Kesempatan tengahari itu saya ambil dengan sepenuhnya. Saya dan Adnan ke Hospital Muadzam Shah melawat anak Maisarah yang sakit asma. Sebelum ke hospital pergi ke Tunas Manja beli buah tangan. Ini budaya yang selalu kami praktikan.
Kata Maisarah, anaknya yang berumur enam tahun tersebut tidak cukup oksigen. Saya amat bersimpati dengan Maisarah. Saya beritahu Maisarah pada masa saya kecil dulu saya selalu asma. Asma yang teruk sehingga saya menangis. Emak saya sangat susah hati.
Maisarah ini rakan sepensyarahan saya semasa di Kolej Shahputra lagi. Beliau adalah seorang yang lemah lembut. Tutur katanya juga tersusun rapi. Jarang ada orang sebegini.
Namun setelah dewasa asma saya itu hilang lenyap. Mula saya darjah lima asma itu hilang sampai kini. Saya bersyukur sangat. Saya harap anak Maisarah akan sembuh seperti saya.
Cuma luka di hati saya sahaja tidak sembuh-sembuh...
Abang Jan: He he he
No comments:
Post a Comment