Dua minggu lepas saya terkejut. Saya benar-benar terkejut dan bukannya buat-buat terkejut. Saya tidak tahu apa yang tuhan mahu saya faham, apa yang tuhan mahu tunjuk kat saya. Saya benar-benar tak tahu. Bukan buat-buat tak tahu.
Kalau dilihat dengan mata kasar kawan saya ini bahagia. Pasangan yang secocok dan dua cocok. Saya rasa sangat bangga sebab pasangan ini cantik. Bagai pinang dibelah dua, bukan bagai pinang tersalah belah.
Pada masa berbuka puasa beberapa tahun lalu, ketika mereka keluar dari kereta, terdetik di hati saya, "Mengapa tuhan buat laluan hidup saya sukar...orang lain serba serbi senang lenang dengan pasangan masing-masing. Saya ni sepi digigit rindu, tak terjamah...". Itulah gema nurani saya.
Kawan saya ini baik. Bila saya deman dia pernah hantar nasi...
Perkahwinan mereka meriah dan syahdu, sehingga menitis airmata mengada saya semasa balik dari menghadirinya. Di majlis itu seumpama burung-burung turut menyanyi ria. Sanak saudara dan kanak-kanak degil berlari sana sini... Nyanyian sengau `Selamat pengantin Baru" Anita Sarawak meresap di kalbu...
Namun anehnya dia tidak mahu kongsi cerita mengenai perpisahan itu dengan orang ramai... Dan salah seorangnya saya. Saya terkejut sebab dia bercerai...saya tidak terkejut jika ia mahu dirahsiakan dari saya. Saya faham...
Perkahwinan yang hampir berusia 10 tahun itu runtuh hancur lebur...jadi debu...
Abang Jan: Mereka berpisah setahun yang lalu...
2 comments:
Abg Jan perasan tak, byk jg org bcerai lepas 10 tahun bersama..
8 hingga 10 tahun
atau dapat anak ke 3...
Post a Comment