Kebocoran soalan peperiksaan boleh berlaku di mana-mana, di semua peringkat jika manusia tidak amanah. Kewujudan sistem dan alatan yang canggih tidak dapat melawan sifat manusia yang tidak amanah, pentingkan diri dan menyusahkan orang. Golongan ini akan kebal pada mana-mana sistem.
Buatlah sistem atau aliran kerja gajah rimau pun, ia sesen tidak berguna jika kepala otak manusia sudah korap.
Abang Jan percaya dengan sistem yang ringkas dan alatan yang kuno tetapi dengan sifat amanah yang tinggi, peristiwa kebocoran yang memalukan ini tidak akan terjadi. Kita semua patut rasa malu dan terduduk. Kita patut rasa malu kerana wujudnya segolongan masyarakat yang bukan sahaja tidak dapat menyenangkan masyarakat lain tetapi menyusahkan pula.
Dengan hanya membaiki dan mengemaskinikan sistem tanpa `membaiki' manusia, ia adalah usaha yang jangka pendek dan tidak akan berjaya untuk selamanya.
Persoalan yang lebih besar bukannya sistem tetapi bagaimanakah mahu memupuk dan mewujudkan sifat amanah pada rakyat Malaysia? Pada peringkat mana dan dalam bentuk apa?
Abang Jan: Suka tengok monyet dekat Pantai Teluk Cempedak
No comments:
Post a Comment