Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, October 30, 2014

Mimpi bertemu arwah Datuk Sharifah Aini

Beberapa malam lalu saya bermimpi bertemu dengan arwah Datuk Sharifah Aini. Mungkin saya terlalu rindu...hingga termimpi-mimpi...
 
Semenjak beliau meninggal dunia, saya tidak lagi mendengar lagu-lagunya. Album-albumnya  tersusun rapi di atas rak... Saya masih tidak `berani' mendengar lagu-lagunya. Tidak seperti saya mendengar lagu Tan Sri P Ramlee dan penyanyi lain yang telah pergi terlebih dahulu.
 
Tentu saya sedih apabila mendengar suaranya...entah.
 
Dari sinar mata dan senyum syahdunya kami `berkomunikasi' (it not really talking, it is feeling a spirit...). Hanya sekejap sahaja, dan dapat saya simpulkan apa yang arwah mahu adalah saya kena tabah dan jangan sesekali beralah dalam hidup.
 
Mimpi adalah perkara yang aneh. Dan ahli sains juga menjelaskannya dengan cara yang aneh sekali...(dalam usaha supaya nampak logik).

Sebenarnya beberapa minggu lepas saya sudah mula "beralah' dan "bertolak ansur' dengan dunia ini. Saya hanya meneruskan perjalanan. Keadaan semakin sukar dan bukan semua perkara boleh saya tuliskan di blog ini...
 
Terima kasih kepada tuhan...kerana mimpi tersebut...


Semoga roh arwah dilimpahi rahmat, amin..................................
 

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home