Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, December 18, 2013

Mengapa wanita mudah mendapat penyakit kencing kotor?

Pernah dengar tak penyakit kencing kotor? Penyakit ini merujuk kepada rasa sakit atau perit sebelum, atau selepas kencing. Air kencing pula kelihatan pekat atau kotor. Sebab itu kot dipanggil kecing kotor...(saya memandai jea ni, he he he).



Apabila salah seorang kawan saya terkena penyakit ini, saya terus mencari maklumat dari pelbagai sumber termasuk membuang rasa malu untuk bertanya kepada rakan-rakan perempuan saya. Walaupun begitu penyakit ini juga boleh terjadi kepada orang lelaki. Saya bimbang juga, saya tak naklah dapat penyakit ini. Saya dah banyak penyakit lain seperti, patah hati, jiwa terluka, hilang harapan dan bermacam penyakit jiwa yang lain lagi, hee he.

Daripada maklumat tersebut, saya dapati memang penyakit ini mudah terjadi kepada orang perempuan. Dalam satu kes,  seorang perempuan itu, berpanjangan mendapat kencing kotor? Haaa...Mengapa?




Kalau kita bandingkan kemaluan kita dangan pasangan kita, ianya berbeza struktur (kepada yang tidak berkawin tu boleh rujuk mana-mana gambar yang berkisarkan perubatan, dalam internate berlambak, tengok gambar jea lah). Dan ianya antara salah satu faktor mengapa kerap terjadi pada orang perempuan. Struktur biologi bahagian sulitnya, adalah sulit lagi menyulitkan.

Penyakit ini terjadi kerana ada jangkitankuman dalam saluran kencing. Saluran kencing bermakna saluran air kencing (daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah (urethra) di mana air kencing kita akan keluar). 

Saluran yang dijangkiti kuman ini juga dikenali dengan Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract Infection atau UTI. 



Setelah diselidiki pakar perkumanan, didapati  kuman yang menjakiti saluran tersebut 80% adalah disebabkan oleh kuman yang dipanggil Escherichia Coli atau E.Coli, dan hanya  20% disebabkan oleh kuman-kuman yang lain.

Kuman E.Coli ini banyak terdapat dalam usus besar dan di dubur kita.  Kuman ini akan bergerak dari dubur dan masuk ke lubang kencing, ke urethra, ke pundit kencing dan boleh sampai ke buah pinggang.

Maka elok benarlah kaum wanita mengetahui bagaimana mahu membasuh kemaluannya dengan betul selepas berak atau kencing. Tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas berak haruslah dielakkan. Perbuatan itu akan menggalakan bakteria dari anus atau faraj memasuki uretra. (sila rujuk gambar di mana uretra kita, opss sori uretra anda).

Orang lelaki pulak saluran mereka lebih panjang lagi berjuntai maka ini memudahkan proses pembersihan. Pun begitu jika seorang lelaki pengotor ia juga akan mendapat penyakit kencing kotor. Dan bila `bersama' dengan pasangannya, ia membahayakan pasangannya juga. Maka diharapkan individu saling menjaga kemaluan masing masing. 

Jan: Jika mengelap mulakan dari depan ke belakang...haaa

2 comments:

aima said...

bole jadi doktor jugak ni abg jan,...kawan saya dua bulan lepas baru kena tahan kat wad sebab kencing kotor...dah berdarah dan sakit badan yang amat...puncanya adalah juga kerna penggunaan pad masa period tu agak lama dalam sehari sepatutnya 4 jam sekali dah kena tukar...

Jankaulu said...

aima, saya pun tahu dari internate dan kawan-kawan jea.

sya terdengar mereka sebut `kencing kotor', bagi saya mana ada kencing bersih, he he he.

banyak punca rupanya...semoga kawan aima cepat sembuh.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home