" Man, adakah BRIM (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) tu dapat menyelesaikan masalah kos kehidupan yang semakin meningkat?" Tanya kawan saya melalui aplikasi wasap.
Saya terkejut.
Saya bukan terkejut sebab faktor ekonomi tetapi terkejut kerana soalannya lain dari selalunya. Biasanya soalan beliau berunsur lucah gitu. Saya hairan kenapa kawan-kawan saya yang sudah kawin lucahnya melebihi dari yang tidak berkahwin. Mungkin bila sudah hilang teruna atau dara, mereka jadi tak tentu hala.
Begitu juga saya dapati kawan-kawan saya yang berkahwinlah yang banyak menghantar gambar yang seksi berbanding dengan yang tak kawin...emmm... Tapi saya suka tengok. he.
Namun penulisan ini bukanlah mahu membuktikan bahawa orang yang sudah kawin lebih lucah berbanding dengan yang belum kawin tetapi mengenai pemberian BRIM oleh kerajaan kita.
Memberi tentulah amalan yang baik. Dalam agama pun amatlah digalakkan kita memberi atau bersedekah kerana menolong orang adalah kerja orang, bukan binatang. Tetapi ada juga jenis hantu yang menolong orang. Rujuk filem MAMA.
Tindakan kerajaan memberi BRIM adalah bagus dan khabarnya jika keadaan ekonomi kerajaan lebih kukuh akan dinaikan lagi jumlah pemberian tersebut. (Namun di pihak menerima pemberian tu kenalah kerja kuat...ikhtiarlah mana-mana. Jangan menadah jea...)
Kita patut puji melambung aspek BRIM itu...namun untuk mengatakan pemberian BRIM itu merupakah satu langkah untuk menangani kos kehidupan yang semakin meningkat seumpama melihat bagaimana seorang perempuan yang mahu menjadi cantik.
Kalau seorang perempuan hanya memakai gincu sahaja tentulah tidak menjadi cantik. Sebab kena juga pakai celak. Dan pakai celak juga tak memaksimakan cantik. Kena pula pakai bedak... Dan kalau pakai beg tangan sedondon dgn baju ada yang kata bertambah cantik. Dan kalau dah lengkap berpakaian...kasut pun kena ambil kira...
Gitulah jugak dengan BRIM... Haaaa.... Ia hanya satu langkah yang digebar-geburkan...
No comments:
Post a Comment