"Mak rasa hukuman apa yang paling setimpal untuk pembocor-pembocor soalan UPSR tu?" Tanya saya kepada emak apabila kami melihat isu tersebut di berita perdana TV3, saban hari.
"Biar mereka menyesal betul-betul sebab menyusahkan ramai orang di seluruh Malaysia". Tambah saya sambil mencapai piring roti berlauk.
"Biar mereka menyesal betul-betul sebab menyusahkan ramai orang di seluruh Malaysia". Tambah saya sambil mencapai piring roti berlauk.
"Mereka ni pengkhianat mak, tak ada semangat patriotic langsung!" Tambah saya sambil menyumbat roti berlauk ke mulut. Memang mak saya ada buat roti berlauk. Roti berlauk ni macam murtabak tetapi jauh lebih simple sebab guna kunyit, lada hitam, garam, gula dan telur sahaja. Sejak mak ada berat badan saya dah bertambah 3 kilogram. Kadang mak buat bubur kacang, kadang mak buat jemput pisang, nasi lemak dan sebagainya.
"Penjara 10 tahun". Jawab mak saya sepatah.
"Tapi kesian jugak tengok mereka ni..." Jawab mak saya pulak bila lihat kepala tertuduh diserkup dengan kain. Sarung bantal kot.
"Tapi kesian jugak tengok mereka ni..." Jawab mak saya pulak bila lihat kepala tertuduh diserkup dengan kain. Sarung bantal kot.
Beberapa hari ini saya asyik bertanyakan orang di sekeliling mengenai apa hukuman yang setimpal. Sebabnya saya tak yakin hukuman yang akan diberikan setimpal. Contohnya di Malaysia (yang kononnya beradab dan tebakl nilai ketimuran) ni, jika rakyatnya berbogel di khalayak, hukumannya RM400 sahaja.
No comments:
Post a Comment