Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, September 17, 2014

Evil has a Beginning...

Hari jumaat minggu depan (19/9/2014) mak saya akan balik kampung. Saya sudah mengisi borang cuti dengan alas an mahu balik kampong,  mahu hantar emak.
 
Dalam dunia ini ada lebih 6 billion manusia, saya yakin mak sayalah yang paling sayangkan saya. Mak saya terima saya seadanya. Termasuk kekurangan dan kelemahan saya. Dia sayangi saya tanpa sebab yang munasabah. Saya telah cuba cari, jawapannya mungkin saya adalah anaknya. Satu jawapan yang logik.
 
Mak sudah dua minggu duduk di rumah saya. Mak saya kata saya sudah tidak seperti dulu (dulu saya selalu juga termenung), kini saya semakin ceria. Saya menyatakan semuanya sudah berlalu... Ya, saya menipu emak saya. Ya allah maafkanlah saya.
 
Seperti yang saya pernah kata. Saya tidak akan pernah sembuh. Saya hanya berjaya kawal diri dan terus menyusuri kehidupan ini sehingga akhir hayat. Bukan semua orang boleh bangkit...dan saya memang tidak boleh bangkit lagi...saya hanya menerusi satu perjalanan.
 
Sumpahan saya tak akan dapat saya tarik balik. Tiada kuasa yang boleh menawarkannya... Saya bersumpah dia menyesal seumur hidup. Saya bersumpah pada setiap matahari terbit tiada kasih sayang sejati akan menghampirnya...
 
Ya, hati saya tidak sebaik dahulu...
 
 

2 comments:

Anonymous said...

bila bercerita pasal mak ,saya rasa mak adalah segalanya ..


percaya pada diri pasti ada sinar di sebalik kegelapan itu ..

sumpah atas kebahagian org lain adlaah tidak baik ..adalah baik kita doakan dia bahagia dan kita lebih bahagia dari nya


dari pemerhati jauh ...

Jankaulu said...

tiada sesiapa pun lagi dapat menyelamatkan saya...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home