Sejak akhir-akhir ini saya terfikir pasal penggunaan minyak kereta saya. Ini kerana ramai kawan saya tanya "Sudah tukar ke kepada RON97?".
Ya, saya guna RON95. Sebabnya senang. Sebabnya sama seperti saya pergi beli kereta enam tahun dulu. Saya beritahu jurujual "Saya nak beli kereta MYvi paling murah tak ada gear. (maksud saya automatic, he he he). Kalau saya duduk di US mungkin saya guna RON87 jea.
Saya buta kereta. Saya tidak tahu pasal kereta. Contohnya baru tahun lepas saya tahu bahawa side mirror saya boleh diadjust melalui tekan satu butang di sebelah setereng kereta. Biasanya saya akan turun dari kereta untuk betulkannya.
Saya tidak tahu banyak hal lagi yang kalau saya beritahu mungkin saya dikatakan penipu. Tapi saya memang tak tahu. Sepanjang saya beli kereta tidak pernah saya bubuh air dalam kereta sebab saya tak tahu nak bubuh air kat mana dan saya tak tahu nak buka bonet depan kereta... Pernah kawan saya buka...saya pening kepala. Tidak kemas dan tidak teratur. banyak wayar!
Bagi saya kereta macam matematik. Tidak menarik perhatian tetapi berguna.
Kita kembali pasal RON. Kawan saya beritahu kereta akan cepat rosak jika guna RON95. Kata kawan saya yang kaki kereta (suka bertukar kereta), enjin kereta sedikit semput, bunyi injin semakin kasar dan lembab bila nak memotong dan naik bukit.
Saya diam terkedu. Sebenarnya saya tak dapat beza pun enjin kereta yang semput atau tidak sembut, bunyi kereta kasar atau halus. Saya juga jarang memotong (mungkin tak memotong langsung, he hehe). Dan berapa kali laaaa dalam sehari saya nak naik bukit?
Namun saya percaya dari segi saintifiknya RON97 lebih baik dari RON95. Dan saya juga tertanya-tanya dalam diri kalau saya tukar kereta kepada Honda HRV nanti, adakah saya guna RON97?
Abang Jan: If your engine designed can coupe with RON95, why use RON97 if the net benefit is better in using 95? Emmm... entahlah
No comments:
Post a Comment