Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, February 25, 2015

Siri Bintang Pujaan: Rafeah Buang







Petang semalam selepas kerja saya singgah saya pergi cocoh duit di CIMB, kemudian saya singgah  ke kedai sederet, ke kedai kaset. Saya agak bertuah kerana di Bandar Muadzam ini ada juga kedai jual CD. Kali ini saya sambar CD Kak Peah (Rafeah Buang).


Ada 32 lagu...


Saya suka dengar lagu Kak Peah, bagi saya suaranya betul-betul suara `perempuan'. Halus, lembut dan mendamaikan. Punya payah nak cari suara sebegini sekarang. Yang ada di pasaran suara yang `dibuat-buat', terkinja jea lebih. Maaf cakaplah.
Namun saya amat terkilan sebab banyak lagu kegemaran saya tercicir. Tak patut betul. Antaranya lagu yang bertajuk `Rinduku Mama' (1987). Juga merupakan tajuk Album penuh terakhir arwah Kak Peah bersama LIFE Rekod. Lagu ini bagus untuk menghargai jasa ibu kita. Bila mendengarnya perasaan kasih sayang kepada ibu akan meruap gitu.

Lagu `Kalau Rindu' ciptaan Almarhum Raja Idris Shah (Sultan Perak sebelum Raja Azlan Shah) pun tak ada... Bertambah geram...

Lagu ini kalau saya dengar, rasa nak terjum telaga. Pelik kan? Syahdu giler...

Cuba pembaca bawa lagu ini, tapi pastikan tak ada sesiapa di sekeliling. Bimbang dia humbang pembaca dalam telaga. He he

 Lagu ini dinyayikan dengan getar di jiwa...


KALAU RINDU

Di masa berpisah
Mengapa hati ku rasa sedih
Jumpa tak lama
Bersua dikau kekasih

Janganlah kau sayu
Airmata jangan dibuang
Kalau rindu
Pesan saja di awan petang

Dendam tetap menggoda
Merayu dalam jiwa
Kasih tak kan lama
Kita bersua jua

Bilakah masanya
Hari yang penuh berbahagia
Kita bersama
Hidup selama-lamanya

Janganlah kau sayu
Airmata jangan dibuang
Kalau rindu
Pesan saja di awan petang

Dendam tetap menggoda
Merayu dalam jiwa
Kasih tak kan lama
Kita bersua jua

Bilakah masanya
Hari yang penuh berbahagia
Kita bersama
Hidup selama-lamanya

Lagu/lirik: RAJA IDRIS SHAH


Lagu ni kalau dengar di tengah malam, mau meraung bulu roma. Sadis betul. Lagu ni ada juga dibawa oleh beberapa penyanyi generasi baru...tapi hasilnya? Hasilnya tak yah nyanyi!

Begitu juga lagu yang meruntum jiwa `Di sebut jangan dikenang jangan" pun tak ada!


DISEBUT JANGAN DIKENANG JANGAN

Sebutir embun menitis
Seribu kuntum mengembang
Sepatah aku berjanji
Kau sebut kau ulang-ulang

Mencurah hujan membatu
Meresap ditelan bumi
Segala sumpah janji mu
Tak satu yang kau tepati

Tiada ku duga
Tiada ungkitan
Bagi mu tuan
Ku rela dilupakan
Ku diumpat jangan
Dikenang jangan

Berlalu kisah di taman
Bak mimpi diganggu siang
Disebut diingat jangan
Tak guna dikenang-kenang

Berlalu kisah di taman
Bak mimpi diganggu siang
Disebut diingat jangan
Tak guna dikenang-kenang

Lagu: IBRAHIM BACHIK
Lirik: ROSLEY HAJI YUSUF

Lagu ini kalau dengar di lebuhraya, mau 180km sejam pecut. Aneh kan?

Lagu "Bisikan hati" pun tak ada...


BISIKAN HATI

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatan ku yang telah lalu
Bersama berjanji sehidup semati

Kini tinggal hanyalah kenangan
Dikau hilang dimana gerangan
Tiada berita ku dapati
Hanya ingatanku dimasa yang lalu

Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji

Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji

Lagu/Lirik: A.R. ISMAIL

Namun hati saya terubat bila lagu terbaik lain ada iaitu Hatiku kau curi", "Kenangan di Rantau Abang", " Sepuluh tahun lalu" , "Udang sama udang", dan "Daun-daun berguguran". Lagu-lagu lain bukannya tidak sedap tetapi lagu-lagu seperti "Kalau Rindu" dan "Disebut Jangan dikenang Jangan" dan "Bisikan hati"lah membuatkan arwah Kak Peah sebagai bintang.

Saya minta maaflah...sebab saya tergelak bila lagu "Aku tanya apa khabar menang" AJL, he he he.

Lagu yang sedap mesti menyentuh jiwa!

1 comment:

fadzali said...

Lagu Disebut Jangan Dikenang Jangan memang meruntun kalbu. Lagu tersebut pernah dikeluarkan dalam CD arwah Kak Peah bertajuk 'Pujaan Pop' keluaran EMI tahun 2007. Cuba tanya samada CD tu masih boleh didapati.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home