Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, October 13, 2014

Kisah ikan, kolam ikan dan BRIM950

Saya mempunyai pendapat yang tidak popular mengenai pemberian BRIM. Bukan saya tidak bersyukur atau berterima kasih atau pentingkan diri sendiri tetapi saya berpendapat adalah lebih baik kerajaan memberhentikan pemberian BRIM dan mula berfikir.
 
Maksud saya mulalah berfikir bahawasanya, adalah jauh lebih baik mengajar seseorang memancing daripada terus berikan ikan secara langsung...
 
Sudah hampir 20 tahun saya menjadi tenaga pengajar. Saya tahu bagaimana tabiat kebanyakan masyarakat kita. Ya, mereka tidak belajar bersungguh sungguh semasa menjadi pelajar, dan apabila tamat belajar, mereka tidak pula berkerja bersungguh sungguh sebagai pekerja. Ikhlas saya cakap.

Mungkin mereka fikir di Malaysia orang malas pun boleh hidup senang!
 
Namun adalah di luar akal manusia apabila kita mengharapkan golongan ini (malas belajar dan malas bekerja) akan mendapat kehidupan yang senang dan dapat memajukan negara dan masyarakat. Dan adalah di luar pandai kita jika kita berpendapat dengan pemberian beberapa ekor ikan setiap orang, ianya dapat merubah kehidupan mereka dengan lebih baik. 
 
Kembali kepada isu BRIM. Pemberian BRIM bukanlah penyelesaian ekonomi untuk masa panjang (masa hadapan). Sedangkan apa yang diperlukan ialah pembangunan dan kesaksamaan yang kekal dan menyeluruh dalam jangka panjang.
 
Pembangunan dan kesaksamaan juga kepada golongan pertengahan rakyat Malaysia yang merupakan penyumbang besar kepada percukaian negara. Golongan sederhana ini juga telah lebih awal berkorban... namun tidak dapat BRIM. Jika pembangunan jangka panjang berbentuk menyeluruh dilakukan semua golongan akan mendapat manfaatnya tidak kira golongan miskin, sederhana atau kaya. Mereka akan mendapat manfaat jika mereka berusaha. Kalau malas belajar dan berkerja, patut sangatlah tinggal bawah jambatan.
 
Pemberian BRIM yang diberhentikan, duitnya boleh disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak sahaja (yang saya percaya hanyalah sedikit sahaja bilangannya, contohnya orang cacat dan fakir miskin). Jangan pula pemberian sampai ke rumah yang ada Astro. He he he.
 
Perbelanjaan pembangunan jangka panjang adalah lebih perlu. Memajukan kawasan luar bandar adalah lebih perlu. Kemajuan pendidikan (rohani dan jasmani) di luar bandar adalah lebih tersangat perlu... Ini untuk kesejahteraan ekonomi jangka panjang. Namun dapatkah duit dari GST nanti dan penurunan subsidi petrol tersebut boleh digunakan untuk projek pembangunan jangka panjang jika pemberian BRIM berterusan dan semakin bertambah? Haaa...
 
Dan pemberian BRIM ini pula melibatkan berbilion ringgit. Saya ulangi berbiliong.
 
Kita tolak pasal duit. Katalah kita mempunyai rezab bank yang banyak. Adakah kita bijak dengan memberikan ikan...?
 
Tentulah jauh lebih baik mengajar mereka cara-cara membina kolan ikan, memilih ikan yang sesuai dan cara-cara menjaga ikan...bla-bla bla...
 
 
Saya berselfi di kolam ikan ayah
 
 
Ayah saya, adik perempuan saya dan dua anak saudara saya.
 

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home