Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, October 8, 2014

Saya sudah mula tidak memerlukan cahaya yang terang...

Sampai bilakah saya berterusan menonton wayang? Bilakah saya mahu berhenti tengok wayang? Wajarkah saya masih tengok wayang apabila berumur 60 tahun? Pada umur berapakah dan atas sebab apakah saya akan berhenti tengok wayang nanti yea?

Di atas adalah beberapa persoalan yang datang semasa saya membeli tiket wayang...Emmm.

Dan last sekali timbul persoalan, mengapakah pulak saya mesti berhenti tengok wayang? Haaa

Muka saya setelah dapat tiket wayang...(selfi)
 
Tahun depan saya berumur 45 tahun. Ya allah masa benar-benar begitu pantas sekali. Lebih kurang lima tahun lagi umur saya 50! Walaupun uban di kepala telah mulai muncul satu persatu, tetapi saya tak gaya pun 40 tahun... He he
 
Saya tidak selesa menjadi tua kerana ia membataskan saya dari segi fizikal dan spiritual. Namun saya tidak boleh halang proses penuaan. Saya bukan Nasir Wahab!
 
Yang saya pasti (dari pembacaan) setiap manusia harus positif dalam serba serbi terutama apabila melalui proses penuaan. Kita mesti beranggapan apabila berfikiran positif ia akan memberi kesan ke atas kehidupan yang positif.

Dan alhamdulilah saya masih lagi berjiwa muda... (kadang-kadang jiwa kemudaan itulah mengerikan He he he).

Saya masih lagi mandi hujan sambil berbaring atas rumput di laman rumah tanpa sedikit pun takut pada anggapan jiran-jiran. Suka masih suka pakai Tshirt yang mempunyai imej yang segar, dan jeans walaupun perut saya boroi. Rujuk gambar di bawah:

Tshirt yang tidak melambangkan budaya

Saya masih lagi suka mengayakan pelbagai jenis rambut di kepala. Baca majalah Gila-Gila setiap bulan.

Saya masih lagi tertarik kepada ice cream dan belon...he he he. Ya, saya masih lagi ke panggung wayang! Dan selfie sana sini. He he he.


Saya dan belon
 
Cuma kadang-kadang saya rasa lenguh bila panjat tangga ke pejabat. Saya juga cepat letih dan mengantuk. Adakah ini satu proses ketuaan? Atau kerana saya gemuk dan dah lama tidak keliling tasik. Sejak Nora tiada, saya tidak lagi mengelilingi tasik university.




Dua tiga hari ini saya merasakan lampu yang terpasang terlalu terang...menyukarkan saya tidur. Sehingga membuatkan mata saya tidak selesa. Dan dua tiga hari ini saya lebih suka tidur dengan cahaya yang samar-samar... Kenapa yea? Ada dua sebab, sebab pertama saya semakin romantik kot? dan sebab kedua mata saya sudah tidak dapat berkerjasama dengan cahaya yang terang atau dengan kata lain mata saya semakin tua...

Saya rasa mungkin sebab yang ke dua ...kot?

Emmm...he he
Saya harap, tidak banyak kemudaan saya ditelan masa. Sebenarnya kita sendiri mendefinasikan tua sebagai negative. Contohnya sakit, cepat letih dan hilang daya penaik. Saya berharap pembaca blog saya sentiasa bersemangat dan melalui tahun-demi tahun dengan positif.

Tiada sesiapa yang boleh buat kita rasa tua, kecuali kita...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home