Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, October 8, 2014

Minyak naik 20 sen, mereka naik minyak...

Saya merasa rungsing apabila minyak naik 20 sen. Kerungsingan saya bukanlah kepada kesan kenaikan harga bahan asas kepada kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan lain. [Namun dalam bahasa ekonomi, petrol tersebut bukannya naik harga tetapi hanya sejumlah subsidi ditarik balik. Betullah apa orang politik beritahu tu dari segi bahasa ekonominya].
 
Dalam ilmu ekonomi, banyak perkara yang pelik...(mungkin sebab tu la ramai yang tak lulus kot, he he he). Mengikut ilmu ekonomi apabila harga petrol naik maka permintaan keseluruhan untuk kereta akan turun. Ini tidak pelik kerana dengan otak yang ada kita boleh fikir orang tak akan beli kereta kerana kereta itu memerlukan petrol. Mereka (petrol dan kereta) adalah barang yang digunakan bersama untuk melengkapkan fungsi (complements good). Fungsi kereta tu la.

Dan kalau kita buat graf hubungan antara harga petrol dan permintaan kereta, ia akan berkadar songsang (bukan hubungan songsang yea...). Lihat gambarajah di bawah yang bertajuk "Relationshop between two close complements" belah kiri.


Lihat pada paksi menegak price of Good Y (harga petrol), bila harga naik dari P1 ke P2, kita lihat pula paksi horizontal (kuantiti kereta diminta) berubah dari Q1 ke Q2. Dapat la kita buat garis untuk gambarkan kelakuan Demand for good X. Kesimpulannya bila harga minyak petrol kohor naik, permintaan kereta kohor kurang. [kohor = semakin].

(Fuh! Macam mengajar ekonomi pulak).

Namun realitinya lain. Kalau kita menoleh ke belakang pada sejarah kenaikan harga petrol Malasyia, semenjak harga petrol naik (subsidi ditarik balik) permintaan untuk kereta terus meningkat! Selamat datang ke planet bumi...

Tension laaa keluk-keluk ni... Kita `stop' sini.
 
Kembali kepada perkara yang mahu saya tulis... Kerungsingan saya adalah menjurus kepada sekelompok masyarakat yang tidak mahu merubah cara hidup mereka (akibat dari perubahan yang telah berlaku pada harga minyak). Maksud saya lagi adalah menjurus kepada golongan yang sebenarnya boleh dan mampu melakukan penjimatan tidak banyak pun sedikit. Namun mereka ini tidak melakukannya selain mengembar-gemburkan kepayahan yang akan diterima akibat kenaikan harga minyak tersebut.
 
Golongan tersebut adalah golongan pertengahan, yang bukan miskin. Miskin di sini saya maksudkan isirumah yang pendapatan bulanannya tidak mencukupi untuk mendapatkan perlindungan (tempat tinggal), makanan, pakaian dan Astro. Astro? Acah ajea. He he he.
 
Kita tolak ke tepi pasal kenaikan harga minyak... Kita tumpu kepada kelakuan dan tabiat diri kita. Pejam mata dan tanya pada diri kita `Adakah aku ni seorang yang berjimat-cermat?". Ada tak aku buat kerja sambilan lain agar duit masyuk.
 
Jawablah dengan jujur...
 
"Nak jimat tang mana lagi Mang oi..!" Jawab kawan saya sambil menjentik rokoknya agar abu rokok singgah betul-betul di ekteray.
 
"Semua barang-barang mahal..." Kata kawan saya lagi yang baru sahaja oder Tupperware dari saya, He he he. Saya dealerlah pulak sekarang, jangan tak tahu.
 
"Tak dapatlah saya ke luar negara, saya kena jimat sebab minyak naik. Dah lama saya bercadang nak ke US, teruk betul kerajaan. Kesian kami sekeluarga".  Kata kawan saya dalam wasapnya. Setahu saya dia sekeluarga baru balik dari Bijing!
 
Pelik kan? Orang yang tidak berjimat (yang sebenarnya boleh berjimat) inilah yang kononnya tiba-tiba menjadi juara untuk mewakili orang miskin, dan juga merasakan diri mereka sangat tertekan.
 
Dan mungkin pada masa yang sama golongan miskin telah melakukan penjimatan sebaik mungkin berbanding dengan golongan berpendapatan sederhana ini. Tetapi mereka diam sahaja.
 
Selamat datang ke planet bumi... 
 
 
Add caption
 
Apa yea tindakan yang pembaca blog saya ini lakukan sempena penurunan harga subsidi minyak? Atau tidak ubah apa-apa pun? Haa...

2 comments:

.:chEyaNtie:. said...
This comment has been removed by the author.
.:chEyaNtie:. said...

encik sukiman..cuba sembang pasal brim yang naik pulak hehe

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home