Indah khabar daripada rupa, itulah komen saya mengenai filem ini. Saya merasa hampa apabila menonton filem Annabelle (2014). Ceritanya tidak menyeramkan berbanding dengan The Counjering (2013). Mungkin saya sudah terpengaruh dengan cerita The Counjering, dan James Wan, saya mahu lebih.
Cerita ini memang bukan arahan James, mungkin sebab itu ia tidak menyeronokan (menyeramkan maksud saya).
Pengarah: John R. Leonetti, Penulis skrip :Gary Dauberman |
Filem ini berkisarkan kisah sepasang suami isteri yang baru mendirikan rumahtangga. Si isteri seorang surirumahtangga berbadan dua. Si isteri suka akan anak-anak patung dan mempunyai banyak koleksi yang diletakan di sebuah bilik khas. Dan suaminya menghadiahkan anak patung (Annabelle). Sebenarnya anak patung ini nak dihadiahkan selepas bayi dilahirkan...tetapi suami terpaksa beri awal sebab mahu memujuk isterinya. He he he.
Dalam satu kejadian kemalangan di sebelah rumahnya, rumah mereka dicerobohi pemuja syaitan dan menikam si isteri. Mereka pindah rumah. Kandungannya selamat tetapi kena banyak berehat. Si isteri suka menjahit. Asyik menjahit dan tengok tv jea kerjanya.
Dan anak patung inilah kemudiannya membuat onar...
Ward
Horton (sebagai Jhon) and Annabelle Wallis (sebagai Mia)
|
Saya tidak menyukai lakonan suami isteri tersebut. Lakonannya mereka tidak meninggalkan kesan. Lakonan Annabelle Wallis sebagai Mia tidak sehebat lakonan Lily Taylor dalam filem The Counjering. Jauh sangat la kalau nak banding... Lakonan Lily Taylor saya beri 5 bintang. Begitu juga lakonan beliau dalam The Haunting (1999) saya beri 5 bintang juga. Tetapi filem The Haunting tu saya beri 2.5 bintang jea, he he he.
Tetapi wajah Annabelle jauh lebih cantik dari Lily Taylor. Mungkin sindrom orang cantik tak pandai berlakon juga ada di barat, bukan di Malaysia sahaja. Begitu juga rujuk lakonan suaminya yang kaku macam kayu. Pelakon kayu ada juga di Holywood rupanya. Untuk lakonan suaminya, dia berhutang 5 bintang dengan saya, he he he.
Saya bukanlah pandai mengkaji filem. Maka aspek lakonan adalah paling saya utamakan.
Annabelle ini bukanlah hantu, ia digunakan oleh iblis untuk membuat kecoh. Antaranya ialah beralih tempat, menulis dan mengeluarkan bunyi yang aneh. Dalam filem ini ada ditunjukan wajah iblis tersebut.
Ada la juga adegan yang mengejutkan...tetapi yang lebih utama adalah menyeramkan bukan mengejutkan...
sekian...
1 comment:
En sukiman tgk annabelle x ajak pung. Haha
Post a Comment