasa. Dan profesor itu dapat apa yang dia minta.
Sejak hari itulah saya tertanya-tanya adakah KPI* juga antara punca penceraian di kalangan cerdik pandai kita?
Perlukah perempuan bekerja bersungguh-sungguh? Bagaimanakah dengan keluarganya? Tidak bolehkah perempuan berjaya dalam keluarga dan kerjaya secara seimbang?
-----XXXX----
*KPI = Key Perfomance Indicator

Gambar hanya hiasan... |
No comments:
Post a Comment