Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, February 27, 2015

Perihal senamrobik...

Muka versi tak ikhlas...
 
Semalam para pekerja kena buat senamrobik. Bapak malasnya saya nak senamrobik ni. Muka saya mucung jea. Tapi dengan seluar trek yang ketat, saya gagahi juga.
 
Namun saya tak nafi aktiviti senamrobik ini maha penting. Boleh baiki paru-paru dan jangtung, boleh mengembalikan bentuk tubuh dan menurunkan berat badan jika di amal selalu.
 
Dalam kemalasan maha hebat tu saya memuji juga wujudnya aktiviti sebegini.Taklah tiap hari jadual sama.



 

Bentuk badan kita boleh dikekalkan dan diperhebatkan melalui usia. Lihat Angelina Joli dan Brat Pitt tu, tak pun tengok kak Nita. Kita sebenarnya boleh elak untuk melembar selebar pintu atau tong drum. Kalau bentuk badan dah selebar pintu dan tong dram, mana kepala mana kaki? Amboi sedap saya mengata.

Lagipun jarang kita lihat orang gemuk, cantik. Sangat jarang. Kesian ada la...

Kalau tak, tak laku ubat langsing badan walaupun sebenarnya duit kita yang langsing. He he. Silap-silap kita langsung ke kubur. Sebab dalam pil tu ada racun...

Namun seperti dikatakan tadi senamrobik ini juga baik untuk jantung dan paru-paru. Bukan pasal nak kurus sahaja. Dunia ni bukan berkisarkan berapa berat badan kita kan? (pulak dah...)

Ramai juga kawan saya yang kurus tapi tak cantik pun! Malah tak ada pesonaliti pun...(amboi dalam bab-bab mengata orang, Abang Jan ni boleh tahan jugak kan? He. Jahat.)

Sempat lagi berselfi...he he
 
Mengikut kamus dewan balairaya, senamrobik ini merujuk kepada gerakan senaman yang digerakan mengikuti muzik. Kita akan terkinja-kinja tanpa sekelumit malu untuk mengerakan badan kita supaya akhirnya otot-otot dan otak kita digunakan dan sihat.
 
Seorang cikgu senamrobik yang mempunyai badan mantap akan mengajar kita di depan. Ya lah guru tersebut memang sesuai kerana badan dia mantap membuktikan dia bersenamrobik!. Tak kan la Qu putih nak jual ubat kurus kan? Haa...
 
Di dunia ini kita harus bersenam dan semuga kita bersenang pula di dalam kubur...

Adanya...
 
 
 

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home