bercakap pasal bercerai memang sedih tapi nak buat
macamana dah habis jodoh, daripada makan hati tidak bahagia lebih baik ambil
keputusan hidup masing-masing, cuma malangnya hal anak-anak bekas suami lepas
tangan, tentu tidak adil..Tapi Alhamdulillah senjata ampuh sabar tawakal
berusaha..semua anak-anak berjaya dalam bimbingan seorang wanita...bercerai
tidak menyebabkan saya hilang akal kewarasan...setitis airmata tidak saya
gugurkan kebumi hanya kerana seorang bekas suami yang tidak
bertanggungjawab..saya sangat2 bersyukur kerana perceraian itu dan saya
berterima kasih kepada dia diatas sumbangan penderitaan yang dia hadiahkan buat
saya..jika tidak saya tidak akan menjadi seorang wanita hebat seperti hari ini.
buat wanita diluar sana tak usah bersedih andai berlaku perpisahan kerana bukan
penamat hayat kehidupan melainkan dijemput maha pencipta, tapi teruskan
langkah, usah jadi wanita lemah, usah sangat bergantung harap kerana rezki
sentiasa ada berusaha dengan penuh semangat waja... on Saya telah bercerai 3 jam lalu
Remove content | Delete | Spam
Anonymous on 8/12/14
Abang Jan doakan sepenuh hati agar Anon (Anonymous) sentiasa tabah. Setiap manusia mempunyai skrip hidup berbeza. Bukan Abang Jan tetapi hanya Allah sahaja yang tahu apa yang Anon telah lalui dan alami. Bercerai sayang, berpisah kasih dan habis jodoh bukanlah suatu yang mudah ditangani.
Abang Jan percaya kebahagiaan yang paling bahagia di dunia ialah kasih sayang keluarga kita. Ada suami isteri dalam keluarga. Namun kalau kehidupan berkeluarga tidak sepertinya ia akan seumpama bara yang berada di bawah katil. tentulah kita tidak mahu kekal dalam perkawinan yang menyesatkan kita dari cahaya kebahagian.
Abang Jan kagum dengan ketabahan Anon. Abang Jan percaya Allah tidak akan membiarkan umatnya terseksa dalam perkawinan sehingga hilang harga diri dan kebahagian hidup. Sebab itulah walaupun penceraian dibenci Allah tetapi Allah halalkan jua.
Abang Jan doakan...semoga Anon berbahagia selalu dan sememangnya perjalanan kita penuh suka dan duka sehingga ke pengakhirannya.
No comments:
Post a Comment