"Man jangan tak tahu, dia buat `hal' dengan bini dia. Sebab tu lah dia kena `pantau' " Beritahu kawan saya bila saya lahirkan perasaan tidak puas hati mengenai kawan saya yang bernama Encik XYZ.
"Saya bukan apa, kan geng wasap kita tu semua lelaki, tiba-tiba dia `add" bini dia pulop. Gatal sangat nak buat geng wasap...huh!" Balas saya pada kawan saya Encik ABC.
"Baik aku `left group". Tambah saya. saya memang leff group... He he he. Tapi saya dengar sejak saya left group, group tu dah tak meriah sebab biasanya sayalah yang buat `gila-gila' dalam wasap tu.
Barulah saya teringat...
Kawan saya Encik XYZ ni memang kaki perempuan. Saya tahu benar sejak 20 tahun dulu lagi. Kira jenis lelaki sekali mengorat tiga orang!. Jenis yang ada bini tapi ada kekasih. Konsep ada bini tapi ada kekasih ini ramai lelaki guna. Terutama yang banyak duit, terutama bila bini bekerja.
Barulah saya ingat dua tahun lepas kawan saya Encik XYZ ni nak menumpang tidor rumah saya seminggu sebab berbalah dengan bini dia. Memanglah saya tak benarkan, tetapi saya nak tahu juga kenapa nak menumpang? Bila saya `carigali', barulah saya tahu kawan saya Encik XYZ ni kena halau dari rumah sebab `main' dengan orang gajinya. He he he.
Jadi saya no komenlah. Saya bersimpati dengan bininya kerana dapat laki macam tu. Tapi setahu saya masa mereka tengah bertunang dulu pun laki dia ada juuuugaaaak `main' dengan orang lain. Saya tidak tahulah sampai tahap buat seks ke tak...
Tapi Puan DEF tu maafkan kawan saya Encik XYZ ni dan perkahwinan tetap dilangsungkan. Dan sejak hari tu rumahtangga mereka tak pernah bahagia...
Tamat.
3 comments:
jadi perkahwinan itu bukan tiket semata2 tiket utk bahagia....
Selesai membaca secara maarathon. PAling mencuit entri ; dam masa pun berlalu
selamat tahun baru untul lan dan adie...
Post a Comment